apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


31 Julai 2010

PIKOM @Kuantan

masa untuk mencari pelbagai accessories komputer.... harus diingat accessories ajer tau.. sebab kalau nak beli komputer@latop kena gi lah kedai komputer... biasanya harga accessories ajer yang murah masa2 macam nie...


dari semalam lagi dah plan nak gi sana.. nak cari apa pun tak tahu... tapi rasa nak tengok2 ajer.. jadi pagi2 dah sampai kat sana.. tiba2 lak teringat pesanan student yang nak beli pendrive.. jadi gi lah cari 8gb-Kingson.. bila dah jumpa tu.. mulalah tangan nie gatal nak mencuri..! opss.. janganlah salah sangka... mencuri foto.. rasanya tak salahkan... dan hasilnya...















































suatu petang @ TC, kuantan....





























28 Julai 2010

tayangan eiMARAce

tayangan foto dan video edisi pertandiangan eimarace kat pasir salak hari tu.. students boleh menonton di dewan abd aziz petang tadi.. aku pun join gak.. memenuhi masa jadual kokurikulum. sambil dok borak2 ngan ex-students yang aku ajar semester lepas...

bagus juga ada tayangan seperti ini sekurang2nya memberi sedikit semangat kepada students tu untuk merekacipta dan berinovasi.. tak lari budak2 tu, siap ikut sampai buat demo drift lagi kereta tu.. tahniah sekali lagi untuk team tersebut...





tumpang lalu kebetulan cerita agak sama, aku dah menyediakan videoclip edisi Royal Pahang KART PRIX 2010, sajer2 nak upload kat youtube.. kebetulan lagi baru jer siap nie... bukan cari publisiti tapi sekadar untuk berkongsi.. [Royal Pahang KART PRIX 2010] rasanya bolehlah.. sekadar nak tengok2 kereta KART PRIX.. tak lah hebat mana pun videoclip nie... baru cuba2 program windows movie maker...

p/s: foto kereta IKM TSYA Racing Team tu ehsan unit media IKM TSYA. tapi aku dah edit foto tu.., sorry en edi...

26 Julai 2010

hari ini adalah harinya...

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA, Pahang 2009



terima kasih kepada pengurusan tertinggi IKM Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan kerana telah mencalonkan saya sebagai penerima APC MARA, PAhang 2009.. turut merakamkan sekalung budi terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah memberi dan akan memberi sepenuh kerjasama secara langsung atau tidak langsung kepada saya sepanjang perkhidmatan saya di IKM TSYA dan MARA amnya.. terima kasih sekali lagi...!

25 Julai 2010

kart prix @ eimarace

adushhh... penin2 nak pikir, mana nak tengok nie... kart prix ke eimarace?? ahh..! sudah lah.. tengok kart prix suda.. dekat pun dekat lagi pun nak ke eimarace jauhh tu.. lagi pun tak ada yang taja.. hehehee... tapi aku tetap menyokong IKM TSYA RACING TEAM.. tahniah kepada team TSYA kerana telah mendapat tempat ke3 keseluruhan kejohanan... driver tu student aku masa dia semester 1, tak tahu lah dia ingat ke tak kat aku.. by the way tahniah sekali lagi...

untuk tidak menghampakan diri untuk tengok perlumbaan bermotor, singgah 2 jam di kart prix, pekan.. kebetulan ada kejohanan royal pahang... apa lagi.. outing lah katanya bersama zulfahmi.. cerita banyak tak nak.. mari kita tengok santapan mata dengan foto2 yang terpilih....

tidak lengkap jika tiada foto portrait..

dan lagi mencuri gambar jurugambar... hahahaaa.. ini amat menarik minat aku sejak kebelakangan ini 'candid' katanya...

yang terakhir... setiap kejohanan pasti ada yang menang.. wajah2 pemenang kejohanan

opss..! ada pulak terselit gambar in-done or indone dan satu lagi tu kena marah ke kena warning..?
kenapa x jelas ke.. last kasi big foto..!



p/s : nak tengok lebih banyak foto layari fesbuk aku yer, tak friends pun tak apa asal ada akaun fesbuk... [click]

21 Julai 2010

jemputan ke majlis APC MARA, PAHANG

adushh... pening kepala nie.. nak tulis ke tak pasal entry nie.. last2 aku ambil keputusan nak tulis gak lah.. tiada niat untuk riak ke apa.. cuma nak berkongsi kegembiraan... berkongsi kepada sesiapa yang sudi berkongsi.. maklumlah mungkin ada juga akan dengar2 layak ke..? kenapa dia pulak, bukan aku..?? cemerlang kah dia..?? bagi aku semua ini bergantung kepada rezeki dan sikap kita dalam memberi sumbangan kepada pekerjaan kita..


mula2 terkejut jugak.. betul ke aku..?? seingat dan setahu aku "orang kata" kalau kita bodek sikit2, kadang2 tu banyak, sure akan dapat jemputan macam nie.. tapi aku... jauh sekali kata nak bodek.. nak berjumpa pun payah, takut+segan.. seingat aku, aku jumpa pun sebab nak renew dan sign mati setem ajer... lain tu, jumpa dalam mesyuarat ajer lah... apa2hal bercakap dalam mesyuarat..

p/s : syukur alhamdullilah... terima kasih kepada semua sekali yang telah memberi kerjasama dalam menjalankan tugas2 seharian.. tanpa anda siapalah saya... jgn lepas nie rumah siap pahat berbunyi pulak yer..

16 Julai 2010

the making of pre-graduate JOM convography

dah tengok pre-graduate [fasa 2] edisi fasa 2 nie lebih sempurna dari fasa 1 kerana berjubah konvo..! wow dah macam konvo pulak dah.. padahal baru final semester kat IKM nie.. tak apa lah yer.. tapi ingat student2 jangan koya sangat sebab anda belum lagi disahkan sebagai graduate.. okay back to the making of pre-graduate nie.. situasi bermula..

memilih gaya "poses" yang di kehendaki oleh model.. nampak tu jenuh memilih gaya2 yang ada pada kertas yang telah diprintkan oleh PCC photography.. bila dah ada poses yang sesuai kenalah...


menyempurnakan pakaian jubah,
ada pulak tu yang sampai tak tahu nak pin kan kat mana.. hishh tambah pulak dengan aksi2 yang agak malu2 kucing semasa memperagakan jubah tu.. hishh baru jumpa jubah konvo gamaknyer... bila dah siap2 pulak tu malu pulak nak bergambar.. adushhhh..! jenuh aku memanggilnya untuk ber "poses"...


tengok tu aku pulak yang kena panggil... tapi bila mula shoots.. amboi..amboi..amboi.... mengalahkan model profesional mereka ber poses.. mana tak nye tengok ajer lah gambar kat bawah nie...!





p/s: gambar yang formal telah di update di [link]

14 Julai 2010

layout dewan majlis konvokesyen ke 16

hum... petang tadi aku dok sebok2 buat buku program majlis konvokesyen sibuk lah sangat padahal en fahmi yang buat aku dok tepek ajer kat dia.. memberi semangat ha..ha..haaa.. sambil umpan nak ambil gambar pre-graduate edisi berjubah tau... hish bukan senang nak dapat pinjam jubah, sebelum time2 konvo nie.. hahaha.. nak2 lagi utk convography..

eh.. melalut dah nie.. cerita petang tadi.. en aziziul (bukan nama sebenar) selaku penyelaras (bukan jawatan sebenar) konvokesyen kali ke-16 nie cari aku.. nak tahu kenapa...??? nie haaaa....

nak mintak tolong aku buat layout dalam dewan... nasib baik dah ada sketch.. en ali yang buat aku cuma drafkan balik menggunakan program autocadd... kalau aku jugak kena mikir.. alamat segala2 nyer lah di bawah batu jembala patik... oh yer.. cerita pasal layout nie, ada jugak kaitan dengan buku program mana taknyer kena match dengan backdrop.. kalau match dengan backdrop sure lah kena match dengan cover buku program..

berkaitan dengan buku program.. front page dah diterima maka mudah lah kerja2 pembuat2 banner/backdrop dan paper beg.. tak lupa dengan landskap di dalam dewan, nak matching color bunga katanyer... hahahaaa... tapi buku program aku juga tak siap2 banyak isi kandungan yang dapat lagi.. contohnyer kata2 aluan dan senarai ajk2 kecik... hum.. tunggu tu ajer pastu dah boleh hantar printing.. hope semuanya siap dalam minggu nie... oh yer nak tengok tak front page yang telah di terima...?? nie dia...




11 Julai 2010

model sambilan konvokesyen

katanya model sambilan.... walhal student2 senibina menjadi mangsa... bukan mangsa tapi kena paksa.. wakakkaaa... dalam edisi membuat layout untuk team PCC dan contoh foto untuk graduate students pada sesi konvokesyen ke-16 IKM TSYA nie ber "poses"...


sebenarnya contoh dah diletakan pada [PCC link] tapi 4 keping ajer... timbul perasaan tidak adil sebab banyak gak model2 yang telah menjayakan sesi fotografi nie.. tapi 4 ajer yang dipublish kat PCC tu, jadi untuk tidak mengecewakan model2 tu, maka foto mereka telah digabungkan dan diletak pada entry kali ini.., softcopy nanti boleh mintak yer..

08 Julai 2010

pre-cover buku aturcara majlis konvokesyen

mencari idea untuk kulit buku konvokesyen ke 16...




hum... nie baru pre-cover.. banyak lagi nak kena buat... idea..! idea..! idea..! minggu depan nak kena tunjuk kat big boss nie.. lagi pun semua benda kena tunggu benda nie.. nak buat paper bag pun kena tunggu benda nie.. nak buat backdrop/banner pun kena tunggu benda nie... yang kena buat benda nie....??? hum.. paham2 ajer lah..

sambil dok mencari idea2 nak buat benda nie aku ada buat gak iklan.. iklan apa yer... nak tahu kena lah click kat blog yang ini pulak....

PCC Photography

ha..ha...ha.... sajer2 nak buat untuk students.. lagi satu nak memantapkan skills crew PCC maklumlah masih lagi dalam belajar shoots foto.. harap2 tiada yang menghalang.. doa2 kan kami berjaya dalam shoots kali nie yer...