
aku, bila acara bermula, seperti biasalah suka tengok gelagat atau telatah orang, hum.. aku akan pastikan aku masih lagi waras untuk bertindak dalam apa2 keadaan walaupun perut nie agak berbunyi, berbekalkan roti canai dan teh ais pagi tadi..
tiba2 ajer terasa kenyang akibat melihat gelagat staff dan student yang menjamu selera secara buffet, buffet pun dah maksud berselerak.. maka berseleraklah staff2 dan student2 ini mencari makanan, macam2 gaya atau cara untuk mendapatkan makanan yang sememang nyer cukup jika dimakan mengikut keperluan.. malang nyer kehendak mengatasi keperluan, maka banyak mana makanan pun tak akan cukup…. ditambah pula yang sibuk untuk membungkus sebelum acara tamat..
pelbagai juadah yang disediakan antaranya.. satay makanan kegemaran salah seorang staff unit aku… satay nie kenalah catu. siap ada kupon lagi untuk budak2, malang nye staff tak berkupon, jadi makin sedaplah staff yang ambil, sampai tak teringat kat kawan2 yang lain… tetapi dalam banyak2 satay tu adalah yang berbau sikit.. maklumlah dah banyak tempahan adalah yang kureng sikit rasanyer.. aku sempat rasa satu cocok ajer, itu pun sahabat aku yang ulur kat aku… tq bai..
lemang berlaukan rendang dan serunding pun ada… itu pun aku x sempat… macam mana nak sempat.. dah makan berebut.. kadang2 untung juga jadi bdk2, bila berebut orang tidak mengata.. soto, laksa pun ada…
Kesimpulannya ada orang yang cukup gembira serta puas hati terhadap acara rumah terbuka institusi ini dan ada pula yang sedikit kecewa atas apa yang berlaku pada acara rumah terbuka kali ini..
tahniah kerana majlis berjalan dengan lancar…