apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


25 Ogos 2009

rutin harian di bulan ramadhan


erm.. nak start dari mana ha… aktiviti nyer… ok lah bermula dari….


12.00 am

biasanya dah tido masa2 nie.. nak cerita apa yer..? tengok keadaan.. kalau ada mimpi yang best2, kalau x pun mimpi ngeri.. ada pulak yang empty, x de apa2 pun. sedar2 jam handphone bunyi kul…


04.45 am

dah bangun dah masa nie, bersiap2 nak sahur.. kalau rajin mandi dulu kalau malas sahur jer lah dulu.. sebab cik jah selalu pesan, lepas makan x boleh mandi.. jadi kena lah mandi dulu.. kalau malas sangat, makan dulu then nak gi kerja baru mandi.. masa ni kalau rajin sempat lagi surf internet..


06.15 am

solat lepas tu kalau ngantuk lagi tidur lah kejab sebelum gi kerja.. kalau tak, tengok tv..


07.20 am

dah siap2 nak gi kerja.. sebab sepanjang bulan ramadhan nie punch card sblm kul 7.45… bermulalah aktiviti bekerja sehinggalah jam.. *bekerja ker..? lu pikir lah sendiri…


04.30 pm

masa nie semua staff dah sebok2 nak punch card balik.. aku seperti biasa x suka buat benda dalam keadaan kelam kabut jadi relax ajer.. biar lah diaorang bekejar2 nak balik, mungkin ada sesuatu yang dikejarkan.. *nak masak ker..? nak beli kueh mueh ke..? nak ambil anak2 ke..? bagi aku x de benda nak dikejarkan.. jadi aku tunggu ajer lah cik jah datang jemput aku..


05.00 pm

kadang2 sempat gak aku jenguk kat dapur pantau cik jah masak.. hehehe… kalau x pun aku tengok tv ajer.. rehat2 kan diri…


07.20 pm

time bebuka pose, masakan cukup simple ajer.. sekadar makanan harian seperti hari2 bukan di bulan ramadhan.. cukup untuk kami berdua.. *kalau ada yang nak berbuka bersama kami, kena lah bagi tau awal2. boleh lah masak lebih2 sikit.. actually pada hari2 biasa pun kami selalu makan pada waktu petang.. jadi rutin kali ini cuma lewat sejam dari biasa jer..


08.30 pm

solat time.. isyak + tarawih, setakat aku menulis entry ni.. %san kerajinan aku nak menunaikan solat tarawih ni tinggi lagi.. tapi tak tahu lah esok lusa.. doa2 kan kerajinan aku ini berpanjangan.. amin


10.00 pm

masa2 ni lah kalau ada sesiapa nak cari aku di YM, itu pun kalau keadaan body aku masih lagi kuat untuk ber internet.. kalau tak, korang YM aku pada masa opis ajer lah yer.. itu pun kalau akau x de kelas.. kalau tak.. I’m sorry..


11.30 pm

time2 macam nie mata aku dah mula mengantuk.. tapi tengok lah keadaan kalau rancang sangat berchating atau meng update blog, lambat lah tido…


NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : SEKADAR MENCATATKAN RUTIN HARIAN KETIKA HARI BEKERJA KALAU MASA CUTI LAIN PULAK JADI NYER, MAYBE LEBIH TIDO DARI JAGA..

24 Ogos 2009

seminggu di chow kit {17-21 ogos 09}


pra reunion architecture batch pedagogy GMi

tiba2 aku dapat surat untuk menghadiri kursus + mesyuarat kat KL, hum.. rasanya cam malas jer nak gi.. tapi memandangkan ini merupakan ala2 pra reunion jadi gagah kan juga lah.. lagi pun time2 macam ni lah nak jumpa kawan2 yang jauh… antara yang hadir adalah en suhaimi, en saad, en nazry, pn afida dan ramai lagi lah.. di samping jumpa gak geng2 kursus last year joomla.. en kuching, en safety boot dan lain2 ler.. tambahan pula geng2 baru kenal seangkatan..



kereta dan no plat

biasalah.. kursus2 juga tapi ada jer benda2 sampingan yang perlu di buat.. contohnyer en suhaimi nie.. datang KL nie atas tujuan serampang bermata-mata.. mahu x nyer datang KL macam2 benda dia bawak balik ke tempat asalnyer nak tahu benda apa..? korang tengok lah gambar kat bawah ni.. dia tu datang KL mula2 beli no plat motor dia jer… tak sangka pulak boleh bawak jerung.. opss kereta.. tengok lah sendiri bagaimana dia kira duit, sampailah urusniaga di kedai mamak.. perhatikan duit undertable tu… aku!! aku pun beli kereta gak en suhaimi oii.. tapi x lah jerung.. cuma hamster jer untuk latop cicak aku ni..



face mask

sebok2 masa mesyuarat, sempat gak keluar berjalan2 kat area chow kit nie.. siap keluar makan malam ngan en am ngan en pali lagi.. dah ramai gak orang pakai topeng muka untuk mempertahankan diri dari terkena wabak H1N1. hum.. ingat kat chow kit jer.. masa aku nak balik pekan kat pudu raya bersepah orang memakai topeng tu.. erm.. cam serius jer keadaan nampak nyer..


NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : OLEH KERANA BERADA DI BULAN RAMADHAN MAKA PENGAKTIFAN UNTUK MENG UPDATE BLOG NIE AGAK KETERBATASAN DAN YM PADA WAKTU MALAM JUGA TIDAK BERAPA NAK AKTIF.. SEMOGA AMALAN RAMADHAN KALI INI YANG TERBAIK…

18 Ogos 2009

“ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAKH ”


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika
masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khus
yuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.


Semoga Ramadhan Membawa Keberkatan Kepada Semua dan Mengukuhkan Ukhwah Yang Terbina.

15 Ogos 2009

konvokesyen ikm tsya, pekan pahang 2009


setelah seminggu institusi tempat aku bekerja tutup akibat virus H1N1 kini telah kembali beroperasi semula.. aktiviti atau majlis yang terhampir adalah majlis konvokesyen kali ke 15, ikm tsya pekan.


sehari sebelum raptai majlis tersebut

kuantan menjerit ler.. mengambil buku program majlis tersebut di kuantan.. selain itu.. mengambil barang2 sewa untuk pengiring majlis tersebut dan pele2 sampai di kuantan kena lah cari capal untuk hulubalang2 institusi ini..



hari raptai a.k.a sehari sebelum majlis tersebut

maka berduyun-duyun lah bekas2 pelajar aku yang akan menyertai majlis tersebut yang hadir.. pada siang harinyer diadakan raptai penuh.. aku gi juga lah jenguk memberi semangat kepada hulubalang2 tu.. malam nyer kena lah datang juga ke dewan sebab nyer kena susun buku program tu.. erm.. malam tu en hasbie pun ada sama.. saje jenguk katanyer.. lepas selesai.. keluar lah minum..



hari konvokesyen

aku sebenarnyer x perlu hadir pun, x pe.. sebab nyer tugas aku secara tak rasmi nyer dah habis pada malam semalam sebab selesai ajer pengagihan buku program, maka nyer selesai lah tugas aku.. cuma aku datang sebagai memberi sokongan moral ke atas majlis tersebut.. kira2 jam 1.00ptg selesailah majlis tersebut..



NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : TAHNIAH KEPADA PIHAK PENGURUSAN MAJLIS TERSEBUT KERANA TELAH MENJALANKAN TUGAS DENGAN SEBAIKNYER..