apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


31 Januari 2010

[marriage amrullah & sakiinah + makan angin putrajaya]


dah melonjak2 nak gi kenduri kawin sahabat aku sorang nie.. kena gi.. sebab banyak cerita disebalik mulanya persahabatan ini… pekenalan pertama di hotel plaza, hotel pertama aku berkursus bersama MARA.. pagi tu sempat lagi aku gi ngajor walaupun sememangnya aku bercuti.. bukan apa, kelas aku pagi.. jadi sempat lah lepas kelas baru balik gombak.. lagipun janji ngan en suhaimi, nak g kat umah gombak petang .. siap pakej nak tido lagi 3hari 2malam..


sabtu 30hb Jan 2010 kenduri kawin belah perempuan… biasalah kalau gi kenduri ngan en suhaimi nie mesti pelik2 sikit.. contohnya tempat yang dituju tu selalunya indah khabar dari rupa.. dan pelbagai lak halangan yang menyebabkan datang lewat.. masih ku ingat kenduri alan.. sign board pengantin kena tiup angin.. so, jalan pun dah tersasar..



tapi kali nie ada GARMiN.. tah mana suhaimi nie rembat aku tak nak tahu.. yang aku tahu mesti sampai kenduri am nie… target utama ke Dewan Seri Seroja (DSS).. GARMiN tak dapat kesan.. MYDiN persint 15 pun sama, tak dapat kesan.. last2 target ALAMANDA.. kalau yang nie pun tak de en suhaimi, campak ajer GARMiN tu.. nasib baik dapat dikesan… nak tahu kenapa tak de dalam satellite.. kena gi lah DSS atau MYDiN kat persint 15 baru tahu…


[sampai jer pengantin pun sampai.. cantik..! on time]


kompang pun bertalu2 lah.. mengikut irama… mahu tak terkejut anak suhaimi nie.. senyap jer.. ketakutan bunyi yang agak kuat bergema di dalam bangunan… sambil sibuk pengantin dok bersanding + makan..


[nah.. nie dia amrullah & sakiinah]


apa lagi bila pengantin dah start nak makan.. kami pun cari lah port nak makan.. nasib baik tak bergojoh tikam ngan ninja berebut tempat.. maklum lah dah datang masa puncak kan sure ramai lah orang.. kena lah beratur dan chop tempat..


[suasana ketika majlis]


lepas menjamu selera.. dan nak balik sempat lak shoot satu foto bersama pengantin…


[huraizah, na o me + nurul iman, sakiinah, amrullah, suhaimi, juzaili]

(bukan nama sebenar)


dah selesai gi majlis tersebut… time nak meronda2 bandar putrajaya.. alang2 dah sampai kena lah pusing2 ambil2 gambar.. baru ada bukti gi putrajaya kan… he.he.he.. destinasi pertama masjid putrajaya.. kemudian gi lak alamanda.. mencari klinik panel MARA sebab anak suhaimi nie tak sihat.. lepas tu sempat lagi jalan2 kat mall alamanda.. dah round2 kat mall tu.. sebelum balik singgah kat masjid tu semula untuk solat..


nota kaki kanan dan kiri :- semoga pernikahan ini dirahmati dan dipermudahkan rezeki… thanks en suhaimi sebab gi sama2 ke majlis tersebut…

28 Januari 2010

hampir sebulan @pengajian am


sebulan nie ajer dah macam2 party.. opss.. sambutan yang ada kat opis baru nie.. tak semua aku join.. barang2 aku masih lagi bersepah kat opis lama tu.. bukan x nak bawak tapi rasanya x de kaitan pun dengan tugas baru aku kat sini.. yang lebih kepada kertas2 A4 sahaja…


pada dasarnya memang ler x de kaitan pun bila dah berpindah… tapi memandangkan opis lama pun duk depan mata jer.. maka, di luah Mati MAK di telan Mati BAPA.. semahu2 aku, baiklah tukar tempat kerja dari tukar opis pada institusi yang sama.. boleh claim.. nie tak dapet apa2 pun..


tapi apa nak buat MARA tetap MARA.. macam2 boleh jadi.. banyak episode dalam hari2 awal aku kat sana… semacam pelbagai xtvt yang ada.. sebenarnya aku tak tahu cam mana nak mula… sebab.. semuanya aku dah kenal cuma x mesra ajer…


aku pulak dah cam cerita madu tiga.. kejab masuk pintu nie.. pastu keluar pintu lain.. then masuk pulak pintu lain then keluar pintu sama.. hish… jiwa kacau cam nie… tapi tu lah aku kena buat.. sebab aku masih lagi mengajar satu subjek di architecture department.. kesian.. kesian… kesian…. kat zali kan.


[marilah kejar… kalau nak berurusan..]


eh.. nak tahu.. kat department baru nie macam2 benda + ragam ada.. mula2 tu, aku ingat aku dah masuk akademi fantasia.. maklumlah.. ada guru vocal kat sini.. macam2 lagi, dari tradisional hinggalah moden, dari rock hinggalah dangdut.. nasib baik x de guru tari.. kalau ada.. x tahu lah..


[selangit..selangit…selangit…..]


ada lagi ayat2 yang agak panazz aku dengar kat sini.. nak tahu apa…. tak gi kelas ke..? kang keluar memo.. (ganazz) lagi satu… kalau nak keluar ke kuantan 4 jam ajer.. (kalau aku sure x cukupnya.. banyak agenda..) hehee.. tapi buatlah apa yang nak buat pun, ada aku kesah..??


esok aku cuti.. sebab nak gi kenduri kawin en amrullah… masih lagi minta kelulusan dari department architecture.. lepas ni penuh prosedur lah kalau nak cuti…


nota kaki kanan dan kiri :- kerja biar ikhlas.. bila dah ikhlas.. dan bertanggungjawab sure tahu apa yang perlu dilakukan…

14 Januari 2010

jalan-jalan cari makan

makan tengahari @rasa mesra, pekan.. siapa yang belanje yer..??? aku ke..? x lah, aku tukang bayar jer.. pakai duet friends semester lepas.. ada baki lagi… banyak nyer keuntungan…!! bukan untunglah tapi sekadar imbuhan untuk petugas2 yang telah menjayakan ‘friends’ edisi jul-dis 2010..

dapat jadi a.j.k cam nie best gak.. penat lelah apa yang diusahakan dapat gak imbuhan.. yer tak.. x lah nampak kerja amal ajer.. x dapat apa2 pun.. dah lah kerja yang sampingan ini mengalahkan kerja hakiki..

opss dah lah cerita pasal kerja yer.. nie nak cerita pasal makan2 nie… harga makanan RM220.00 macam2 lauk pauk ada.. sedap.. makan lak dalam 10 orang.. ada ikan ada ayam ada udang dan macam2 lagi…

nota kaki kanan dan kiri :- maria tengku sabri datang lah join makan kat sini…

13 Januari 2010

jalan-jalan cari….


memandangkan hari ni student semester 1 sibuk dengan UKFA *ujian kefahaman fardu ain* kelas aku pun dibatalkan maka, aku pulak sibuklah merancang untuk ke kuantan dengan en fahmi bagi tujuan utama,


* membeli 5 ekor tetikus untuk makmal computer cadd senibina.. (dah banyak yang mati dan pupus)..


* mencari harga bahan latihan untuk bajet student senibina.. (sebutharga) jumpa pembekal..


cukup lah 2 tujuan utama sebab banyak lagi tujuan lain sampingan melebihi yang utama tu… macam aku selalu kata sambil menyelam sure kena minum air bergelen-gelen.. baru puah hati pun kalau lemas… *lemas tau bukan mati* oleh kerana itu destinasi pertama…


[celcom lah]


potong berukband aku… genap setahun aku pakai.. terima kasih lah atas servis yang suam2 kuku tu… *kebanyakan guna area pekan, pahang* ni lah bill terakhir yang perlu aku jelaskan…


[yahoo.. lepas nie stim mix]


pass dah settle tujuan peribadi aku tu.. baru lah mencari tetikus.. bajet yang paling murah sekali… akhirnya 5 ekor RM47.00 ok lah tu… sapa nak bagi harga bawah RM10.00 sekor.. mydin pun RM9.90 sekor suatu masa dulu… pastu g my10.. cari kipas untuk cicaktop aku tu… sajer2 beli sebab mungkin panas @pengajian am.. selit gak ink black printer brother aku tu..


balik2 kat kereta… saman MPK. poyo jer petugas2 tu.. waktu lunch pun rajin bekerja… rajin lajok lah tu.. saman pun RM5 hingget jer… terus gi bayor kat kaunter jual kupon… destinasi seterusnya…


kuantan parade mencari sebutharga untuk telepon en fahmi.. lepas tu baru boleh cari sebutharga bahan latihan untuk student.. pusing punya pusing x de yang menarik minat mamat nie lah pulak… mahu x nyer nak yang ada 3G atau WiFi yang harga bawah RM200.00.. hampeh jer bunyi harga yang tak masuk dek akal.. dok keluar jer…. mana mahu.. pastu pelik2 lak permintaan.. bikin sendiri aje loooo..


dah settle semua urusan2 tidak rasmi tu.. barulah ke urusan rasmi iaitu berjumpa pembekal bahan dan alatan untuk student senibina.. TiTK enterprises (bukan nama sebenar) borak2.. bincang2.. dalam ½ jam. dah settle.. nak balik tu sempat gak aku pau 2 buah diary dan 4 planner …


nota kaki kanan dan kiri :- mana boleh balik dengan tangan kosong.. rugi lah kalau jalan2 saje..!

12 Januari 2010

@pengajian am


semalam 1 jam hari nie 2 jam...


begitulah masa yang aku ambil untuk menyesuaikan diri di ruang kerja yang baru.. bukan pindah kerja tapi suasana kerja..


sejam semalam.. tanpa cicaktop aku… memang membosankan.. tapi hari ni 2 jam bersama cicaktop, aku cukup bahagia…


aku perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan cepat, sebabnya banyak lagi kerja2 lain yang perlu aku buat selain menyesuaikan diri..


Joget Pengajian Am

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang

Dari Senibina
Ke Pengajian Am
Singgah di tandas cucilah tangan
Kami ucapkan selamat datang
Apa yang kurang dicaci jangan

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang

Pukullah gendang
Hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari
Sayalah ini tuan hamba hoi datang merantau
Mengharap belas orang di sini

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang

Pengajian Am aman sentosa
Kaya dengan barang dan alatan
Niat di hati tuan hamba hoi nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan...

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang


nota kaki kanan dan kiri :- saya datang melenggang jer seminggu dua nie..