apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


29 April 2009

w a n i t a

tercipta engkau dari rusuk lelaki.. bukan dari kaki untuk dialas.. bukan dari kepala untuk dijunjung.. tapi dekat dibahu untuk dilindungi.. dekat jua di hati untuk dikasihi.. engkaulah wanita hiasan duniawi.. engkaulah wanita istimewa.. sedarilah.. insan istimewa.. bahawa kelembutan bukan kelemahan.. bukan jua penghinaan dari tuhan.. bahkan sebagai hiasan kecantikan.

rabiatul adawiyah *click artikel untuk membaca

sumayyah *click artikel untuk membaca

kenapa entry pasal wanita kali nie.. erm.. entry ini sebenarnya saya nak ucapkan hepi bday untuk ayahanda ku *telah menemui ilahi pada 261205.. walaupun.. tarikh lahir beliau baru jumpa apabila my card diwujudkan.. entry ini mengingatkan aku tentang kasih sayang seorang isteri yang telah menjaga suami sehingga saat-saat akhir pemergiannya.. tanpa menghirau kesihatan dirinya.. dia bondaku.. hepi bday ayah!! semoga rohnya dicucuri rahmah.. amin..

masih ingat tak pitching lagu bday bila ayah nyanyi kat balqis n mat ajan.. *

27 April 2009

kay as kay kay 2009

erm.. cam pelik jer tajuk entry aku kali ni.. he.he..he... KSKK lah.. apa tu..?
.
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
.
actually hari ni merupakan mesyuarat agong kskk.. banyak isu dan perkara2 yang dibahaskan.. selalunya bila ada taklimat atau ceramah yang melibatkan ramai orang aku tak akan duduk lama dalam majlis seumpama itu.. selalunya aku bla aje.. tapi kali nie sengaja aku tunggu sebab aku nak tengok orang dok cadang mencadang, usul mengusul.. yang best sekali, tang bahas membahas.. perbahasan yang menarik minat aku adalah tentang yuran ahli.. sebelum ni yuran hanya RM 0.002k sebulan sahaja.. kalau rasa nak bayar setahun dapat diskaun lagi.. dan mulai mei 2009 yuran dah naik mencecah RM 0.005k sebulan.. banyak ker..? erm.. banyak ke tidak itu tak lah penting sangat bagi aku tapi kalau bab duit memang sensitif untuk semua orang..
.
kalau pikir secara logiknya apa lah nak berkira sangat naik, sebab semua barang pun dah naik.. kalau nak di bandingkan harga dua tahun lepas dengan sekarang jauh bezanya.. semuanya bergantung kepada keikhlasan dalam menjayakan sesuatu badan atau organisasi. jangan lah nak mengharapkan apa yang bukan milik kita, kalau kita rasa tak nak bayar jangan lah join kelab nie.. buatlah kelab sendiri.. tanpa yuran.. tanpa aktiviti.. kalau nak ikutkan aku nie pun sepatutnya *ayat yang sering digunakan oleh en mie majid bukan nama sebenar dapat hadiah perkahwinan sebab masa aku kahwin aku dah jadi ahli kelab ni.. tapi aku tak de lah nak pertikaikan kenapa aku tak dapat..
.
berbalik pada kisah RM$$$, hish kalau bab duit nie aku memang suka.. bukan lah aku banyak duit.. tapi duit nie memang seronok.. lebih seronok bila bab2 mengira duit.. percaya atau tidak aku pernah kumpulkan syiling 50 sebanyak RM2k dalam satu masa.. ke mana perginya duit tu ha..? erm.. duit tu telah aku jadikan sebahagian dari wang hantaran untuk isteriku.. masihkah kau ingat adik ku.. anda menjadi mangsa dengan membawa wang seberat tu ke bank untuk di tukarkan..
.
erm.. mesyuarat kskk tu berakhir dengan perlantikan dan oraganisasi yang baru tidak lupa makanan tengahari yang sedap... ermmm.. mai secawan!!

24 April 2009

aku dan sepasang kasut

salam kepada semua blogger..
.
hari ini tajuk khutbah jumaat sungguh menyentuh hati nurani aku.. khutbah bertajuk
.
BERBAKTI KEPADA IBU DAN BAPA
.
tiba2 jer masa dengar khutbah hari ni, hampir air mata aku mengalir.. hum.. aku tahan gak.. nanti, apa pulak kata student yang ada bersama jemaah tu nanti.. tok imam yang baca khutbah hari ni pun lain... selalu ustaz asri *bukan nama sebenar.
.
walaupun ramai gak lah dikalangan jemaah tu ada yang tido.. opss tertidor.. aku masih lagi mendengar dengan penuh rasa yang sungguh luar biasa.. apatah lagi bila bab kisah al-qomah.. korang tahu ke kisah al-qomah tu, kisah apa..? kalau x tahu, nie aku sediakan artikel yang aku jumpa di internet.. bacalah..
.
Di zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Suatu hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya sakit kuat dan dalam sakaratul maut. Ketika berita ini sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah menyuruh Bilal r.a, Ali r.a, Salamam r.a dan Ammar r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah. Ketika mereka sampai ke rumah Alqomah, mereka terus mendapatkan Alqomah sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah, tetapi lidah Alqomah tidak dapat menyebutnya.

Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang keadaan Alqomah. Ketika Bilal sampai dirumah Rasulullah, maka bilal menceritakan segala hal yang berlaku kepada Alqomah. Lalu Rasulullah bertanya kepada Bilal; "Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab Bilal r.a, " Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya". Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal; "Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan kepadanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan kerumahnya".

Maka ketika Bilal sampai kerumah ibu Alqomah, lalu ia berkata seperti yang Rasulullah kata kepadanya, maka berkata ibu Alqomah; " Aku lebih patut pergi berjumpa Rasulullah". Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah. Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah; "Terangkan kepada ku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku". Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Ia sangat rajin beribadat, ia sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya". Bertanya Rasulullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya; " Aku murka kepadanya", lalu Rasulullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia mengutamakan isterinya dari aku, dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku".

Maka berkata Rasulullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci lidahnya dari mengucap La iilaa ha illallah", kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal mencari kayu api untuk membakar Alqomah. Ketika ibu Alqomah mendengar perintah Rasulullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasulullah, kamu hendak membakar putera ku didepan mataku?, bagaimana hatiku dapat menerimanya". Kemudian berkata Nabi s.a.w; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah mengampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya", demi Allah yang jiwaku ditangannya, tidak akan guna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya". Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah dilangit dan kau Ya Rasulullah dan mereka-mereka yang hadir disini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".

Maka Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucapkan La iilaa ha illallah atau tidak". Berkata Rasulullah lagi kepada Bilal ; "Aku khuatir kalau kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dari hatinya". Maka ketika Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La iilaa ha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang berada disini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalangi Alqomah dari dapat mengucapkan kalimah La iila ha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah Alqomah pada waktu setelah dia mengucap.

Maka Rasulullah s.a.w pun sampai di rumah Alqomah sambil berkata; "Segeralah mandi dan kafankan", lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Anshar, barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia adalah orang yang dilaknat oleh Allah s.w.t, dan tidak diterimanya daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya.
.
hum.. berkait rapat dengan khutbah ini aku teringat "cik" aku.. panggilan yang selalu aku panggil kepada bondaku.. aku telah kehilangan kasih sayangnya setelah beliau menemui ilahi pada dis 2007, dan 2 tahun sebelum itu, ayahandaku sudah mendahului ibuku...

kini aku telah kehilangan sepasang kasut yang sering melindungi kakiku.. tapi aku masih lagi ada kaki untuk meneruskan kehidupan aku ini.. aku berharap, kepada sesiapa lagi yang mempunyai sepasang kasut atau hanya sebelah sahaja, berbaktilah.. semoga tiada penyesalan dikemudian hari..

bagi diri aku,.. aku cukup berpuas hati dengan kehidupan aku dengan sepasang kasutku ini... kesedihan yang aku alami hanyalah saat mereka menemui ilahi.. kini kenangan mereka membuatkan aku lebih kuat untuk meneruskan kehidupan... amin..

seringkali kita lupa bahawa mengasihi adalah menerima diri orang lain seadanya tanpa syarat. mengasihi suami bukanlah hanya pada saat dirinya begitu gagah dan mewah dengan pekerjaan yang menjanjikan. mengasihi isteri adalah menerima dirinya apa adanya dengan segala bentuk seperti apapun. mengasihi anak adalah dengan memuji dan memberi semangat sekalipun kemampuannya jauh di bawah tahap rakan sebaya. mengasihi ibu/bapa adalah bangga memiliki mereka sekalipun mereka bukan ibu/bapa yang terbaik atau sempurna..

18 April 2009

sireh pulang ke ganggang

sekitar padang majlis daerah pekan
no komen !!
ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut... pandai2 lah nak mengumpat ke mengata...

14 April 2009

mata duitan, meminta, mencuri, merompak dan memberi suapan

mata duitan

his.. semua orang berkira bila bab duit.. bukanlah nak mengata tapi kalau kira2 sekarang nie orang ber pioh pun boleh demand.. sebagai contoh lah.. ustaz pun boleh charge macam2 bila nak ceramah.. apatah lagi kita ni yang kurang ilmu nak dibandingkan dengan ustaz.. *utk perhatian tak semua ustaz macam tu...

meminta


org kata lebih baik meminta dari mencuri.. seingat aku kalau kita minta sesuatu jarang org nak hampakan..(kalau setakat gula2 kat meja aku tu sape jer minta gerenti aku bagi) melainkan dia pun x boleh nak tolong.. dalam erti kata lain dia tidak berkemampuan..

mencuri

nie kurang baik dari meminta kerana mengambil hak orang lain. erm.. keadaan ini selalunya berlaku ketika terdesak.. ataupun mungkin suka2 ajer ataupun dah memang nak tunjuk kehebatan bila berjaya.. tapi ada juga satu ayat yang biasa diungkapkan kepada aku masa kecik2 dulu..

senahak senohong,
gelama ikan duri,
bercakap bohang,
lama-lama mencuri...

entry ini, sub-tajuk ini aku tujukan kepada sesiapa yang telah mengambil (masih lagi guna ayat mengambil padahal mencuri) duit yang aku pegang lebih kurang 0.3++k beserta notebook cooler aku yang berada di atas meja en fahmi *bukan nama sebenar erm.. siapa yer yang punya kerja nie!! tapi aku tetap mendoakan agar ini adalah kerja terakhir yang seumpama ini dilakukan dalam hidup dia.. biarlah lepas ini dia tidak melakukan nya lagi...

merompak


jangan pulak lepas nie dia g merompak pulak... pada masa nie tak dapet lah nak nolong.. pandai2 lah jawab.. tapi boleh jadi juga bila dah syok mencuri tu.. boleh gak try g merompak kan.. hish.. minta di jauhkan....

memberi suapan


ha.. nie pun kes teruk gak.. dah kalau x boleh nak apa yang kita nak.. redha jer lah.. x yah lah nak menambah dosa lagi dengan memberi "hadiah" yang tak sepatutnya diberi. dan kalau kita pula menerima sama jer lah ngan memberi.. jadi..

lu pikir lah sendiri......

10 April 2009

Friends are like stars- not always seen but they'are always there


1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

5) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

6) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda.Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula..

7) Belajar daripada satu sama lain.

8) Hargai pendapat satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

10.i) Bersahabatlah dgn pemilik blog ini kerana dia seorang sahabat yang paling best.. kenaper? tak percaye yer? betul ape!!... cuba try test tengok..

05 April 2009

mimpi ngundur..

politeknik ungku omar 1st batch architecture diploma student 1999-2000
.
semalam aku bermimpi.. hum.. mimpi ngundur.. logik ker..? aku pun x tahu.. tapi yang nyata mimpi aku sama jer macam masa aku kat puo.. macam flashback ajer mimpi tu.. aku ingat dalam drama jer ada flashback.. rupanya dalam kehidupan yang nyata nie pun ada gak.. mimpi aku ini mengingatkan aku tentang kawan2 aku yang seangkatan di puo.. episod dalam mimpi tu terjadi masa kami satu kelas tengah buat fun projek yang menggabungkan 2 konsep dalam satu binaan.. kumpulan aku kena buat design yang berkaitan tradisional dengan mengunakan kepakaran Frank Lloyd Wright *arkitek terkenal.
.
erm.. projek ini just one day.. maknanya semuanya kena siapkan dalam satu hari sahaja siap kena presentation lagi.. model dan kajian kes dalam butter paper.. en. nana kata just fun projek! fun lah sangat, sampai ada yang bermasam muka sebab tension dalam menyiapkan projek ini.. tapi semua itu kenangan.. memang kalau diikut2kan dah berperang tapi bila fikir2kan semangat kerjasama tu, yang buat kita semua menjadi perintis untuk generasi akan datang architecture puo.. maklumlah first batch di puo.
.
gayareka tradisional-vernicular
.
FallingWater - Frank Lloyd Wright

03 April 2009

rahman theory


R : Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj)
A : Abdul Razak (Tun Abdul Razak)
H : Hussein (Tun Hussein Onn)
M : Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)
A : Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)
N : Najib (Datuk Seri Najib Razak)

tahniah kepada datuk najib, terima kasih kepada tun abdullah.. di sini aku x pandai nak cerita pasal politik.. tapi sejak aku kecik2 lagi aku dah dengar teori ini sejak zaman tun dr. mahathir lagi.. cuma yang agak bergoyang tang huruf A, sebab dulu2 ingat anuar, tapi abdullah... kira2 A gak.. he.he..he..., politik2.. kini datuk seri najib tun razak selamat menjalankan tugas yang diamanahkan...

*gambar yg kat atas tu aku ambil dari pelukis zunar.. siap aku edit2 lagi letak gambor kawan2 yang sama nama dengan najib.. hanya gurauan...