apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


27 September 2009

seminggu aidilfitri 1430/2009 (ahad ke ahad)


ahad (20hb sept 2009)


sambutan pada mulanya akan jadi cam tahun lepas.. tapi disebabkan something wrong going someway cam meriah lah pulak pada zahirnyer.. batin belum tentu.. cam orang2 ler mintak maaf zahir ajer kan.. harus ker dalam hati ada cinta.. atau zahir tak terucap.. atau.. ape2 ajer..



pagi raya lepas solat aidilfitri maka berkumpulah adik beradik sekalian.. cam tahun lepas 4 beradik jer.. tahun nie dah tambah lagi sorang dah jadi 5 beradik tahun depan insyaallh lah boleh tambah lagi sorang di pagi aidilfitri kat umah pusaka nie.. opss tambah2 beradik nie bukan nyer kelahiran baru yer.. tapi pengumpulan ahli sahaja.. maklumler masing2 dah berumahtangga jadi kenalah bahagi sama rata, sama adil.. kan..



lepas berkumpul kat umah pusaka tu, kami beramai2 lah pulak gi umah abg di, sebab nyer cik sor ada kat sana, raya KL. sebab cik sor ada kat sana sebab kak dah nak operate perut, sebab kak dah nak operate perut sebab nak lahirkan anaknya yang berat hampir 3kg lebih.. (orang kata yer aku tulis ajer).. malam tu pulak, beraya kat umah mentua azwan..


isnin (21hb sept 2009)


x gi mana2 pun.. lepak ajer kat umah.. menanti kanak2 tiba untuk berhari raya.. maklum ler dah tue.. kenalah meraikan kanak2 yang berjaya menghabiskan pose sebulan kan.. sambil nonton tv ajer dan melebarkan jalur lebar…


selasa (22hb sept 2009)


keluarga mentua aku baru sampai dari dungun terus terjah kat umah aku ni.. nak solat sebelum gi umah adik ipar aku kat bandar kinrara, malam gi beraya umah abg long.. aktiviti lain sama cam semalam..


rabu (23hb sept 2009)


keluar ronda2 KL, jumpa keluarga mentua aku bershopping di soga.. lepat tu aku follow mereka ke umah bandar kinrara.. sebab malam nie a.k.a pagi2 esok jam 1 pagi nak ke KLIA.


khamis (24hb sept 2009)


keadaan huru hara dah terjadi seawal pagi.. mahu x nyer nak check in kat airport kul 1 pagi.. tapi tersebab salah jalan, terlajak lak sampai.. nasib baik x de menda2 berlaku.. actually adik ipar lelaki sulung aku nie dapat melanjutkan pelajaran kat al-azhar, mesir.. so, gi lah ramai2 kat KLIA tu untuk memberi moral support.



habis kes hantar sorang nie.. ada lgi sorang pulak.. pagi kul 12 tghari nak fly ke medan.. adik ipar gak.. study medic kat sana.. kes yang agak sama tapi.. memang lewat keluar umah.. so, nasib baik ler sempat.. dah jadi cam home alone kat lapangan terbang LCCT berkejar kejaran.. petang gi umah abg ngah.. dia baru balik dari kg wife dia.. malam gi nonton pawagam cerita jin notti.. saje2 nak hiburkan hati.. lepas gi tengok wayang tu singgah lah kat NZ, pekena teh tarik..



jumaat (25hb sept 2009)


edisi khutbah jumaat : Alhamdulillah kita telah tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah...

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

sabtu (26hb sept 2009)


x gi mana2 pun duduk umah kemas2 barang untuk bawa pulang ke pekan.. hum.. saat2 cam nie lah aku x berapa nak suka.. sejak aku duk kat hostel lagi aku sering merasa something ajer bila nak keluar dari umah pusaka nie.. homesick kot aku nie.. maybe..


ahad (27hb sept 2009)


pulang ke pekan…. entah mungkin perkataan yang selalu sahabat aku katakan mungkin betul back to basic..

19 September 2009

persiapan aidilfitri bab 6 – last minute shopping


wah.. hari nie bermula lah tugas sebagai tuan umah pusaka.. ha.ha..ha… bermula dengan membeli barang untuk masakan di hari lebaran di giant. menu utama esok nasi ayam dan tumis laksa a.k.a mee rebus.. lepas dah siap2 membeli tu.. tugas cik jah lah yang menjadi iron chef kat dapur tu.. yang lain2 tu ada lagi masih bekerja ada pula yang mengemas umah.. cam sebok jer nak memeriahkan umah pusaka nie.. padahal adjust sikit2 jer sebab adik aku dah settle semua sekali dari menyapu sampai lah memasang langsir..


petang tu ada something wrong going someway. arh.. ada penghormatan yang tercabul, siapa..? kenapa..? bagaimana..? mood raya sentiasa ada jer yang buat spoil.. last2 buka pose aku umah abg ngah.. malam tu sempat lagi gi round2 kedai tingkap kat klcc.. orang dah nak tutup kedai dah pun.. perut lapor kena lah gi makan dulu kat bandar lama kopi putih.. lepas tu gi kat uptown danau kota.. (dah 2tahun berturut2 malam raya gi kat uptown nie…)


18 September 2009

persiapan aidilfitri bab 5 - dari pusara ke pasaraya


pagi2 lagi dah bangun.. hum.. rasa teruja pulak hari nie.. mahu x nyer nak gi bersihkan pusara ayahanda dan bonda serta kekanda.. kul 7 lebih azwan dah datang, planning nyer aku ngan azwan jer nak gi bersihkan kubur.. tiba2 lak Juliana dan nija pun nak ikut.. sampai ajer depan pagar kubur dah ada orang dok jual2 bunga.. tu yang aku malas nak gi bila hari raya.. dah jadi cam kubur cina pulak, orang datang beli bunga dan letak kat atas kubur.. hum.. bukan bunga yang diminta oleh ahli kubur tapi doa dari makhluk yang hidup2 nie..


pusara pertama ialah cik kemudian kak silah dan last ayah.. bersihkan2, cangkul sikit rumput2, baca2 ayat serta doa… kali nie pergi tak terasa sangat sebab pergi ramai2 lagi satu ramai orang lain gak yang ada.. tapi kalau aku gi sorang2 touching aku.. kadang tangkap leleh… kul 9 baru siap..


lepak2 kat umah.. dulu sebelum nak menjelajah kat KL.. (sogo - jalan tar – masjid jamek – carefour wangsa maju – bazzar ramadhan taman greenwood) balik letih beb… berbekal duet yang ada (bantuan kewangan kerajaan) shopping time lah kat KL.. masa aku gi sembahyang jumaat cik jah dah mula survey baju2 yang berkenan di hati.. dia pusing2 sogo.. tengok2 pakaian.. lepas jumaat lah start kami membeli.. payah gak nak mencari pakaian perempuan yer.. banyak memang banyak.. tapi nak berkenan tu memang payah, hum.. last2 gi first lady kat jalan tar.. dapat gak dia 2helai baju.. sementara cik jah cari saiz, aku sempat gak gi rembat sehelai baju kat G.S.Gill.. on the way nak naik lrt kat station masjid jamek aku capai lagi sehelai baju.. cukuplah 2 helai baju raya bukan melayu untuk aku..



aku ingat nak balik ajer umah letih dah nie… sepagi penuh aktiviti.. tapi adik tepon nak ajak gi carefour sebab nyonya yang jahit baju kakak dia kata tak cukup kain lah pulak… hum.. terus lah ambil kereta kat station sentul pick-up adik aku kat umah then terus ke carefour wangsa maju (kedai kain nagoya), hum.. dalam sebok2 orang nak cepat, cik jah sempat jugak ambil sehelai skirt.. lepas tu terus lah ke bazzar ramadhan untuk membeli juadah berbuka.. hari ni berbuka 3 orang (aku, cik jah ngan nija) juliana kerja, keluarga azwan berbuka bersama mentua.. lepas berbuka aku dah terbongkang keletihan..


NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : PERISTIWA YANG MENARIK HARI INI.. ADA ORANG JUAL TOPENG MUKA DIA SEBUT.. TOPENG MASK.. TOPENG MASK.. TERINGAT AKU MASA KAT BANDUNG MASATU TGH PILIH LAUK, PAK, INI IKAN APA..? IKAN MAS.. IKAN APA..? IKAN MAS.. (IKAN EMAS BUAT MASAKAN KER..?)

17 September 2009

oh..ohh..ohhh balik kampung.. opss…


kampung ker..?? en zali oi… semua orang sibuk2 berpusu2 keluar KL ko pulak gi masuk KL aper kes..?? kesnyer aku nak beraya bersama adinda tersayang ler.. adik2 aku berada di KL.. umah pusaka arwah ayah ngan cik.. maka kaedahnyer kena lah jadi tuan umah kepada budak2 yang nak datang beraya.. nak harapkan orang tua2, mana nak beraya sangat pun.. semua kata raya nie untuk budak2 ajer.. nak beli pakaian pun, setengah ibu bapa kata lepas untuk anak2 dulu kita nie tak pe kalau x de pun.. jadi, harus ker aku yang terlepas…


bagi aku perlu untuk aku meraikan apa yang dah aku buat.. hadiah untuk diri sendiri paling kurang pun.. nak harapkan orang bari hadiah, harem… lagi pun ayah ngan cik pun selalu pesan masa ni lah kalau nak beli pakaian pun.. adush.. dah terlajak pulak cerita pakaian raya.. hum.. tu tunggu entry akan datang kay.. sekarang nie nak cerita pasal balik kampung..


seperti perancangan yang cukup rapi.. lepas opis jer terus gerak.. maknanyer balik opis cik jah ambil aku terus lah balik ke KL tanpa balik umah pun.. sebab semua nyer cik jah dah settle.. terima kasih cik jah.. destinasi pertama mestilah berbuka puasa.. tempat kat rehat dan rawat gambang dan memang dah rancang pun nak jumpa adik aku dari kemaman nak balik sama kat KL.. so.. betul2 time berbuka jer kami sampai..



alhamdullilah.. dah selamat berbuka pun kami.. lepas tu adik aku nie nak gi isi minyak pulak.. jadi aku kena lah leh lepak tunggu dia.. sambil tu sempat gak aku gi coffee break kat petronas.. benda free kena lah test cuba dan rasa.. kemudian teruskan perjalanan sampai lah KL kul 10.30 malam.. aku balik umah aku adik aku balik umah mentua dia.. kena rehat sebab esok pagi ada plan lain pulak..


NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : MEMANDU LAH DENGAN SELAMAT.. DENGAN REHAT YANG CUKUP…