apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


31 Disember 2011

bukan misi terakhir

dah nak sampai kita ke akhir garisan 2011. pastikan kita tahu apa yang nak dicapai dalam setiap bulan sepanjang tahun 2012 nanti.

tapi tak bermakna kita harus melupakan matlamat 2011 yang masih belum tercapai. kita harus terima ia sebagai misi belum terlaksana namun masih menunggu peluang untuk disempurnakan. kini peluang itu datang, bermula pada 1 januari 2012.


akhir garisan merupakan pemula pada awal bahagian selepas garisan tersebut. macam trek lumba lari.

lepas garisan penamat, pelumba dah tak ambik kisah perkara-perkara selepas dia melepasi akhir garisan. yang dia tahu, nak lepaskan penat berlari. nafasnya tercungap-cungap.

tapi, selepas melepasi garisan penamat, ada lagi acara lain menunggu. mungkin, ada lagi pertandingan lumba lari di tempat lain untuk dirinya.

mungkin, pertanding itu berlangsung dua hari akan datang, dua minggu akan datang atau dua bulan akan datang. dia perlu bersedia, perlu sentiasa cergas. seperti pelumba itu, kita juga perlu bersedia dan sentiasa cergas supaya kita sentiasa bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan.

walaupun kini akhir garisan tahun 2011 semakin hampir, namun berbagai cabaran menanti bila tiba bahagian pemula tahun 2012.

pastikan kita tahu apa matlamat kita untuk tahun 2012.

27 Disember 2011

cinta si mamat

date : 24 Dis 2011 | location : merlimau, melaka
R.A.I.K.A.N --- C.I.N.T.A
JAMILAH
& MOHAMMAD






ikuti sambungan kisah cinta mereka di cinta si milah

26 Disember 2011

Rindu juga.. !

01 Disember 2011

Rindu..!

30 November 2011

Merangkak..



membesar dengan sihat, alhamdullilah.........

22 November 2011

besoor sajer..!

hum.. tiba2 jer ter'rasa hangin.. ingat nak tuju kat seseorang this picture.. but ramai pulak sekarang nie yang kena tuju.. so, hopefully anda bukan tergolong dalam golongan ini...



09 November 2011

So Sweet...



Kasih telah terbina sebuah mahligai, Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana, Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita, Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami, Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang, Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku, Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku, Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu, Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

05 November 2011

aidiladha

dedicate this to all family, siblings, siblings in-law, relatives, members of pcc group, friends, students, muslimin and muslimat…


26 Ogos 2011

aidilfitri | merdeka

2 in1 | aidilfitri & merdeka

dedicate this to all family, siblings, siblings in-law, relatives, members of pcc group, friends, students, muslimin and muslimat…

21 Julai 2011

Jemputan Aqiqah

11 Julai 2011

PCC | wan & syila

Date : 05 Jun 2011.
Photoshoots : Perkahwinan Edisi Lelaki.
Location : Bukit Kuantan, Kuantan.
Bahan-bahan nya adalah..............................

lamanya tak update blog... sejak balik2 dari kursus kat Jawi tu.. nie baru nak update... sori lah yer pemerhati2 blog nie, sebab lama dah tak update.. insya-allah kalau sempat nanti akan di update dari masa ke semasa..


19 Jun 2011

Kursus Pencahayaan

ahad... ! esok aku akan gi kursus di JAWI, Pulau Pinang... tapi hari nie sempat lagi aku gi kursus tentang pencahayaan di dalam fotografi potret..! kursus anjuran kolej komuniti, kos perlu dibayar sendiri.. kursus diperlukan untuk upgred diri sendiri tentang dunia fotografi..

dan hasilnya setelah sehari berkursus... wow..! tidak seperti selalu.. bukan macam aku shoots jer.. tapi tulah.. nak beli barang2 lighting tu, alamat kena dapat duit terpijak lah.. tapi aku ada payung dan aku telah cuba di entry yang lepas [click].. masa tu tak tahu pun teknik2 pencahayaan main hentam jer.. tapi sekarang...

17 Jun 2011

senat | penat [13-17 jun 2011]

tajuk macam mengeluh jer... hum.. bukan lah mengeluh tapi macam penat sikit jer minggu nie.. mana tak nya, senat peperiksaan untuk student jan-jun 2011 bermula minggu nie 2 hari, 14 kursus, 13 - 14 hb.. sepatutnya aisyah yang kena masuk untuk mengesahkan a.k.a menjawab segala pertanyaan tapi aisyah cuti air'men'jen'c... anak tak sihat.. opss cerita pasal anak nie aku pun baru jer balik dari kg.. terus gi masuk senat... jadi jawab jer lah apa2 yang dipersoalkan.. nasib baik aisyah tak masuk gak sebab banyak yang di tanya tentang student aku jer...

eh' tiba2 jer keluar gambar kat atas nie.. apa pulak kaitan ngan senat.. jawapan TIADA .. hahahaha.. tak ada kaitan pun.. nie aku just nak tunjuk kerja2 yang aku kena buat sebelum aku kena gi kursus 2 minggu kat jawi, pulau pinang... (20-30 JUN 2011) lama tu.. sebab tu, aku kena beres kan kerja2 yang telah diberikan.. opss satu jer aku memang tak sempat nak buat video clip untuk para ibu bapa sebelum mendengar taklimat pada hari pendaftaran 27 JUN nie.. banner2 dah aku siapkan.. pasal gantung2 banner nie, ramai yang boleh buat kan.. so, bahagi2 lah tugas.. selesai untuk pendaftaran sesi jul-dis 2011, sori aku tak dapat membantu pada hari kejadian..

ok, nie ad-hock punya lantikan... kena buat replika macam gambar kat bawah nie.. aku memang tak sempat nak buat sebab aku dah kena gi kursus, kebetulan pulak nak guna 28hb nie.. jadi untuk memudahkan kerja2 orang yang akan membuatnya aku dah sediakan gambar2 kat bawah nie untuk di klon kan..

08 Jun 2011

Jentera Baru [race car ikm tsya]

pelancaran jentera baru untuk perlumbaan hujung minggu ini
- good luck -


p/s :- i'm not the tims.. but i'm tsyaean...

30 Mei 2011

PCC | zubaidi & khadijah

Date : 30 Mei 2011.
Photoshoots : Perkahwinan Edisi Lelaki.
Location : Kuala Rompin, Rompin.
Bahan-bahan nya adalah..............................

[advertisement] anda sedang mencari jurufoto utk pelbagai majlis dengan kesesuaian bajet [sila click]

28 Mei 2011

KUANTAN Gengsksb

hari sabtu.. sepatutnya ada edisi memukat belah perempuan tapi dibatalkan atas sebab2 tertentu.. bosan punya hal... aku ngan partner gi outing with my students yang baru jer hantar buku log latihan industri.. kebetulan mereka ada di kuantan apa lagi kuantan menjerit lah malam tu.. "outing buka payung".. dan hasilnya. Kuantan Gengsksb...

thanks lah sebab menjadi model tidak berbayar pada malam tu.. sebab dah lewat sangat.. lain kali lah kita reunion balik yer.. opss.. ok gud luck kepada yang boleh menyambung study, gud luck yang boleh terus bekerja di tempat praktikal, gud luck juga yang mencari pekerjaan.. set-up kehidupan anda semua selepas ini.. kalau ada apa2 anda tahu dimana nak cari saya yer..! keep in touch..

- good luck -

18 Mei 2011

Hari Pendidik IKM TSYA, Pekan

16 Mei 2011

Banner [ 5S ]

zaman teknologi.. semua nak cepat.. semua nak pantas...
akhirnya 8 banner siap dalam masa 3 hari untuk dipasang sebelum hari pendidik...

13 Mei 2011

Newborn | Baby Girl [hidayah]

alhamdullilah syukur.. syukur... tanggal 13 Mei 2011 isteri saya telah selamat dibedah dan telah melahirkan cahayamata sulong kami, penantian suatu penyeksaan.. mungkin benar, mungkin juga ada manisnya.. semua ini ada hikmah disebalik pemberian dari yang maha esa..!

[beberapa jam setelah dilahirkan]
[hari pertama - di htaa, kuantan]
[hari kedua - bersama aki dan nenek]
[hari ketiga - mama pulang ke kampung untuk berpantang bersama hidayah]
[hari kelima - mendaftarkan kelahiran] * [hari ketujuh - cukur rambut]
[hari kesepuluh - tali pusat telah berpisah dari pusat]

semoga kami dapat melaksanakan amanah yang telah diberikan untuk mendidik anakanda kami dengan cara yang terbaik dan menjadi anak yang solehah. terima kasih kerana memberi peluang untuk kami menikmati perasaan seorang ayah dan mama setelah hampir 5tahun kami mendirikan rumahtangga.. alhamdullilah..