apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


29 Jun 2009

new in-take

family cik jah balik tengahari nie… kebetulan hari nie gak, new in-take untuk student2 aku.. jadi tak lah sempat aku nak tengok mereka balik.. cuma pagi nie aku say gud bye jer lah… aktiviti giler aku dah berjalan pagi nie.. awal2 pagi aku kat intitusi nie dah jumpa ust asrul *bukan nama sebenar.. erm.. teringat pulak kes dia (YUNA) he.he..he… tergelak sakan yer tak en fahmi..?



sampai tempat pendaftaran tu pulak kerja giler di teruskan dengan pemakaian tag oleh en azmi masod kepada en fahmi sambil di perhatikan oleh en nasri… sempat post.. setelah pemakaian tag tu maka secara rasmi en fahmi akan menjadi orang penting archy semasa pendaftaran kali ini *selalu pun tiap2 semester dia juga yang kena…


erm.. korang tengok jer lah sendiri gambar2 yang agak menarik lensa aku nie…



en. mad *bukan nama sebenar menjadi juru acara majlis bersama en. haniff…

nampak kesungguhan ketika memegang mic tu..


juru kamera ke..? kalau setakat sangkut kat bahu jer kamera tu.. cekak pinggang..

nampak tiada kesungguhan… tag urusetia mana..?


sebelum balik sempat gak en. fahmi membeli sim pack hotlink baru nombor 017923***

aku pulak ambil kesempatan untuk menukar pakej serta menge “pau” free give macam2…


27 Jun 2009

saga

papa ku pulang dari kota..

papa ku belikan kereta..

kereta saga warna kelabu..

boleh ku tumpang ke ikm tsya..

pon 9x..

kereta saga papa ku berbunyik..

marilah teman mari naik...

boleh ku bawa jumpa papa ku!!



tengahari nie tiba2 jer telefon my wife berbunyi.. sister in law aku tepon.. erm.. dia kata nak datang umah.. apa lagi terkejut beruk lah aku… beruk pun tak terkejut macam aku.. mahu tak nyer.. tak ada apa2 angin rebut tiba2 jer nak datang.. jenuh bermain dalam fikiran aku kenapa lah nak datang.. bukan tak sudi tapi agak musykil, tak kan sebab barang yang cik jah mintak tukar nak di antar semata2, padahal bila2 pun boleh bagi *pos pun boleh..



ada juga terfikir, ada ke sedara mara belah cik jah nak daftar kat institusi ni.. terus ler aku ngan cik jah dok stand buy by beli barang nak masak.. kira2 jam 5.30 sampailah sebuah kereta proton saga 1.3.. ku amat2 ti rupanya ayah cik jah dan family sampai.. sudah tukar..? bukan tukar lah tapi tambah kereta.. erm.. terjawab lah segala persoalan.. kenapa mereka nak datang.. test drive katanya dungun-pekan…



26 Jun 2009

t i K E t t R A N S f 0 R M E S

dah datang dah…. tiket wayang yang di tunggu2 oleh beberapa orang jantan suami yang akan mem”bujang”kan diri bersama orang2 bujang untuk menonton wayang..


thanks untuk anak en. zainal (upp), hamim *bukan nama sebenar.. atas susah payah berebut bertungkus lumus dalam mendapatkan tiket ini.. kisahnyer bermula begini pelancaran filem tutttt transformers untuk tayangan seluruh malaysia bermula pada 24 jun 09.. maka, bila dah dilancarkan mengelepor ler en. fahmi untuk mencari tiket untuk tontonan dia bersama isteri dan anak2 rakan2nyer.. sudah nyer tak boleh nak booking sebab cerita nie macam satu cerita yang semua orang mesti nak tengok lagi satu tiket yang boleh booking dah di booking oleh orang2 yang lebih pantas. jadi kena lah beli terus tengok. erm.. kalau beli, terus tengok mesti ada risiko.. mana tak nyer, mana lah tau sampai2 jer tiket dah habis.. tak pun ada, tapi dok depan.. hum.. kalau lah dok depan balik mesti tak boleh tengok tanah.. *melengok..



idea..idea..idea.. macam mana nak dapatkan tiket dulu sebelum tayangan… ?? pikir punye pikir ada lah idea yang nak gi dulu beli tiket pas tu gi lagi sekali baru tengok, mak.. aii tak kan nak gi semata2 beli tiket ajer dulu.. sebab nyer pekan-kuantan nie mahu gi dekat 240km. ada pulak idea yang nak minta en. hasbi gi beli sebab dia nie pun agak runner pekan-kuantan.. hehehe… tapi aku tak bagi pesan kat dia, sebab dia banyak lagi misi yang perlu dilaksanakan.. erm.. tiba2 jer teringat kat hamim yang bekerja di kuantan dan umah dia kat pekan.. terus lah ber YM dengan ayat-ayat cinta ayat yang berbunga2 dahulu..


Juzaili Alias: erm.. ulang alik ker pekan kuantan..

Hamim 89: utk mnggu ni je kot

Hamim 89: pasal nnti kena g site

Hamim 89: jd kerani tapak

Juzaili Alias: oh.. cam tu..

Juzaili Alias: jadi... nak mintak tolong sesengat nie..

Juzaili Alias: ambil barang kat kuantan bawa balik ke pekan boleh..?

Hamim 89: brg pe??

Hamim 89: kt ne??

Juzaili Alias: ada lah..

Juzaili Alias: boleh ke tak.. senang jer x berat pun..

Juzaili Alias: boleh tak..? dekat jer ngan opis tu...

Hamim 89: ye la brg pe

Hamim 89: boleh je

Juzaili Alias: g ambil tengahari nie bawak balik petang karang

Juzaili Alias: boleh tak..?

Hamim 89: boleh

Juzaili Alias: toleng g beli tiket wayang transformes

Juzaili Alias: boleh lah...

Hamim 89: tiket dah abs utk ari ni

Juzaili Alias: bukan hari ni lah...

Juzaili Alias: hari lain..

Hamim 89: owh..

Hamim 89: blh tlg beli

Hamim 89: esk beli leh r kot

Juzaili Alias: kalau cam tu petang nanti g jumpa en fahmi ambil duit okay..

Juzaili Alias: macam nie cerita nya.. nak booking dah tak boleh.. full book dah..

Juzaili Alias: kena g beli dulu baru boleh tengok..

Juzaili Alias: tak kan nak kena g 2 tiga kali

Juzaili Alias: tu yang nak mintak tolong beli..

Hamim 89: bereh

Hamim 89: blanje sekeping leh??

Juzaili Alias: nak join gak...???

Hamim 89: heheheh

Juzaili Alias: tak de hal...

Juzaili Alias: nak tengok malam..

Juzaili Alias: geng2 "bujang"

Hamim 89: bereh


nie lah hasil dari YM aku ngan hamim nie…


24 Jun 2009

WORK IN PROGRESS vs SISIH

pada mulanya elok ajer aku niat pose semalam.. tapi terkandas jua pose aku dek kawan2 ajak g minum pagi.. aku tak kisah lah sebab semalam pun niat jer nak pose 1 Rejab tapi dah agak dah mesti tak lepas nyer posa.. jadi tulah lain kali, nak pose tu en. zali kena niat yang betul.. barulah ada keberkatan.. nie niat pun dah macam tak betul macamana..? sapa nak jawab..?


ha.. ngin aku… balik2 gi minum jer dapat stiker (SISIH) hum.. hampeh tul.. memang payah nyer nak berurusan ngan manusia.. kalau berurusan ngan benda lagi senang.. perkara yang utama bagi aku biarlah semuanya senang.. senang nak jumpa bila nak cari.. senang nak cari bila nak perlu.. senang nak perlu bila nak guna.. senang nak guna bila nak jumpa.. tempat dan lokasi biarlah pada kesenangan tuan punya barang..


lagi satu orang yang menampal tu pulak macamlah bagus sangat.. ko ingat ko bagus sangat ke..? setakat kerja nak cari salah orang tu tak de mak..na nyer.. tahu lah semua orang bekerja.. kalau ko nak tahu kedudukan yang perlu disisih tu memang dah lama macam tu.. selama nie tak ada pulak tangan yang gatal nak menampal.. kenapelah hari nie tangan ko tu yang gatal sangat… opss mungkin selama nie orang lain yang check kot.. tak pe lah aku maafkan.. sebab nie memang tanggungjawab ko kan…


rasanya dalam sibok-sibok ko menampal tu, tak ke ko pulak nampak satu tag yang aku letak lebih besar dari tag SISIH ko tu… berbunyi W.I.P (WORK IN PROGRESS).. mungkin lah tag aku tu tak semerah tag ko kan.. erm.. itu aku maafkan.. erm.. yang ini pun aku maafkan sebab mungkin ko pun tak tahu tempat aku ni memang menjadi tumpuan kepada “manusia2” mencari apa2 jua peralatan ataupun bahan dan kadang kala ada pulak yang duduk kat tempat aku nie macam tempat sendiri..


keadaan kat ruang aku nie pun kalau ko nak tahu banyak harta persendirian dari harta pejabat.. jadi paham2 jer lah yer kalau tak de tempat yang sesuai nak letak barang2 tu… mungkin ini juga ko tak tahu.. jadi terpaksalah aku maafkan ko sekali lagi… tapi harus diingat lain kali fikir dulu sebelum ko tampal apa2 stiker… kalau masa tu juga ko masih lagi tampal… tiada maaf bagimu..