apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


30 November 2009

cucu sepupu berkhatan a.k.a bersunat a.k.a potong

menurut sejarahnya begitulah tajuknya.. nampak dah tua sangat aku nie dah bercucu sepupu.. hari nie aku cuti.. cuti yang tak dirancang.. yang aku tahu bila aku bangun jer hari nie aku terasa malas nak gi opis.. jadi aku duk ajer lah kat umah.. lepas zohor ajer aku teringat pulak kat anak sepupu aku nie, nak sunatkan anak dia esok.. malam nie ada solat hajat dan kenduri kat umah dia.. jadi dengan rasa keikhlasan, aku msg kat dia tanya ada apa2 yang patut aku dan cik jah nak nolong untuk wat jamu malam nie.. dengan pantas sms aku dijawab dan hasilnya adalah….

korang paham2 ajer lah bila tengok gambar nie… harus lah aku dan cik jah kena gi umah dia nolong apa2 yang patut.. untung gak aku cuti hari nie.. bolehlah bantu membantu dalam penyediaan makanan serta pinggan mangkok dan ayun.. hehe.. cerita punya cerita.. nak tahu x siapa siapa yang kena potong..? bukan maxis.. bukan celcom… bukan juga streamyx tapi… dia adalah..

setelah berhempas pulas menyediakan makanan untuk majlis tersebut, maka hasilnya solat jemaah maghrib dan solat hajat serta bacaan yassin dan tahlil… acara kemuncak atau aktiviti terakhir adalah makan time..

kejadian keesokan hari seperti berikut……

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : A.L.A.M.A.K..!! CAM MANA BOLEH TAHU APA YANG TERJADI ESOK..?? KANTOI PULAK, TARIKH MENULIS… WAKAKAKA…

29 November 2009

salam aidiladha

bermula khamis 26hb dah start dah perjalanan aku untuk merayakan aidiladha.. kemana..?

actually adik aku buat aqiqah untuk anak dia dua orang sekaligus..

pilih2 jangan tak pilih.. kambing… tapi yang mana satu pun tak tahu.. sedar2 dah siap masak dah.. hum… jemaah surau dah siap2 sembelih sehari sebelum aidiladha.. so, x sempat lah aku nak tengok… idea nak buat cam tu, ok gak.. sebab boleh buat jamu bila jemaah surau buat ibadah korban.. x yah lah tunggu daging korban untuk di masak.. aku sampai2 jer kat gombak terus gi giant batu caves, beli barang2 untuk hidangan pagi aidiladha.. rasanya bukan pagi ajer.. sampailah hidangan tu habis.. menu

aku beraya kat gombak sampai lah hari ahad… pagi2 ahad dah nak bertolak balik ke pekan… nampak pagi2 tu dah rasa cam lepas subuh jer nak bertolak kan.. padahal dekat kul 10.15 pagi gak baru bertolak… siap2 buat laksa lagi tinggalkan untuk adinda berdua untuk sarapan.. tujuan balik awal ke pekan nie sebab ada kenduri kahwin anak en wahab.. jadi kena lah gi.. sebab banyak kepentingan… maka kalau aku sorang jer gi x jadi.. jadi pergi lah beramai2.. siapa lagi mangsa aku nak gi bersama sure lah en hasbie dan en fahmi sekeluarga.. hehee… kerah juga en fahmi balik awal dari kemaman begitu gak ngan en hasbie yang balik dari bukit sagu… kul 3 gak lah kami semua gi makan kenduri hari tu…

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : BERKORBAN ADA TEMPAT DAN MASANYA…. AQIQAH…??

23 November 2009

final exam bermula…

debor rasa.. berdebor lah sangat rasanya.. hum… setakat final exam kat ikm.. semua pengajar di ikm/kktm pun tahu macam mana suasana bila waktu final exam.. sebab tu aku dah sedia kan 2 orang wakil aku di alam maya untuk memerhati dan memantau student2 yang aku perlu awasi....

nah nie dia…

walaupun aku dah sediakan 2 jaguh tomoi nie.. terlepas juga toyol2 yang dibawa oleh student2 nie.. hasilnyer cuba tengok gambar yang sempat aku snap pada hari pertama peperiksaan…

sempat lagi mencari toyol tu…

nie pulak hari kedua.. nampak lebih sopan dan lebih berhati2 mencari toyol…

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : 2 ORG PENINJU TOMOI ITU ANAK BUAH AKU… DAN TOYOL ITU ADALAH….

T = tolong 0 = orang Y = yang O = otak L = lemah

20 November 2009

malam penyerahan sijil untuk ikm tsya

ha.. dah aku siapkan slide untuk majlis penyerahan sijil.. hum.. disebabkan hj ahmad tu dah jadi ajk bahagian pentas dan backdrop.. makan ajk2 kecilnyer sure lah puak2 senibina… majlis tu nak di adakan sehari sebelum final exam student2 nie.. dapat bayangkan lah betapa sebok dan tertekan nyer aku..!!! damn..! semuanya nak buat dalam masa yang sama, jadi hasilnya..

slide pun lebih kureng kulit buku friends.… wakakakaaaa.. ambik ko..!! pada malam tu ada pulak yang kena edit… hj ahmad sampai dok tepon aku nak edit.. aku x perasan sebab dok main YM guna phone, hasilnya berjaya aku ajak en hasbie gi sama ngan aku majlis tersebut.. supe skala dia lah datang jemput aku… x tahu lah mamat or minah mana yang edit slide tu... jadi hampeh..!!, pada siang hari tu 2 ekor lembu dah di sembelih untuk majlis tersebut, wak lan yang masak.. pak mentua en rozaidi.. hehee… terletak lak nama ko, die… sorry..

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : TAHNIAH KPD WARGAKERJA IKM TSYA DI ATAS PERSIJILAN TERSEBUT BERUSAHALAH UTK KEKAL KAN…

16 November 2009

bakat.. usaha.. belajar..

oh yer.. ingat tak lagi cerita pasal lukisan potret percuma..?? apa x ingat…!! x pelah.. kalau x ingat gi kat [sini]..

dah siap! terima kasih kepada penaja.. yang sudi melukis potret aku secara percuma.. kenapa..? x pecaya..? erm.. kena lah gi website penaja di [potret percuma].. dan kalau nak tempah pun boleh silakan di [tempahan potret].. siap promot lagi.. sebab hasilnya not bad..!

bercerita tentang hasil lukisan tersebut teringat kata2 arwah bonda aku… tidak semua yang lahir di dunia ini berbakat.. sebaliknya perlu usaha untuk mencapai apa yang di hajati.. perlu diingat juga bakat sahaja tidak cukup melainkan perlu usaha untuk mempertajamkan serta memperkemaskan bakat yang sedia ada..

usaha tangga kejayaan.. guruku pernah berkata ‘art’ atau seni nie ada yang telah dikurniakan oleh illahi dan ada yang perlu di bentuk supaya ia menjadi.. dalam erti kata lain perlu belajar lah…

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : TQVM, SEKALI LAGI DI ATAS LUKISAN POTRET TERSEBUT…. JASAMU DI KENANG..

15 November 2009

al-kisah ½ bulan november

november datang lagi.. banyak nak cerita tapi cam x sempat2 jer nak update blog nie.. sorilah kepada pembaca2 blog tegar aku ni yer.. sebab lama aku x update.. bukan apa, bulan nie begitu sebok dengan perbagai program dan kerja2, capet.. letih bangat!.. oklah aku mula kan dengan yang nie dulu,,

cuba perhatikan betul2 terselit gambar aku kat bulan lepas a.k.a oktober.. kategori bahagian akademik (tengah).. dah macam muzik2 dah.. ada kategori.. tapi firstly, thank kepada semua yang telah memberi ruang dan peluang untuk aku berada di situ..

tengah dok sebok2 meraikan serta menganjingkan peristiwa itu.. pemantauan sijil persekitakan berkualiti a.k.a 5S diadakan serentak dengan pemantauan fail pemgajaran dan pembelajaran.. cuba lah bayangkan persediaan untuk menghadapi semua itu… mahu tak sebok… bermulalah suasana dan situasi ke ‘damn’ an.......

lepas tu pulok.. buku friend sesi jul-dis kena siapkan beserta gambar bersaiz A3… hum.. bukan senang nak buat dengan keadaan cicaktop aku nie yang tidak begitu stabil lagi.. akhirnyer… buku friends dah dihantar ke printing dan gambar saiz A3 dah siap sepenuhnya dan telah diagih2kan..

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : HUM.. ½ BULAN YANG AMAT2 TIDAK TENANG DENGAN PELBAGAI TEKANAN DAN SITUASI YANG TIDAK SELESA UNTUK AKU BEKERJA… SEMUA NAK URGENT..!!!