apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


30 November 2008

minggu yang indah..

semuanya bagai dirangkum dalam seminggu.. bermula dengan kursus website joomla.. dengan teman-teman seangkatan semasa aku mula bertapak di MARA, best giler bila jumpa diaorang nie.. seronak bukan main.. bermula di lwyt, sehinggalah di bukit merah laketown.. semasa kursus, aku menginap di plaza hotel kl bersama cu..hai..mi. teringat lak kat pak hadi pagi yang cerah.. saad pulak on off ampang-mara.. maklumlah husband weekend. erm.. sempat gak kami g makan kat kg baru ngan am dan pali (rakan seangkatan. lain bidang).. hari last kursus lak jumpa bewak.. sori beb, irwan nama dia a.k.a bewak.. he.he..he... kami g minum jer kat area pertama complex..


hujung minggu, hari sabtu aku bersama my wife mulakan misi, misi utama untuk ke kuala kurau.. alan kahwin, selamat pengantin baru.. semoga berbahagia ke akhir hayat.. seperti rancangan, kami akan bertemu ngan suhaimi dan saad. macam-macam tempat diaorang set nak jumpa.. akhirnya exit taiping (utara) gak kita orang jumpa.. saad lah jadi navigator ke umah alan.. tak sesat beb cuma kadang-kadang tu pelik + jauh jer.. whatever lah.. janji sampai..

lepas dah g kenduri umah alan, kami g antor saad kat umah dia.. area bukit merah laketown resort.. lepas tu mereka lak antor aku ngan my wife kat hotel R&R gunung semanggol.. murah beb rm49 jer.. selesa beb, tapi kalau dah bayar rm49 tu jangan lah harap lah nak mintak macam-macam.. setakat towel dan sabun di bilik mandi.. adalah, opss berhawa dingin tau.. nak breakfast g lah makan kat R&R. dekat jer..

hari last misi, aku ngan my wife g bukit merah laketown.. tak masuk pun mana-mana tempat yang berbayar cuma round-round kat area tu ajer.. lain kali lah yer kalau nak masuk.. cantik tempat tu.. on the way balik.. aku singgah beli buah-buahan.. buat buah tangan.. untuk teman-teman aku di tsya, aku tak lupa untuk kalian.. walaupun punya teman lain.. ceh.wah..

*kenapa ada lagu kat sebelah gambor tu..? e-box. wa kena beb!!

23 November 2008

kl menjerit..

lebih kurang jam 9pg aku bersama my wife mula bertolak dari pekan ke kl.. erm.. sepatutnya pagi-pagi lagi kami nak gerak tapi macam-macam hal pulak.. tak habis-habis nak kemas umah.. hum..

nasib baik cuaca ok, dapat gak hajat kami nak g hutan lipur.. sampai dalam kul 12tghari.. orang ramai giler.. orang giler pun tak ramai macam nie.. kuang.. kuang.. kuang... maklum lah.. hari ahad, hari untuk orang bersantai bersama keluarga.. aku cari port baik punya.. nak lepak-lepak ngan my wife.. kami makan sambil borak-borak walaupun tak berapa dengar akibat bunyi air terjun yang agak-agak kuat aku layan ajer.. kira-kira sejam gak lah kami kat sana..
sampai kl dalam kul 2.15ptg.. sampai-sampai ajer hujan lebat lah pulak.. adik aku tak de kat umah g mana pun aku tak tahu.. merayau jer.. ada pulak anak sepupu yang datang kat umah nie.. erm.. makin sedap lah dia berjalan.. aku nak balik kl semalam pun diaorang tak bagi ada program katanya.. esok aku akan check-in kat hotel.. tak sabar rasanya nak jumpa teman-temanku.. esok kita jumpa yer..
.
oh yer.. family day opis aku hari ni.. aku tak join pun tapi cerita apa yang terjadi kat sana sampai gak kat telinga aku ni.. macam-macam gosip yang ada kat sana.. erm.. apa khabar teman-teman aku kat sana..? dapat hadiah apa cabutan bertuah...?

22 November 2008

teman

hari ni aku g opis.. kemas sikit barang-barang atas meja sebelum aku g kursus minggu depan lepas tu pulak aku nak bercuti, tak banyak barang nak kemas pun tapi saje jer aku gatai nak g opis mana tahu takut-takut rindu kat opis.. he.he..he… aku tak tahu lah kenapa aku suka g opis… memanglah beban kerja kadang kala tu banyak tapi mungkinlah ada teman-teman yang membuatkan aku merasa lebih seronok.. thanks teman-teman sekerja ku…

esok aku akan bertolak ke kl.. kl menjerit beb.. rancangnya awal-awal pagi aku aku nak start perjalanan bukan apa nak singgah kat hutan lipur lentang.. on the way balik kl dekat highway.. nak lepak-lepak hirup udara, tengok air terjun.. walaupun tak mandi cukuplah aku bersama my wife dapat meluangkan masa bersama..

esok jugalah family day untuk staff kat opis.. semoga semua nyer berjalan dengan lancar dan aman.. kepada teman-teman opis aku yang g family day tu harap-harap dapat lah bawa balik hadiah yang lumayan.. he.he..he… sorry bro.. gua tak dapat join.. ada misi yang lain..

teman-teman yang akan menjalani kursus bersamaku di kl, nantikan ketibaan aku kat sana.. kita sembang puas-puas.. makan puas-puas.. tapi kursus tetap kursus.. dan teman-teman aku yang berada di kl akan aku cuba untuk bertemu dengan keterbatasan masa yang ada…

jumpa di sana...

19 November 2008

al-fatiha.. (noor afida binti elias isteri kepada suhaimi bin sulaiman telah kembali kerahmatullah pada 19hb Nov 2008 jam 3.00pagi)

pagi ini aku dikejutkan dengan berita kematian isteri teman baik aku.. awal-awal pagi telefon aku berdering.. dengan nada yang sama seperti biasa tapi cukup ringkas dan padat dia menyatakan isterinya telah kembali kerahmatullah pada jam 3.00 pagi.. aku tak sempat bertanyakan lanjut tetapi hanya minta dia terus tabah untuk hadapi kehidupan akan datang… ajal maut jodoh pertemuan kehendakNya..

aku yang belum sempat bertemu isterinya walau sekali dapat merasakan bertapa sedihnya sahabat aku ini kerana belum setahun usia perkahwinan nya dia terpaksa menghadapi segala dugaan yang bukan calang-calang orang yang mampu untuk bertahan.. mana tidaknya, anaknya kini berusia hampir 3 bulan.. dan masih lagi di hospital kerana ibunya telah melahirkan nya seawal 7 bulan dalam kandungan atas sebab kesihatan..

aku sendiri tidak pasti apa sebenarnya penyakit isteri sahabat aku ni… dua tiga hari lepas aku baru merancang untuk jumpa dia di kursus minggu depan untuk tanya aper cerita bini dia, maklumlah kami akan berkursus sama kat hQ tu..

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…. semoga rohnya dicucuri rahmah… buat sahabat ku sekali lagi tabah untuk menghadapi dugaan hidup ini dan jagalah permata hati yang telah ditinggalkan oleh isterimu sebagai penawar untuk terus hidup… al-fatiha… amin

18 November 2008

kursus

minggu depan g kursus kat hQ, nak kata seronok adalah sikit sebab dapat jumpa mamat2 indon.. he.he..he… mamat2 yang g kursus sama ngan aku kat bandung lah.. 2 tahun lepas.. teringat lah pulak masa g bandung dulu.. nak makan bukan main payah.. tak kena ngan selera aku.. tapi aku selalu gak g pau serunding yang kawan2 aku bawa bekal dari malaysia..

kursus tu berkenaan ngan web portal… erm.. jangan balik sini balik aku lak yang kena buat website udah.. g kursus tak sampai seminggu balik kena buat.. mampuh.. aku sorang lak yang g kursus tu dari pusat ni.. kadang2 tu hampeh gak bila kena g kursus macam ni.. tu yang leceh sikit. what ever lah.. janji program hujung bulan nie tak ganggu aku.. jadi cuti aku kena batal lah sebab aku kena g kursus… erm.. nak wat cam mana..
layannnn..

14 November 2008

majlis or jamuan

semalam ada taklimat hrmis.. taklimat tentang pengkalan data maklumat, lebih kepada cuti-cuti ajer.. cara nak mohon cuti, bilangan cuti berbaki.. macam-macam lagi lah.. aku join pun sebab kena sign attendant, kalau tak, tak ingin aku nak join.. kira-kira macam wajib lah.. hum.. selamba jer guna perkataan wajib.. macam dosa jer kalau tak buat.. he.he..he.. minah yang present tu buat kita yang mendengar nie macam budak-budak pulak.. dia ingat nak sekolahkan kita aleh-aleh dia yang kena sekolah..

hari nie ada majlis cum jamuan perpisahan… untuk staff yang akan meninggalkan ikm nie, kira-kira last day lah hari ni.. berpindah atas dasar naik pangkat atau pun yang memang sengaja nak berpindah… aku malas nak join kalau ada majlis-majlis macam ni.. cukup lah dulu-dulu aku join… sekarang nie aku tak rasa majlis tu perlu pun.. sebab ada sekali tu aku g majlis seumpama itu naik menyampah tengok.. dah lah orang yang nak pindah tu memang dia mintak pindah.. tapi berucap macam tak nak pindah pulak, nangis-nangis, sayang sangat lah tempat ni konon nyer.. erm.. macam-macam pael ada.. hairan..hairan..

erm.. tapi tahniah lah kat jiran sebelah aku nie, kena or terpaksa pindah… tahniah ke takziah pun aku tak tahu.. hanya dia yang tahu.. sebab nyer cuma tukar jawatan.. tapi masih di pusat yang sama, gred gaji tak ubah pun.. status???.. entah!! hope apa yang dia akan lakukan di tempat baru biarlah ikhlas.. gud luck

aku??! masih di sini..

bagi aku majlis untuk meraikan sesuatu tak salah kerana usaha yang telah dilakukan berjaya.. cuma dah jadi macam adat atau tradisi.. dah jadi macam wajib pulak.. kena buat bila ada orang pindah, lepas tu makan.. makan.. makan... jadi lu rasa majlis macam ni perlu ker..?

lu.. lu.. lu pikir lah sendiri… assalamuaikum…

12 November 2008

sajak kematian

isu yang hangat di tv hujung minggu lepas.. erm.. isunya patutkah ianya ditayangkan video seumpama ini kepada pelajar sekolah rendah? ramailah para-para bijak pandai mengutarakan pendapat, tak kurang pula ibu/bapa yang telah di interview untuk memberikan pendapat..
ada yang positif dan ada yang negatif.. bagi aku semua yang hidup akan pasti mati. bukan usia atau umur yang jadi taruhan untuk ianya kekal.. jadi.. mengapa ianya harus di pertikaikan.. anggap lah ini satu nasihat atau tauladan. sejak tahun 2005 hidup aku ini sering di dengari dengan berita kematian.. bermula dengan orang yang paling aku sayangi ayahanda aku.. masa itu aku ingat lagi kemuncak segala kebahagian dalam keluarga aku.. adik aku dapat meneruskan pembelajaran di uitm, abg aku baru lepas loan umah yang dia beli dekat dengan umah keluarga aku.., rumah kedai yang telah didirikan di kampung turut selesai segala hutang dan kini tinggal kutip hasilnya, bonda aku telah membeli satu barang yang dia idamkan selama ini dan itulah barang yang berharga yang pernah dia beli.. adik aku dapat kerja baru dan akan melapor diri di kemaman, aku.. aku juga turut mendapat tempias kegembiraan ini kerana aku mula bekerja dengan MARA, alhamdullilah... selalu gak kita dengar setiap berita kebaikan akan ada berita buruk yang datang.. erm.. cukup. cukup.. aku rasa cukup sampai kat sini dulu.. lain kali aku sambung balik yer.. akhir kata.. untuk semua.. bukan luahan rasa, tapi... isi hati yang kadang-kadang sukar untuk di lafaz kan...

08 November 2008

bank-in cek

semalam aku dapat 2 cek… cek tuntutan buat gubal soalan n cek bawa student ke perak.. gembira giler dapat cek tu.. mana tak nyer sekali 2 pulak tu, cepat pun cepat… sampai ajer kat meja aku aku check balik jumlah tuntutan yang aku buat, tu tak sama.. hangin gak aku.. terus aku g jumpa balik kerani yang urus kan cek tu untuk dapat kepastian ke mana hilangnyer jumlah sebenar yang aku minta… check punya check adalah tertinggal 40 hinggit, so nanti dia buat cek baru… bukan apa.. cek yang aku dapat g gubal soalan tu nak kena bayar balik duit yang aku loan kat unit.. kalau tak cukup, tak kan nak pakai duit aku pulak… tak berbaloi.. kalau lah macam tu tobat aku tak nak g dah.. bior orang lain pulak g… aku g pun hari tu, sebab dah tak ada orang yang nak g.. kadang2 aku rasa, aku nie pelik gak.. suka g buat kerja-kerja macam tu.. aku rasa aku nie dah dapat badi dR. azimuddin lah.. boss lama aku.. ex-boss aku ni, masa aku kerja ngan dia satu malaysia aku round.. masa tu ada projek dasar tanah negara.. semua pej. tanah dan galian negeri aku lawat, masa tu ingat lagi, claim berbukit-bukit tapi tak tahu lah apa yang aku dapat beli.. joli banyak kot masa tu…

erm.. tadi aku g bank-in cek.. banyak giler orang kat bandar.. rupa-rupanya ada persidangan perwakilan umno bahagian.. patut lah ramai sangat orang berbaju melayu.. aku terus ke cimb bank untuk masukan cek aku tu.. lepas tu aku keluar kan lah duit sikit untuk belanja dalam seminggu ni.. erm.. harap-harap lepas clear cek tu, lepas bayar loan unit.. dapat lah aku duit sikit nak buat modal nak g jalan-jalan hujung bulan nie.. baik punye projek… ambil cuti lama…

01 November 2008

hari berbelanje

lepas subuh tido balik… kul 9 pg baru bangun, relax sikit, hari nie cuti… jadi boleh lah bangun lewat sikit.. tapi plan hari nie nak g shopping beli barang2 dapur… macam2 kena beli stock dah nak habis.. lagi satu, dengar2 gak cerita area nie nak naik air.. banjir lah tu…

so, kena lah cari stock lebih sikit.. aku g giant kul 11pg sampai aje sana dengan list yang my wife dah tulis barang2 yang hendak dibeli, mula lah operasi mengambil barang2.. tiba2 aku hangin. mana tak nyer yang tak de dalam list pun dia ambil gak.. wah.. main petik ajer barang yang dia nak.. nampak macam banyak jer.. mahu tak banyak RM202.50 habis.. hum.. aku sweep aje lah…
balik dari giant lepak2 kat umah jab kemudian ke mydin pulak.. cari barang2 yang tak jumpa kat giant.. letih gak tapi nak wat cam mana hidup berkeluarga.. kena lah korbankan sikit kalau tak.. dapur tak berasap… hum.. malam. aku terima sms yang mengatakan isteri penyelaras kursus tlkm tempat aku bertugas telah kembali ke rahmahtullah petang tadi… al-fatiha.. semoga rohnya dicucuri rahmat..

sebaik sahaja terima msg tu aku siap2 nak g umah keluarga tersebut.. ucap takziah.. nasib baik my wife swimming enggak, kalau tak lambat lah nak tunggu dia bersiap, kalau dah lambat bersiap lambat pulak nak g.. malam tu lepas balik dari umah tersebut aku g makan kat luar bersama my wife, kerana my wife tak sempat nak masak.. romantik giler makan kat luar.. maklumlah tak selalu kami makan kat luar…