apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


27 Oktober 2008

pulang

tajuk nie pun macam menghalau.. bukan apa, umah mentua aku nie agak clear dah… 1st dengan barang2 dah kembali ke tempat asal selepas kenduri.. 2nd sedara mara mentua aku pun dah beransur2 pulang pagi ni.. pak cu aku ngan mak chor pun sama.. yang tinggal family aku ngan pengantin baru tu ajer yang tak balik lagi.. esok baru lah aku nak balik..

pagi ni lepas tengok2 dia orang balik aku g pasar besar dungun.. erm.. sampai sana jer aku terjumpa kawan ayah aku.. nama dia deraman.. lebih mesra lagi orang panggil dia deraman ngintai.. tak tahu lah sebab apa orang panggil dia macam tu.. maybe masa kecik2 dia nie suka skodeng orang.. he.he..he…

aku nie kalau balik area dungun nie kena lah buat2 kenal orang. bukan apa, muka aku ni klon ayah aku… dah tu bila orang tengok aku sure dia orang teringat kat ayah aku.. macam rajin jumpe jer.. itu lah ayat yang biasa aku dengar.. nak2 lagi masa kenduri kat umah mentua aku ni.. aku ni tumpang glamour ayah aku jer..

26 Oktober 2008

ziarah..

dalam kul 11 aku bersiap2 nak g umah kak esah.. kak esah nie aku nak bagi tau, dia nia tokey kedai rempah.. macam2 rempah dia ada.. bikin sendiri beb.. kalau ikut kan area dungun nie dah jadi kawasan jajahan dia.. ada sekali tu orang luar pun ada datang beb.. lagi satu cuma kurang promosi jer.. kalau tak, adabi pun boleh kalah… he.he..he..

sebelum aku g aku dah baca macam2 doa.. bukan apa, aku dah tahu, sure berbakul2 aku kena membebel sebab dah lama tak g umah dia.. mana tak nyer kak esah nie best friend arwah mak aku.. sampai2 ajer kedai rempah dia.. aku buat2 nok beli rempah.. bila dia tengok aku jer.. terus tarik muka, sambil bising kat aku lah.. bini aku yang ada kat situ pun terkezut.. aku apa lagi… baik punya ayat, aku minta maaf… terus dia cair.. biasa lah aku, kalau bab membodek, curi hati orang bagi lah kat aku… sure ramai yang cair.. setakat nie skill yang aku ada tu aku guna tempat yang betul..

cerita punya cerita dah dekat 2jam aku kat kedai dia.. bukan apa bila nak start berborak ada jer orang mari nok beli… lebat gak in come kak esah nie.. lepas ajer umah aku g umah kak esah nie.. aku g cc untuk update blog aku nie lah..

tiba2 jer ym aku terkelip2 member aku on line, ni lah kali pertama aku on line ngan dia… hum.. aku rasa gembira betul bila dapat ber ym ngan mamat ni.. lama gak aku bual.. lepas g cc aku g makan keropok lekor dan abc kat tepi pantai… hum.. best giler.. mana tak nyer aku g ngan my wife.. lepas tu dapat lepak2.. borak2…

aku rasa hari ini aku dah memenuhi kehendak mak aku yang selalu berpesan supaya menzirahi kenalan2 ayah dah mak serta sedara mara supaya tidak putus.. pagi aku dapat jumpa kak esah yang jadi best friend mak aku.. walau pun kena bebel aku tetap maintain.. sempat gak aku mengepau rempah dia..

25 Oktober 2008

jamu bek woh

dengan tak mandi pagi lagi, mandi jer tak. sembahyang subuh buat, aku dah sebok2 susun kerusi meja untuk majlis kenduri.. thanks pak cu.. pak cu ni pak sedara my wife.. kira2 ngam gak ngan aku.. sekepala. dia nie lah banyak membantu kerja2 di majlis kenduri ni walau pun ada 2 orang anak tapi dia boleh handle.. respek lu beb.
ramai gak jemputan yang hadir.. cik ngh, abg hassan, aifa, nani, family azwan dan long bir pun datang gak, diaorang nie sedara mara belah aku.. masa diaorang datang aku sebok giler.. kena buat air.. pakej catering tak sediakan air.. jadi akulah kena bancuh air tu.. hum.. macam2 rasa, ada sekali tu manis sangat, ada masa pulak tawar.. tapi ais ler, jenuh nak cari..

si pengantin tu sebok2 dok posing tangkap gambor.. aku dah malah nak layan.. mood aku dah memang hancus.. pak kan ajer aku ingat mentua aku.. kalau dah bla dah petang tu gak.. mana tak nyer lepas2 kenduri hujan pulak turun dengan selamba jer aku bermandikan hujan untuk kemas2 balik meja kerusi, sampah dan macam2 lagi lepas majlis tu.. aku bukan lah nak harap sangat balasan, apa yang aku dah buat.. tapi sekurang2nye hargai lah apa yang aku dah buat..

aku cakap macam tu sebab tak de sorang pun tanya aku dah makan ke belum, ajak makan.. kalau ada ajak pun masa2 tengah sebok.. mana aku nak layan.. lepas siap2 kemas semua kira2 kul 6ptg baru lah aku g mandi dan lepas2 tu aku tido n rehat sampai lah maghrib..
lepas2 maghrib aku minta my wife bungkus makanan kenduri untuk bagi kat cik ngah… saje aku suruh bungkus lebih sebab aku nak g makan kat umah cik ngah.. rasa aku ianyer lebih selesa.. sampai kat umah cik ngah.. layanan 1st class beb.. cik ngah nie memang best walau pun dia nie bini no2 kot, pak sedara aku tapi aku dah cukup selesa.. makanan aku bawa tu, aku makan dengan nikmatnya.. maklum le dah dari pagi tak makan..

masa aku g umah cik ngah nie, orang kat umah mentua aku tengah dok posing2 ambil gambar family lah.. potong kek lah, apa2 lah… aku tak terkilan langsung sebab aku bukan nyer suka bergambar Cuma aku suka jadi jurugambar merakam aktiviti2.. aku bukan lah terro sangat merakam tapi hasil nya not bad lah..

bukan lah aku merajuk, tapi membawa diri ke umah yang aku rasa memberi sedikit keredaan terhadap suhu aku yang makin naik.. naik… dan naik… jadi sebelum meletup baik aku g selamat kan..

kul 11mlm baru my wife ambil aku balik.. dia mana boleh tido kalau aku tak da.. melainkan aku ada kursus, pandai pulak dia tido… kalau dak dok mengekor jer…. he.he..he…

24 Oktober 2008

my sis in law dapat suami

kira2 lepas isyak adik ipar aku akan menjadi isteri orang… acara akad nikah lah.. aku bukan lah orang penting sangat pun.. tapi ada gak kerja2 yang aku buat.. masa akad nikah tu aku rasa nak marah jer.. bukan lah aku jealous kat adik ipar aku tapi kat jurugambar.. dah lah mahal tapi belagak macam bagus jer.. aku nak gak tgk hasilnyer.. bagus ker tak.. lepas tu dia ajak lah satu family tangkap gambar.. disebabkan aku hangin malam tu aku tak layan pun.. senangnyer orang nikah sekarang nie yer.. siap ada ayat kat kertas tinggal baca jer.. senang2 pun 2 kali mamat tu.. okay lah malam tu gak lepas majlis tu aku g pasang sign board untuk ke rumah mentua aku.. bukan apa takut2 ada yang sosat jer..

23 Oktober 2008

kemas umah mentua

ari ni pagi2 lagi aku dah bangun.. kemas laman umah mentua aku, maklum le dia nak dapat menantu sorang lagi.. kira2 aku lah yang kena tolong2.. ikhlas beb.. banyak gak kena alih2 kan barang.. berat2 pulak tu.. sofa kayu cengal gred a kadang2 nampak gak sengalnyer.. meja makan batu marmar gred yang boleh buat batu cincin daa.. berat nak mampuh.. tapi nak buat cam mana layan….

Tapi mood aku petang tu angin sikit.. mana tak nyer, member yang aku harapkan buka pintu gua untuk student aku masuk buat kerja, dia tak buka.. hangin giler aku dengan student yang tepon cari aku..

22 Oktober 2008

undangan perkahwinan

sorry geng.. aku tak sempat nak edar kan card kahwin adik ipar aku ni.. dok dang.. kalau sendiri kahwin sure sempat.. jemput lah datang 25hb okt. 08 di lot 5375 jalan bunga raya, lorong 4, sura, 23000 dungun, terengganu darul iman..
kehadiran anda memeriahkan lagi majlis ini... dialog biasa di hujung2 card...

21 Oktober 2008

dungun menjerit

pagi2 lagi dah bersiap2 nak balik dungun.. cuti lama gak untuk buat persiapan kenduri kawin adik ipar aku.. kad jemputan aku letakan di atas… jemput lah sapa2 yang sudi hadir atau kebetulan lalu kat area rumah in law aku…
sebelum sampai ke dungun aku singgah g services kereta dulu.. tukar lah apa2 yang patut, imbang tayar agar tidak gegar.. dan macam2 lagi lah.. lama tu dekat 2jam lebih aku kat sana.. lapor perut menunggu.. on the way balik tu g makan m’donalds kat kerteh, lama giler tak makan fast food terasa nikmat giler bila makan big mac…

biasalah nak sampai umah mentua aku banyak gak check point yang aku kena g, memenuhi amanat mak ayah aku.. contoh nyer lah sedara mara aku area kemaman, paka dan macam2 lagi.. kira2 maghrib gak lah sampai kat umah mentua aku.. mana tak nyer sekali sampai sesebuah rumah tu bersembang tak ingat…

20 Oktober 2008

the day after le tour de’ perak

masuk2 opis jer my boss dah mengamuk… mana tak nyer ada orang sudah bakar line.. orang yang selama ini bercerita, berkata tentang kepakaran menguruskan student telah menyalahkan masa, program, serta orang lain kerana tidak berupaya menguruskan student, kira2 dah macam o.k.u dah…
orang lain pun mengalami masalah yang sama tapi tak lah kecoh sangat..

aku buat tak tahu jer.. kadang2 aku sampuk gak kasi line lagi panaz… saje2 jer. tapi bila aku perli atau cakap pun kadang2 tu bukanyer paham.. aku peduli apa, yang nyata esok aku dah start cuti.. sampai lah sehari lepas deepavali, aku nak g tulong mentua aku buat persiapan kenduri nikah adik aku.. konon jer lah..

partner aku yang g lawatan sama aku tak datang pulok hari nie.. barang yang kita orang beli untuk opis ada kat dia.. so esok jer lah rakan sekerja makan2 yer..

19 Oktober 2008

le tour de’ perak last day

pagi nie aku meneruskan operasi tangkap gambor student2 aku yang lewat bangun subuh.. student aku pun dah pandai.. nampak ajer aku pegang camera terus dia orang bangun..
hari ni hari terakhir lawatan, on the way balik kami sempat gak g teluk intan untuk melihat satu bangunan yang pelik tapi kukuh.. bangunan tu tak beberapa tegak, condonglah tu… lepak lebih kurang 1 jam sambil round2 town tu. kami meneruskan perjalanan yang agak lama untuk kembali ke tempat asal..
perjalanan kami agak jauh.. dalam perjalanan tu kami dihiburkan dengan beberapa tayangan cd, ada ke patut salah satu cd tu ada klon aku.. student akulah yang kata, aku ngan aflin sauki cuma scale ajer lain. yang lain sama… cerita sepi..

jam 7.30mlm sampai… macam sireh pulang ke ganggang..

malam tu my heart jemput aku kat opis, aku berkain pelikat jer malas nak tukar2 lepas sembahyang maghrib, bukan nak g mana pun nak balik umah jer… tiba2 jer my heart datang ngan pakaian yang agak menarik.. dia nak ajak aku g bandar nak g beli tudung pale.. mak ai harga rm 40 beb.. nak wat cam mana dah berkenan kenalah layan… pas tu barulah sampai umah..

di rumah aku keluarkan semua sekali apa yang aku bawak balik.. aku mula agih2 kan barang2 yang nak bagi kat orang2 tertentu serta my heart, nampak dia gembira sangat.. aku cukup gembila apabila melihat dia gembira.. itulah nilai yang tak dapat ditukarkan dengan harga sehelai t-shirt yang tak seberapa… melihat kegembiraan nya.

18 Oktober 2008

le tour de’ perak 2nd day

arh… hari ini relax sikit.. program sendiri jadi bolehlah ubah2 sikit, mengikut masa yang ada, destinasi pertama kami ke kellies castle, hum.. dulu masa aku study kat politeknik aku dah g dah.. dulu rasa aku lagi best sebab kawasan tu baru lepas pengambaran filem ana and the king jadi banyaklah binaan2 sementara ada.. kini hanya bangunan utama istana kellies yang ada itu pun tak siap2 sampai sekarang.. he.he..he… seterusnya perjalanan kami ke pasir salak.. tengok kompleks bangunan bersejarah zaman dolu2.. kami tak lama kat situ, sebab student aku ada misi yang lain.. student aku dah target nak g mandi laut kat teluk batik.. lepas round2, kami meneruskan perjalanan ke teluk batik. tiba2 jer brother bas ke jeti pulau pangkor..
bukan apa, kami g beli belah makanan laut untuk buah tangan.. aku pun beli gak, untuk opis aku syer ngan pengajar lagi seorang, save bajet.. untuk personal aku ada beli gak untuk my heart n yang terpilih sahaja termasuklah mother n father in law.. sape2 yang dapat tu kira2 orang2 terpilihlah yer.. yang tak dapat tu mungkinlah tertinggal atau tak de bajet..

perjalanan terus ke teluk batik untuk memenuhi misi student aku.. sampai aje kat sana bukan main seronok lagi student2 tu.. macamlah tak pernah tengok laut terus terjun , padahal kat teluk cempedak lagi best..
aku nie, bila sampai sana aku jadi mabuk tengok kedai2 jual baju dan cenderahati kat teluk batik, aku bukan boleh tengok benda2 macam tu geram jer nak beli.. nak2 lak baju yang ada chop area situ tu.. aku rembat gak baju2 kat situ. habis gak duit aku melayang, tapi untuk orang2 tersayang apa salahnya.. nilai kasih sayang itu yang tak ternilai…

lebih kurang kul 8.30 baru kami balik..

17 Oktober 2008

le tour de’ perak 1st day

jam 2.30pagi kami sampai kat tempat menginap intitusi. hum… aku tido ngan studentlah.. kena jaga gak student tu walaupun dah besar.. macam2 boleh jadi, dan aku kena bertanggungjawab.. ngantuk terus tido.. brother bas tido dalam bas, diaorang malas nak join.. aku pun tak kesah..
pagi2 lagi aku dah bangun.. bukan tak selesa tapi kena cepat2 gi mandi sebab takut berebut ngan student2 aku n student intitusi yang aku menginap tu bukan apa, tempat tinggal dorm tamu, tapi bilik air kongsi.. teringat pulak zaman kat vokay dulu.. sebijik beb.. cuma dulu lagi open tak berpintu. he.he..he… ni kira all right lah..
lepas tu, baru aku kejut kan student aku untuk mandi n sembahyang subuh siapa yang tak bangun tu.. akan jadi mangsa camera akulah…
progam hari nie agak padat dan tersusun, lagi pun jumaat kena kejar masa untuk sembahyang jumaat.. bermula dengan tempat pertama ke uitm sri iskandar pada belah pagi dan pada petang pula ke ikm lumut..

16 Oktober 2008

last day xtvt week

pagian yang indah kini sudah gelap…. mana tak nyer smpi ajer kat punch card ada satu surat serta senarai nama untuk mendengar ceramah esok.. tajuk ceramah pengurusan stress. check punya check nama aku tak tersenarai pada kursus senibina.. wow gembira aku.. tiba2 ajer tergerak hati nak tengok nama sampai habis.. tup2 nama aku ada jugak..! tapi dah masuk kategori lain pulok.. pengajian am!
erm.. tapi esok aku tak de kat sini.. kira selamatlah.. sebab petang nie aku dah bertolak ke perak mengiringi student untuk lawatan.. lantaklah apa nak jadi esok, yang penting aku kena isi boring tugas rasmi.. manalah tahu kalau2 ada pulak surat tunjuk sebab yang datang sebab aku tak g ceramah tu…
ptg nie ada majlis penutup.. untuk minggu xtvt.. bila berakhir, kursus aku dapat 4 hamper… kira oklah tu.. terro gak student berxtvt.. kira2 jam 6 ptg kami akan bertolak untuk le tour de’ perak… seramai 31 student dan 2 tenaga pengajar mengiringi termasuklah aku.. selamat tinggal tsya..

14 Oktober 2008

2nd day xtvt rumah terbuka

sambutan rumah terbuka aidilfitri peringat institusi… erm.. mula dengan suasana yang nampak macam tenang pada mulanyer dengan susunatur ruang makan yang agak selesa, tiba2 menjadi kelam kabut apabila acara majlis dimulakan…
aku, bila acara bermula, seperti biasalah suka tengok gelagat atau telatah orang, hum.. aku akan pastikan aku masih lagi waras untuk bertindak dalam apa2 keadaan walaupun perut nie agak berbunyi, berbekalkan roti canai dan teh ais pagi tadi..

tiba2 ajer terasa kenyang akibat melihat gelagat staff dan student yang menjamu selera secara buffet, buffet pun dah maksud berselerak.. maka berseleraklah staff2 dan student2 ini mencari makanan, macam2 gaya atau cara untuk mendapatkan makanan yang sememang nyer cukup jika dimakan mengikut keperluan.. malang nyer kehendak mengatasi keperluan, maka banyak mana makanan pun tak akan cukup…. ditambah pula yang sibuk untuk membungkus sebelum acara tamat..
pelbagai juadah yang disediakan antaranya.. satay makanan kegemaran salah seorang staff unit aku… satay nie kenalah catu. siap ada kupon lagi untuk budak2, malang nye staff tak berkupon, jadi makin sedaplah staff yang ambil, sampai tak teringat kat kawan2 yang lain… tetapi dalam banyak2 satay tu adalah yang berbau sikit.. maklumlah dah banyak tempahan adalah yang kureng sikit rasanyer.. aku sempat rasa satu cocok ajer, itu pun sahabat aku yang ulur kat aku… tq bai..

lemang berlaukan rendang dan serunding pun ada… itu pun aku x sempat… macam mana nak sempat.. dah makan berebut.. kadang2 untung juga jadi bdk2, bila berebut orang tidak mengata.. soto, laksa pun ada…
Kesimpulannya ada orang yang cukup gembira serta puas hati terhadap acara rumah terbuka institusi ini dan ada pula yang sedikit kecewa atas apa yang berlaku pada acara rumah terbuka kali ini..

tahniah kerana majlis berjalan dengan lancar…


13 Oktober 2008

1st day xtvt weeks

slm xtvt, seminggu bdk2 ber xtvt... kiranya relax lah para pengajar yang kurang terlibat macam mamat nie... yang penuh dengan misi n visi.. tak kurang pulak pengajar yang memberi sokongan... walau bagaimanapun sokangan turut diberikan melalui apa2 cara.. kalau dok setakat merenung dari tingkat atas nie x dapet lah nak nolong.. setakat petang nie dah macam2 acara bdk2 aku menang ada yang dapat nombor, ada tu pulak x lepas2 nak bernombor macam acara tarik tali.. mana nak larat kalau tangan tu asyik pegang pen nak banding yang tarik kabel hari.. dah tentu kalah.. cuba acara terompah gergasi, dah tentu2 dpt no 1..

tengah orang dok sebok2 bersukan nie tiba2 datang lak datin2 yang baru turun dari kayangan.. bajet nak tgk2, silakan...

alamak bini aku datang opis lah.. bukan apa, gas memasak kat umah dah habis... ni yang nak kena g kedai beli baru ni... kalau dok alamat dok berbuka pose lah aku ni...
ok lah stop kat sini dulu yer.. bila2 sambung pulak lah yer..

10 Oktober 2008

opis kecoh!!


aper nie..? aku dah makin x paham dengan orang2 kat opis nie.. dah bercakap.. berborak.. bising.. dah macam bertih jagung.. orang putih kata pop corn lihatlah dunia ape nak jadi nie.. kerja makin banyak tapi masih ada lebihan masa untuk berborak... aku malas nak layan..

ada pulak mamat yang cakap ajer bagus.. naik hangin aku, dia jer yang betul semua orang x betul, banyak lah idea nya yang cukup masuk akal tapi kurang praktikal.. ada ker patut dia nak beli barang tunggu harga murah.. kalau macam tu sampai bila2 lah x dapat beli barang.. mana x nyer kalau nak beli mahal.. nak tunggu murah x tahu lah bila.. cerita pasal ekonomi macam menteri kewangan bangladesh..

bising.. sungguh bising.... topik yang bual pun macam tah pa ha pe jer..

08 Oktober 2008

raye vi

raya 6 nie bukanlah macam 6 jahanam cuma raya 6 nie teringat aku zaman arwah mak n ayah aku dulu2, selalu gak mereka sambut. mana tak nyer lepas raya sehari terus mak n ayah aku pose 6 hari berturut2. masa hari raya 6 nie meriah gak dapat gak aku makan makanan yang best2.. erm, kini aku pun pose 6 gak tapi tak lah sekuat mak n ayah aku, aku pose selang2 atau ikut suka aku jer.. tapi sure kena habiskan 6 hari pada bulan syawal… maklumlah open house sana sini.. budaya mana yang terikut pun tak tahu..

besar pahala kalau berpuasa 6 nie.. kalaulah kita pose sebulan bulan ramadhan dan 6 hari di bulan syawal seolah2 kita nie berpuasa setahun.. wow mana nak dapat pakej macam nie.. mana taknya 30 hari pose bulan ramadhan dah sama dengan 300 hari berpuasa dan 6 hari pose bulan syawal bersamaan 60 hari. biasalah pakej bulan ramadhan 1 hari = 100 hari, bulan syawal 1 hari = 10 hari….

Jumlahnyer 360 hari, tertanya2 pulak kita mana pergi nye lagi 5 hari, kan setahun 365 hari… 5 hari tu terdiri dari hari2 yang diharamkan puasa contohnya hari pertama aidil fitri, aidil adha dan 3 hari lagi korang carilah sendiri..

ok lah.. dikesempatan ini nak ucapkan selamat raya 6 kepada yang telah berjaya habiskan pose 6 di bulan syawal dan kepada sesiapa yang belum mulakan lagi masih lagi sempat lagi… baru 8 syawal beb. n gud luck!!

06 Oktober 2008

1st day after cuti aidilfitri

hari pertama masuk opis selepas cuti hari raya aidilfitri…

tak ramai yang mulakan kerja, ada yang bersambung cuti untuk lepak2. lepas sebok bertungkus lumus antor anak2 ke sekolah atau kolej.. yang tinggal nie pun yang rasanye kurang tanggung jawab.. bukan tak bertanggung jawab tapi kureng lah sikit…

itu hal nyer rakan2 sekerja…

student, budak2 atau pelatih2 janganlah cerita dah macam tikus menari2 bila kucing tak de..

ok lah untuk hari pertama nie.. aku lebih tertumpu untuk buat hal sendiri, malas nak cara hal orang.. aku rasa banyak lagi benda yang patut aku buat untuk memajukan diri… bukanlah diri ini x maju.. cuma perut jer yang dah makin maju lepas aidilfitri ni, jadi kenalah maju seiringan dengan tugas harian..

05 Oktober 2008

tsya menjerit..

malas giler rasanyer nak balik ke pekan ni..

esok pun bukan ada ramai orang kat tsya tu…