apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


30 Mac 2009

5S

nekad!! hari ini aku kena kemaskan ruang kerja aku.. maksud aku meja aku serta barang2 yang ada berhampiran tempat meja aku.. lebih tepat lagi hakmilik kerajaan yang aku pinjam serta hakmilik sendiri yang aku ada di opiz aku *rasanya hakmilik sendiri mengatasi hak kerajaan.. hum.. jenuh gak nak kemaskan harta benda tu.. nampak macam x penting.. macamanalah aku nak tunaikan 5S yg sedang berlaku di opiz aku ni.. oh yer 5S tu bagi yang kurang tahu ialah:-
.
sisih
bagi aku semua harta aku penting susah nak sisih..

.
susun
rasanya bila dah susun selalunya akan bersepah gak..
.
sapu
jarang2 aku sapu kat tempat aku, kalau ada pun, budak yang kena sapu..
.
seragam
selalunya barang2 aku memang seragam, matching dengan colour..

.
sentiasa amal
tengok lah nanti berjaya ke tidak yer..

.
dipetik dari bahasa jepun dan sikap ini dah berjaya pun di jepun. cuma kita jer baru2 nak berkecimpung.. rasanya kalau dah lahir2 dah tersusun sikap macam ni, x lah susah nak amal.. ni tak, lahir2 jer dah buat sepah mainan kat umah.. macam mana nak buat..? siapa nak salahkan..? bak kata pepatah yang x berapa nak patah, meletur buluh biar dari rebungnya..
.
rasanya kalau setakat 5S nie x cukup sebab.. ada juga opizmate aku dok tambah sepah, sorok, serabut dan macam2 lagi.. erm.. apa2 aje yang orang nak cakap yang penting bagi aku.. aku senang nak cari barang bila aku perlukan dan ianya selamat bila aku tak ada kat meja aku..
.
.
sebelumkeadaan meja aku yang tak terurus nie!! ngeri tengok..
.

selepas
apa macam dah kira berjaya ke tak ni..?

27 Mac 2009

masa untuk bumi

* selamatkan bumi kita *

earth hour merupakan program sedunia.. progaram ini adalah bertujuan untuk menentang pemanasan global yang telah mengakibatkan perubahan cuaca bumi yang menjadi semakin tidak menentu. kempen ini telah dijalankan oleh penduduk dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan memilih hari sabtu pada minggu akhir bulan mac, maka tarikh kempen pada tahun ini jatuh pada 28 mac 2009. kalau tak silap aku Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalankan kempen ini tahun lepas.. syabas kerana keperihatinan. oleh sebab itu ,marilah kita bersama2 menjalankan kempen ini bagi menyokong tindakan penjimatan tenaga untuk generasi akan datang..

25 Mac 2009

brother baju kuning

hari nie aku keluar g pekan ngan cikjah.. tujuan utama aku nak g pejabat pos.. kebetulan hari ni luqman x dtg umah sebab ayah dia baru balik dari "oversea" *bertugas maka mama luqman telah mengambil cuti selama 3 hari bermula isnin lepas sampai lah hari ini.. *meraikan abgnya yang baru balik bertugas..
.
berbalik pada cerita pejabat pos.. kami g pada waktu tengahari. menurut aku, x lah ramai orang kan.. sebab aku bajet waktu tengahari ini lah waktu yang sesuai, sebab nak keluar opis pun x yah sign, lagi satu waktu nie sure ramai yang sedang melantak.. jadi pejabat pos agak kosong lah... ternyata ramalan ku tidak benar.. ramai gak orang kat pejabat pos nie.. hum.. ambil nombor pun kena tunggu sampai 15 org lagi..
.
tabiat aku bukan boleh menunggu lama2, kalau x buat sesuatu x sah.. jadi aku mengeluarkan tepon bimbit aku dan aku telah menjumpa seorang yang membuat aku terfikir banyak benda.. cuba korg perhatikan brother baju kuning yang bertopi sebelah kanan gambar bawah nie.. erm.. sesuatu yang unik.. tentang dia yang membuatkan lensa kamera aku berkenan sangat kat brother ni.. apa yer..??
. bang tengah garu apa tu... gatal tengkuk ke menunggu.. ?
.
kalau korg nak tahu apa yang unik sangat tentang brother baju kuning tu, korg kena lah tengok gambar seterusnya kat bawah ni.. tapi relax lah dulu.. aku nak minta maaf banyak2 kat brother nie kalau dia terbaca apa yang aku tulis ni.. sebab aku rasa dia lah yang paling unik sekali kerana memiliki sesuatu yang lain dari org lain kat situ. tapi kalau kat kl berlambak org macam tu.. ni korang tengok sendiri apa yang uniknya..
.
ekor beb.. ada ekor.. siap jalin lagi rambut bro.. ni.
.
* aku jealous giler tengok rambut mamat tu.. sebab aku x de rambut.. tapi bila fikir2 sesuaikah lagi rambut sebegitu pada masa sekarang dengan usia yang di miliki... fikir2 kan lah..

21 Mac 2009

dragronball evolution

.
wayang.. wayang.. wayang.. tengok wayang bersama kawan aku *fahmi bukan nama sebenar he.he..
lama dah x tengok wayang ngan member2.. selepas aku berumahtangga.. *kali pertama malam pulak tu..
.
gambar yang biasa diambil bila back to back oleh org2 tertentu..!
.
sorry lah cik jah yer.. lain kali kita g tengok cerita lain yer.. permintaan kawan2 kena lah enjoy sikit, sekali sekala.. nak gak masa untuk diri sendiri dan teman2.. thanks..
.
cerita nie best gak.. nak bagi berapa bintang yer.. erm.. pasal bintang2 nie aku serah kan kat hyfa ajer lah yer.. sebab dia pakar dalam bahagi2kan bintang.. bagi aku, x lah boring sangat sebab cerita nie pun kejab jer.. x sampai sejam setengah..

.
fahmi booking tiket kul 10.40mlm.. jadi kitaorang kena sampai sejam sebelum start movie untuk ambil tiket tu.. kalau tak, dok mendongak jer lah tengok.. kalau tak pun fahmi kata tengok ajer lah cerita jiwang.. hampeh.. datang jauh2 nak tengok cerita jiwang...
.
sebelum start movie g lepak dulu kedai mamak belakang megamall.. tengah dok layan roti nan yang lama giler aku x makan.. area pekan x de roti nie.. hujan pulak turun.. agak lebat gak.. tengok jam dah kul 10.30mlm jadi, kena redaah gak hujan nie.. kalau x terlepas iklan kat wayang tu.. he..he..he.. dalam kul 12.15pagi kitaorang gerak balik.. sampai umah dalam kul 1 lebih gak..

20 Mac 2009

activity week (16-20mac09)

sepanjang minggu nie intitusi tempat aku bekerja telah mengadakan minggu aktiviti untuk student2.. terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan mengikut jadual antaranya
.
.
+ senaman pagi *ala2 berirama (aku join gak)

+ gotong royong * 5S (aku buat tak tahu jer..)

+ sukaneka * terompah gergasi, tarik tali bla.. bla.. (aku tengok dari opiz ajer)
+ persembahan kebudayaan *berdikir studen aku (aku aktive sikit ajer)
+ kuiz kenegaraan *jawab jgn x jawab (aku x tahu pun sapa yang join..)

+ bacaan yassin *kenalah gi (dah lah baca jarang2)
+ ceramah *bagi hj ahmad handle (aku berkaraoke..)

. ada sorang lagi yang x sempat aku nak ambil gambar curi, en hasbie *bukan nama sebenar
.
actually, minggu nie gak sahabat2 aku g interview.. dan macam2 lah yang x puashati... ganggu gak mood aku nak join minggu xtvt nie.. so, tu yang aku buat tak tahu tu, tambahan pulak minggu nie lak nak hantar soalan final kat hQ.. semua buat dalam keadaan kelam kabut.. dah lah, ada pulak intitusi yang hantar soalan alacarte *ala kadar ajer.. mahu x hangin aku...

.
*ada 1set gambar lagi yang nak aku letak.. (wajah2 x join minggu xtvt) tapi.. dah kena sabotaj..! gambar tu dah hilang dari simpanan...

15 Mac 2009

gambarku akan dilukis percuma

mula-mula nak ucap thanks banyok..banyok...banyok.... sebab gambar aku menjadi peserta yang bertuah untuk dipotretkan oleh teamkreatif.
.
erm.. awal tahun nie adalah aku dok godek2, blog2 dan website kawan dan kawan atas kawan atas kawan atas kawan..... terjumpa satu blog yang menawarkan diri untuk melukis potret atau karikatur.. maka aku apply jer.. sebab free...
.
menurut pemilik blog atau lebih tepat lagi orang kuat teamkreatif nie akan memilih 30 gambar sahaja yang akan dilukis.. check punya check ada gak gambar aku terselit.. ok lah kira berjayalah gambar aku akan dilukis..
.
thanks sekali lagi kerana telah memilih gambar aku tu.. gud luck untuk teamkreatif dalam menyediakan gambar2 yang telah dipilih oleh mereka.. rasanya dalam perancangan gambar2 nie akan siap dalam 15/4/2009..
.
nak tengok ke gambar yang mereka pilih.. singgah lah ke link *dengan izin

11 Mac 2009

GOOGLE IMAGE TAG GAME

my sister.. telah tagged aku... (dia kata kalo rajinlah.., so nampak nie kerajinan aku..)
.
tajuk tag : GOOGLE IMAGE TAG GAME
rules : Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of results *bukan setakat first page, first picture lagi aku choose.., and post it as your answer.
.
.
1. The Age Of The Coming Birthday
.
32 birthday
.
nota: - alamak gambar bro. nie pulak yang keluar..
actually this sept are my next birthday.. 32*dah tua dah…
.
.
2. The Place I Would Like To Visit
.
gaza
.
nota: - nie dia keluar peta tempat yang aku nak g.. dulu masa sebok2 aceh kena tsunami aku ada gak apply nak jadi sukarelawan nak g sana.. tapi dapat tentangan habis2an oleh my dad n my mom, katanya banyak lagi cara..
tapi kali nie bila dengar ceramah saudara seislam kat sana (gaza) rasa membuak2 nak g.. jgn hangat2 tahi ayam udah ler…
.
.
3. The Favourite Place
.
home sweet home
.
nota: - wah.. how sweet…? gambor nie yang keluar.. memang best.. tepat apa yang aku ingin kan..
rumahku syurgaku… (baiti jannati)..
.
.
4. The Favourite Food
.

fast food

nota: - macam2 logo n syarikat yang keluar… but buat masa nie aku doh boikot m’donalds sebab dia salah satu agen yang menghalang aku ke The Place I Would Like To Visit

.

5. The Favorite Things
.

work

nota: - nampak tu.. picture nie pun dah nampak kesungguhan aku dengan favorite things aku
kerja-rumah-kerja-rumah-kerja…

.

6. Nickname I Had


juzaili
.
nota: - aik.. gambo sendiri yang keluar… x caya ker..? cuba korang search. mesti keluar gambo ni.. actually aku x suka orang panggil ngan nickname *apatah lagi baru2 kenal.. sebab nama penuh yang my dad n my mom bagi dah sedap..
cuma nickname ni khas untuk orang2 yang rapat ajer.. baru ada kelainan.. (jali.., zali., li, ju. n mon)

.
.
7. Name of My Love
.
family
.
nota: - family adalah cinta hatiku yang amat bernilai bagi diri aku… walaupun jauh…
jauh disudut hati ni kalian tetap no 1.

.
.
8. My Hobby
.
Yahoo Messenger
.

nota: - hum.. benda ni sejak aku mengenali internet berborak lah paling aku suka chating.. walaupun x kenal siapa yang aku borak.. dulu MIRC..
masih kah kau ingat mr. nurul haq sampai subuh kita lepak kat cc.. dari bandar sunway ke otk..
.
.
9. My Bad Habit
.
angry *x tentu pasal
.
nota: - nampak aku cam baik jer.. kan. tapi jgn lah bagi aku marah.. nanti semua kelambu aku bakar.. (bak kata pepatah kerana nyamuk seekor, habis kelambu kena bakar)..
seboleh2nya aku akan tetap bersabar… ½ dari iman..
.
.
10. My Wishlist
.
happiness
.
nota: - kebahagiaan.. bukan kekayaan yang melimpah ruah.. bukan kegembiraan yang tiada penghujungnya.. bukan harta yang tak habis di makan.. bukan.. bukan.. bukan..
hanyalah kebahagian dalam erti kata dunia dan akhirat…amin..

hum.. letih.. jenuh aku nak menyiapkan entry nie.. buat adik ku tersayang.. untuk mu aku rela apa sahaja....

semuanyer aku search pada 10hb Mac 2009 jam 10.00 malam

09 Mac 2009

maulidur rasul

sebelum mulakan cerita.. aku ingin mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul 1430h.. semoga kita berada dalam keadaan yang lebih baik.
.
cuti! kebetulan hari isnin.. maka, ramailah warga kerja seluruh malaysia kecuali terengganu, kelantan dan kedah yang tidak mengalami cuti bersambung.... sabtu, ahad dan isnin.
.
aku turut mengambil kesempatan cuti ini balik ke rumah mentua aku.. di dungun, terengganu.. perjalanan aku bermula pada hari sabtu, untuk sampai di sana, aku g servis kereta dulu kat perodua.. erm.. lambat giler aku menunggu, dah lah aku booking tapi kena Q gak.. nak wat cam mana.. dah tu bukan skill aku, kalau lah aku boleh buat sendiri dah lama dah aku buat.. x dapat duit aku kat perodua.. ada kawan pun x lah berkecimpung dalam servis menservis ni.. dekat 2jam setengah baru siap.. hum.. perut dah berbunyi ni..

kata servis 1jam jer.. nie tunggu sampai berjam2, nie apa kes.?

singgah lah kat mesra mall untuk menjamu selera.. cari punya cari makanan apa yang sedap n murah... jumpa pizza hut.. kenapa pizza..? sebabnya yang lain tu mahal dan belum tentu sedap kat food court dia..

sampai aje kat umah mentua, aku terus jer kena serang dengan pelbagai pertanyaan.. hum x sempat nak minum lagi dah kena jawab macam2 soalan.., apa lagi skill yang aku guna hanya senyum.. dan buat2 tak berapa nak dengar then masuk bilik lah...

agak2 reda ngan pertanyaan tu baru lah aku keluar.. cian kat cik jah yang kena jawab setiap persoalan.. x pe lah.. maybe dia lebih memahami family dia *dgn izin

hari ahad aku x ke mana2 pun duk kat umah ajer, letih rasanya.. tido n surf internet (YM itu mesti), cik jah jer keluar beli barang2 jahit. aku rasa x de mood nak keluar..

my boss: hj ahmad *bukan nama sebenar

hari ni aku mesti balik ke pekan.. tempat mencari rezeki.. semoga di berkati dan bertambah2 rezeki (halalan toyibban).. on the way balik tu singgah kat kuala kemaman.. apa yang menarik kat sana..? apa lagi keropoklah... aku kena g sana sebab my boss hj ahmad *bukan nama sebenar dah pesan awal2 lagi nak beli keropok keping.. sebab dia nak bawa balik ke perlis.. kampung mentua dia.. buah tangan dari pantai timur katanya...
.
payah gak nak cari keropak yang dia nak ni.. 3paket RM10 hum.. dah x dapat dah sekarang nie.. dulu boleh lah.. sekarang nie dah paket besar sikit jual mahal banyak pulak tu... hish.. nasib baik lah juzaili nie pandai dok edjust dapat gak keropok jenis macam dia nak tu... tapi rasa.. tak tahu lah.. sedap ke dak.. kalau x i'm sorry..
.

keropok kuala kemaman.. nape lah en. fahmi yang x beli... betul kata mu, harga dah naikkk!

erm.. kali ni aku balik dungun pun dok jalan mana.. dok g pun umoh sedara mara aku.. dok dang nok jalan mana.. kalau aku g jalan gok makne nya umoh mentua aku jadi tempat check in - check out jer lah.. sebab tu aku dok g jalan mana pun.. biar masa banyok kat umoh mentua.. he.he..he...

moral of the story mentua vs menantu. hormatilah orang yang lebih dewasa...

*buat mr. nurul haq... sorry.. aku x balik kl, kita jumpa 7-10 mei (cuti hari hol) nie kay...

04 Mac 2009

aku naik darah vs darah aku naik

semalam kempen derma darah peringkat intitusi aku ni.. maka, berduyun-duyunlah student dan kakitangan pergi mengofferkan diri untuk menderma darah sambil melihat status kesihatan yang agak simple (timbang+tinggi+tekanan darah+jenis darah)..
.
sebenarnya aku memang malas nak g check atau g derma darah nie.. bukanlah aku takut.. sebab masa mula-mula aku masuk kerja kat sini ada gak aku g derma darah tu, every semester akan ada kempen macam nie.. cuma, last semester aku g, dR yang check kata darah aku naik sikit.. so, x yah lah aku derma..
.
so, aku ambil keputusan x nak g lah semester ni.. tapi atas desakan rakan sekerja aku pun g jer lah.. ternyata darah aku naik.. mencapai B/P : 160/80 tinggi sangat ker darah aku nie..? aku bukan dR, jadi aku tak ambil hal pun.. cuma yang aku tahu aku x boleh derma darah untuk kali ini.. tu je lah..
.
darah tinggi ker aku ni..? entah.. aku pun tak tahu...
.
kesimpulan dari story ini aku rasa darah aku naik pun sebab aku selalu naik darah ngan student-studen kat sini yang kebanyakan nya mempunyai pemikiran kelas ke 3 *dengan izin di samping stress yang agak-agak boleh tahan lah..

02 Mac 2009

tak berapa nak cerdik..??

hum... ramai giler orang yang tertekan kat sini...
nasib baik ramai giler orang..
kalau orang giler ramai... macam mana..?
.
mampuh... aku lak yang kena jadi dR. melayan kerenah...
.
hidup nie kenalah cerdik.. cerdik dalam erti kata tentang kehidupan...
kalau belajar tinggi, tapi tak berapa nak cerdik payah gak..
kalau dah kerja bertahun-tahun tapi x reti nak buat kerja gak, berat..
kalau dah kumpul macam-macam sijil tapi kalau setakat nak berfikir pun malas, x de gunanya..
.
ada pulak yang jenis rajin sangat bagi idea.. yang agak masuk di akal.. tapi..
kalau tak mampu nak buat.. idea yang bagus pun sekadar di pinggiran...
jadi sebelum nak bagi idea tu.. rasanya patut berfikir banyak-banyak dulu..
takut lah, idea yang masuk di akal akan jadi idea yang tak berapa nak cerdik..
.
kesimpulan dari perkara-perkara di atas kena lah "thinks before talk" supaya ianya menjadi satu panduan untuk orang lain dan bukan sebaliknya...
.
* kayu pengukur tahap kecerdikan seseorang bukan lah bergantung kepada tahap pendidikan mahupun pengalaman, cuma ianya satu kelebihan jika digunakan pada tempat yang betul.. jika tidak, akan jadi tak berapa nak cerdik...

01 Mac 2009

nenas oh nenas...

terima kasih.. terima kasih... terima kasih....

teman aku
katanya.. akan menjadi bila di tanam kepala nenasnya...
katanya lah...

cik jah pulak
katanya.. tak boleh tanam, jadi abg lah yang kena tanam...
katanya lah...

aku pulak
katanya.. nantilah, bila ada masa. aku tanam..
katanya lah...

cik jah pulak
katanya.. tak kan nak biar berbuah, baru nak tanam...
katanya lah...

aku pulak tak terkata bila kena perli macam tu...
jadi malam ni gak aku g ambil cangkul terus tanam...

moral of the story : kerja mudah jangan lah tangguh.. nanti lupa..