

apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?
YouTube : [search] juzailialias
juzailialias@yahoo.com.my
Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
sumber : wikipedia.org
setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
dalam hidup, kita diberi banyak pilihan dan kesempatan. namun jika kita tidak mahu membuka hati dan mata kita untuk melihat dan menerima kesempatan yang allah berikan maka kesempatan itu akan hilang begitu saja. dan hal ini, ia hanya akan menciptakan penyesalan yang tiada guna di kemudian hari lalu kita akan berucap "ohhhh... kalaulah aku tidak mensia²kan kesempatan itu dulu kalaulah...kalaulah......!!!.
kadang-kadang peluang datang tanpa kita sedari. peluang mungkin lalu di hadapan kita cuma sekali itu sahaja, dan mungkin tak akan datang sekali atau kedua kali. jadi, pergunakan sebaiknya. biar sekecil manapun manafaat yang ada di dalam peluang yang datang itu. bila kita setia pada perkara yang kecil maka kita akan mendapat perkara yang besar. bila kita menghargai kesempatan yang kecil, maka ia akan menjadi kesempatan yang besar.
bijaksanalah pada hidup, hargai setiap detik kesempatan dalam hidup kita. di saat sulit, selalu ada kesempatan untuk memperbaiki keadaan; di saat sedih, selalu ada kesempatan untuk meraih kembali kebahagiaan; di saat jatuh selalu ada kesempatan untuk bangkit kembali; dan dalam keadaan terburuk pun selalu ada kesempatan untuk meraih kesempatan lain untuk meraih kembali yang terbaik untuk hidup kita.
Segala penulisan dalam blog ini adalah rekaan atau pandangan penulis sahaja dan tidak bermaksud untuk memburuk atau memfitnah mana-mana agama, parti politik, organisasi, syarikat, atau individu. Ia juga tidak sama sekali mencerminkan pandangan ahli keluarga, kenalan, atau mana-mana individu yang berkaitan secara langsung atau tidak secara langsung dengan penulis. Pembaca adalah dinasihatkan supaya menilai sendiri semua bacaan dari blog ini dan tidak menghuraikan atau menyimpulkan serta menyebarkan apa-apa pendapat tentang penulisan penulis sehingga boleh mendatangkan keburukan kepada mana-mana pihak. Pembaca dibawah umur 18 tahun diminta mendapat kebenaran dari ibu / bapa / penjaga mereka. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesan buruk yang timbul akibat pembacaan dari blog ini.
copyright © juz@!l! 2008