sori lah.. x dapat nak outing lama2...
p/s : Assigment oleh Mr. Saad Bin Yon ... ini jer lah yang dapat submit, lari dari tajuk gitu..! tapi tetap 15 keping foto dari JUZ@iLi fOtO
apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?
YouTube : [search] juzailialias
juzailialias@yahoo.com.my
tugas mendidik bukan kerja senang tapi senang untuk bekerja..
ayat org2 tua : senang2 masuk maktab keluar2 dah boleh jadi cikgu
orang kata mengajar di tadika
kerjanya payah kerana di sini mulanya pembelajaran..
orang kata mengajar di sekolah
agak mudah kerana semuanya telah diajar di tadika..
orang kata mengajar di intitusi pendidikan
lebih mudah kerana sudah mendapat ilmu di sekolah..
orang kata mengajar di universiti
lagi mudah kerana semuanya pelajar kena bedikari..
tahukah anda betapa bezanya gaji seorang guru tadika dan pensyarah di universiti ?
tanggungjawab seorang pendidik merupakan amanah yang paling berat harus dipikul
ini kerana ia melibatkan masa depan seseorang..
terima kasih guruku di mana sahaja anda berada
halalkan ilmu yang diberikan dan semoga ilmu yang telah diberikan
akan aku kembangkan kepada sesiapa sahaja
untuk dimanafaatkan..
---selamat hari guru----juzailialias-
setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
dalam hidup, kita diberi banyak pilihan dan kesempatan. namun jika kita tidak mahu membuka hati dan mata kita untuk melihat dan menerima kesempatan yang allah berikan maka kesempatan itu akan hilang begitu saja. dan hal ini, ia hanya akan menciptakan penyesalan yang tiada guna di kemudian hari lalu kita akan berucap "ohhhh... kalaulah aku tidak mensia²kan kesempatan itu dulu kalaulah...kalaulah......!!!.
kadang-kadang peluang datang tanpa kita sedari. peluang mungkin lalu di hadapan kita cuma sekali itu sahaja, dan mungkin tak akan datang sekali atau kedua kali. jadi, pergunakan sebaiknya. biar sekecil manapun manafaat yang ada di dalam peluang yang datang itu. bila kita setia pada perkara yang kecil maka kita akan mendapat perkara yang besar. bila kita menghargai kesempatan yang kecil, maka ia akan menjadi kesempatan yang besar.
bijaksanalah pada hidup, hargai setiap detik kesempatan dalam hidup kita. di saat sulit, selalu ada kesempatan untuk memperbaiki keadaan; di saat sedih, selalu ada kesempatan untuk meraih kembali kebahagiaan; di saat jatuh selalu ada kesempatan untuk bangkit kembali; dan dalam keadaan terburuk pun selalu ada kesempatan untuk meraih kesempatan lain untuk meraih kembali yang terbaik untuk hidup kita.
Segala penulisan dalam blog ini adalah rekaan atau pandangan penulis sahaja dan tidak bermaksud untuk memburuk atau memfitnah mana-mana agama, parti politik, organisasi, syarikat, atau individu. Ia juga tidak sama sekali mencerminkan pandangan ahli keluarga, kenalan, atau mana-mana individu yang berkaitan secara langsung atau tidak secara langsung dengan penulis. Pembaca adalah dinasihatkan supaya menilai sendiri semua bacaan dari blog ini dan tidak menghuraikan atau menyimpulkan serta menyebarkan apa-apa pendapat tentang penulisan penulis sehingga boleh mendatangkan keburukan kepada mana-mana pihak. Pembaca dibawah umur 18 tahun diminta mendapat kebenaran dari ibu / bapa / penjaga mereka. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesan buruk yang timbul akibat pembacaan dari blog ini.
copyright © juz@!l! 2008