apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


31 Oktober 2009

bulan oh bulan….

cerita pasal bulan.. satu keajaiban telah berlaku di muka bumi, satu garisan bulatan cam pelangi.. kalau sapa2 dapat tengok real sure terpegun dengan kuasa yang maha esa.. aku di beritahu oleh en hasbie sejurus aku baru balik bershoping barang2 dapur, dia call aku dia kata "lie tengok bulan.." aku dalam hati terdetik kenapa pulak nak tengok bulan..? teringat lak kat si benai.. dia kata kalau rindu tengok bulan.. rindu ker..??. lepas tu macam2 lah panggilan tepon dari sedara mara serta sahabat2.. termasuk satu sms yang menarik minat aku..

[dah tido ke? g keluar tengok bulan pelik. rabu lepas matahari jadi camtu]

apa lagi mulalah operasi mengambil gambar dengan pelbagai sudut.. mula2 tu memang tak nampak apa2.. dari camera henset sampailah camera digital.. en hasbie sempat gak singgah kat umah aku on the way dia balik dari kedai, tengok aku ambil gambar.. sempat gak lah borak2 kejab.. lepas dia balik tu, aku cam tak puas hati jer dengan hasil gambar tu.. cam biasa jer… aku try adjust pakai “nignt scene” dan hasil nya…

tanpa "nignt scene"


"nignt scene"

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : KALAU GUNA SLR SURE GAMBAR LAGI CANTIK… "ada sesiapa nak sponsor..??"

kenduri menyambut menantu…

lepas zohor, gerak gi kenduri menyambut menantu, kenduri nie sebenarnyer kenduri abang kepada student aku, so student nie dah bagi card kena lah gi.. lagi pun bukan aku jer yang gi.. en fahmi, pn roswati dan haji ahmad pun gi sama.. sempat gak aku snap beberapa keping gambar pengantin guna henset jer..



30 Oktober 2009

jgn buzz..!! sibukkk…

BUZZ!!! BUZZ!!! BUZZ!!! BUZZ!!! …. dah aku kata jgn buzz..!!, nak buzz!! gak..

sori lah tak berapa nak layan sesiapa yang buzz minggu nie.. sebabnya aku sibukkk.. aku tahu, ada gak benda2 yang penting yang nak disampaikan oleh teman2 aku yang bermesyuarat a.k.a berpersatuan di bukit merah lake town.. isu2 yang di bawa.. tapi aku sibukkk.. sangat minggu nie..

banyak benda yang berlaku dalam minggu ni setelah berseronok di sehari di gambang waterpark.. walaupun adakalanya kesibukan itu tidak ada kena mengena ngan aku tapi tempiasnya adalah jugak.. peristiwa yang membuatkan aku sibukkk.. sangat minggu nie adalah bermula dari hari isnin hinggalah hari jumaat… sesiapa yang sibuk2 buzz aku di YM tu.. bacalah kesebokan aku bermula hari…..

[isnin 26nov09] pagi2 lagi kedua2 timb. pengarah dan penyelaras 5S dah serbu kat bilik opis aku.. apa dia nak buat…??? dia nak buat apa lagi checked..!! checked..!! cheked..!! S-S-S-S-S, sampai bakul dalam bakul kat atas meja aku pun dia tegur.. mereka2 tu check sebab hari selasa ada pra-audit 5S nak datang.. tapi tu lah nak cerita banyak2 pun nanti kena GAM..!! so, tegok jer lah gambar yang en nash sempat snap..!! oh yer.. hari nie gak ada operasi men’clear’kan bilik yang menyimpan khazanah2 lama senibina.. lastly.. buang ajer semua barang tu.. student yang aku ajar computer turut terlibat dalm operasi ini.. thank student tbbk..

[selasa 27nov09] pra-audit 5S.. opss bertembung pulak dengan audit fail p n p… walaupun aku tak terlibat dalam audit fail p n p tapi sibuk gak aku gi ambil tahu… buat2 kecoh ajer.. sambil bagi sikit2 nota.. oh yer.. masa pra-audit 5S, juru audit dari luar tu just walking ajer sambil berkata working area.. so.. tak perlu lah nak ambil masa yang lama.. sebab dalam masa bekerja mestilah barang2 bersepah kan.. tak kan buat kerja tak bersepah.. kalau tak bersepah tu makna nyer tak bekerja lah…. cuba check meja hj ahmad sure clear sebab dia tak de.. dia gi memantau pengajar kat KKTM pasir mas..

[rabu 28nov09] aku suka hari rabu sebab hari nie lah hari aku merayau sebab tak de kelas.. oppsss.. off cut yer.. hari ni aku gi kuantan.. tujuan utama aku gi sana sebab nak cari sebutharga buku friends sesi jul-dis 2009.. sambil tu cari gak tempat2 yang boleh cetak baju.. baju tu just nak buat buahtangan kepada ajk2 yang bertungkus lumus menyiapkan buku tu.. last semester aku buat kat taytrading, kali nie nak try pulak cari kat kuantan.. tapi tak jumpa yang best.. merapu jer.. nak berniaga tapi tak de kat kedai.. cam mana tu..? yang ada kat kedai kalau boleh berunding tak pe.. nie dok kata “jab lagi saya bagitau boss” melayu.. melayu.. jangan ko layu di hujung mekar sudah lah… hidup makcik rock..!!!

[khamis 29nov09] hari ni lepas ajer aku buka pintu untuk student aku masuk lab computer aku dah mula dengan operasi menghantar gambar saiz A3 kat pn wawa.. bukan apa.. gambar nie adalah gambar student semester akhir bersama tenaga pengajar kursus masing2.. yang nie aku print kat mr azam.. thanks.. barang anda selamat sampai dengan sempurna.. tapi, tu lah gambar tu ada pulak cam budak2 sekolah tamil batu caves.. gelap!!! nak buat cam mana, kamera yang digunakan tak berapa nak mahu..!! kalau guna SLR hum.. sure cantik.. bila ikm tsya nak beli SLR…???

[jumaat 30nov09] hari nie lah.. erm.. pagi2 lagi en edi dah call tanya aku sibuk ke tak..? hum nasib baik ko tak buzz!! aku kan en edi.. kalau tak aku sure tak layan.. he.he..he.. dia nak mintak tolong aku install kan software MS frontpage kat makmal ict 1.. aku bukan tak boleh buat tapi bukan kerja aku.. siap dia bagitau lagi si mamat awiiii tu dah install tapi tak jadi.. aik’’ mamat yang belajar computer buat tak jadi nie pulak nak mintak tolong aku..?? siapa yang bidang computer nie… aku kompius.. bila aku install ok jer… dasar pemalas, lazy dan seangkatan dengan nyer..!!. tapi bila tengok pn aisyah tu.. rasa nak marah tak jadi.. tu cerita paginyer.. petang nyer pulak.. tengah nak punch card balik ada pulak nama aku naik kat notis board tu.. meeting hari senin nie.. hanginnyer aku.. tiba jer nama naik jadi ketua subzon dalam zon maklumat.. apa kes nama aku tiba2 naik..?? orang nak check final 5S 5nov nie.. mana mungkin aku nak buat apa2.. lantak lah.. layann.. tengah dok aku membebel kat notis board tu ada pulak yang tegur.. aku apa lagi keluarkan henset terus snap notis tu..!! ada pulak orang tanya nak buat apa..?? apa lagi aku jawab lah masuk blog…!!

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : MOOD THIS WEEK TAK BERAPA NAK OK, SEBAB TU BUAT2 SIBUKKK AJER... PADAHAL X SESIBUK MANA PUN... HANGGIN....!!

25 Oktober 2009

kesan taman tema gambang

teka.. teka.. gambar apa kat bawah nie..????








aduhhhhsss… kesan nyer sama seperti aku gi kat sg lembing.. ingat tak..?? ingat tak..?? kalau tak ingat kena gi kat [sini] sama jer kesan nyer… arh..!! malas lah nak cerita tengok gambar ajer lah yer…!! kulit sensitive… tapi tak lah seteruk kat sg lembing mungkin sebab kat gambang waterpark ni masuk berbayor jadi kurang lah sikit kesan nyer…!! he..he..he…

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : TIDAK DIKETAHUI.. MUNGKINKAH INI BARU SAHAJA PERMULAAN UNTUK PENGELUPASAN AWAL KULIT KEPALA KU..!! arhhh..!!! CAM ULOR PULOK BERSALIN KULIT.. LEPAS NIE BERTAMBAH CANTIK LAH KULIT AKU… X YAH GI SPA UNTUK BUANGKAN SEL KULIT MATI…

24 Oktober 2009

sehari di taman tema gambang

semalam… aik kata cerita sehari tak kan tiba2 pembuka kata dah semalam… cam nie cerita nyer.. semalam ada taklimat sempena hari keluarga ikm tsya 2009.. taklimat nie mengenai aturcara program hari keluarga yang akan diadakan pada keesokan harinyer.. selepas taklimat tu ada pulak satu lagi taklimat.. taklimat oleh en fahmi selaku ketua ajk2 tak terlantik untuk gi sana.. kali nie sengaja aku bagi en fahmi jadi leader.. nak gak tengok perancangan dia.. yang sememangnyer huru hara.. he..he..he…

kalau en fahmi yang rancang memang out of services.. tapi best gak.. tak yah lah aku nak memikir.. dalam tak payah.. tak payah tu.. ada gak yang kena pikir.. hum.. back to the perancangan en fahmi.. jam 7.45pagi kumpul kat umah aku, pada mulanya jam 8.00, aku adjust kul 7.45.. siapa yang nak join sama2 gi ni..?? en zamri sekeluarga… en fahmi sekeluarga.. en hasbie sekeluarga… opss en hasbie tak de yer.. bukan tak de tapi dia gi ikut jalan jauuuuuh.. maksud aku dia gi melalui pekan - bukit sagu – gambang… aku, en fahmi dan en zamri terus naik bypass pekan – gambang..

nak dijadikan cerita.. dalam perjalanan tu adalah sesi potong memotong.. dah jalan sedap.. kebetulan hari nie pulak jalan baru bina dibuka.. sedaaak ah.. sempena birthday sultan pahang.. dah en fahmi jadi leader, last2 kena gak ikut belakang dia.. tapi tiba2 jer cik jah ada benda nak buat kat tandas.. so, berhentilah sekejab kat station minyak.. masa nie en fahmi dah laju dah.. sampai lajok pulok tempat.. teringat lah pulak cam cerita kura2 dengan arnab.. nasib baik aku tak ikut dia.. kalau tak, lajokk jugok lah aku.. akhirnya aku sampai sama jer ngan dia.. hum.. 3 perenggan cerita pasal nak gi jer ni…. letih lah cerita.. meh kita tengok gambar pulak sambil bercerita yer..

sampai2 ajer terus daftar.. A.L.A.M.A.K mesra semacam jer ajk2 tu.. apa lagi bermula lah kisah plastik..! gambar2 nie lah yang sempat aku snap ditambah pula dengan gambar en fahmi.. aku sengaja tak ambil gambar banyak2 pada waktu nie.. aku nak ambil gambar masa kat waterpark tu.. sebabnya camera aku nie boleh masuk dalam air.. nak simpan bateri.. berbalik cerita gambar nie.. hanya 3 jam jer aktiviti2 luar nie.. banyak gak acara sukaneka yang dianjurkan.. terima kasih ajk.. aku pun masuk gak satu acara.. nak tahu apa..?? masuk benang dalam jarum.. adus..!! nie gara2 en fahmi nak masuk, terus dia tulis gak nama aku.. ketor rasanya bila pegang benang dan jarum tu…. aku menang ke…?? hum.. dapat tuala kecik.. kalau dah tuala kecik tentunya hanya hadiah saguhati.. sajer2 memeriahkan keadaan.. kira2 jam 12.15 dah settle sesi di padang.. kini aktiviti bebas di waterpark..!!! sebelum masuk tu kena lah pakai tag khas yang telah disediakan..

setelah semuanya dah bersiap sedia dengan tag2 nyer.. 1..2..3…. mula… masuk ke dalam taman tema tu.. wah.. cam bagus jer learder tu.. mengelepor nok gi main air.. en zamri pulak dari luar lagi dah siap2 tukar baju.. hum… tak sabor2 bebenor mereka2 nie.. en hasbie..?? hum.. lagi ah, dah dapat tiket, sarapan. terus jer naik ke taman tema.. agaknyer lah.. sebab masa kat padang tu dah tak ada.. sedor2 kereta dah sampai kat parking waterpark.. aku..!! dengan tenang gi top-up dulu duit kat dalam gelang nie.. sebab kat sini semuanya mengunakan duit maya.. masuk nilai dalam gelang pastu potonglah mengikut kegunaan kalau berbaki tuntut balik bila keluar nanti.. tujuan aku top-up nie sebabnya nak sewa locker dan mana tahu kalau2 ada geng atau anak mereka2 yang mengelupor nak beli makanan.. harap leader…?? hampeh.. sibok nok mandi ajer.. padahal lagi 10 minit nok masuk zohor doh.. kalau sembahyang dulu, dah boleh mandi pah gelap..!! sebab mu yang leader kan en fahmi.. so, aku ikut jer..

break 3.15..!! solat dulu.. so, lepas solat nie nak sambung ke tak..?? geng perempuan dah cam tak nak mandi jer sebab kena tukar2 baju.. yer lah nak sembahyang kan.. tak kan ngan baju basah2 tu.. geng lelaki ok jer.. nie semua leader punya pasal.. sebab tak dengar kata aku mula2 dulu solat zohor dulu.. dah geng perempuan merajuk tak nak mandi.. haruslah aku yang kena bagi kaunseling… last2 geng perempuan tunggu solat asar sebelum sambung balik, geng lelaki dah hanyut dek ombak buatan manusia nie..

hari dah lewat petang.. mahu tak lewat dah dekat jam 5.30 petang dah.. taman tema nie pun dah nak tutup dah.. jam 6.00 petang.. geng lelaki gi solat asar dan terus bersiap2 nak pulang.. geng perempuan pulak dah solat jadi just tukar baju jer nak balik… sebelum sampai umah tu sempat gak singgah minum A.B.C idea leader.. minum masa tengah azam maghrib.. harus ker mu jadi leader lagi dengan agenda2 yang huru hara..!!!! he..he…he….

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : LEPAS ISYAK PULAK AKU NGAN CIK JAH ADA AKTIVITI SENDIRI PULAK, GI MAKAN…

edisi khas

[paparazzi] vs [mamarazzi]


gambar tersebut merupakan gambar yang diambil pada sesi mandi manda di gambang waterpark.. gambar ini diambil oleh juru2 foto yang sentiasa suka mengambiltahu hal orang.. sebab tu diberi nama paparazzi dan mamarazzi kerana melibatkan lelaki dan perempuan..


NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : LAIN KALI KENA BERHATI2 DALAM APA2 KEADAAN PUN, KERANA KITA TIDAK MENGETAHUI YANG KITA SEDANG DALAM PEMERHATIAN… [SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN] WACHAAAA…!!