apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


31 Disember 2011

bukan misi terakhir

dah nak sampai kita ke akhir garisan 2011. pastikan kita tahu apa yang nak dicapai dalam setiap bulan sepanjang tahun 2012 nanti.

tapi tak bermakna kita harus melupakan matlamat 2011 yang masih belum tercapai. kita harus terima ia sebagai misi belum terlaksana namun masih menunggu peluang untuk disempurnakan. kini peluang itu datang, bermula pada 1 januari 2012.


akhir garisan merupakan pemula pada awal bahagian selepas garisan tersebut. macam trek lumba lari.

lepas garisan penamat, pelumba dah tak ambik kisah perkara-perkara selepas dia melepasi akhir garisan. yang dia tahu, nak lepaskan penat berlari. nafasnya tercungap-cungap.

tapi, selepas melepasi garisan penamat, ada lagi acara lain menunggu. mungkin, ada lagi pertandingan lumba lari di tempat lain untuk dirinya.

mungkin, pertanding itu berlangsung dua hari akan datang, dua minggu akan datang atau dua bulan akan datang. dia perlu bersedia, perlu sentiasa cergas. seperti pelumba itu, kita juga perlu bersedia dan sentiasa cergas supaya kita sentiasa bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan.

walaupun kini akhir garisan tahun 2011 semakin hampir, namun berbagai cabaran menanti bila tiba bahagian pemula tahun 2012.

pastikan kita tahu apa matlamat kita untuk tahun 2012.