apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


10 Ogos 2010

29 sya'aban 1431

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua ibu/bapanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami dan isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu kami.......


06 Ogos 2010

04 Ogos 2010

This Time for Africa









































01 Ogos 2010

tanpa

semalam aku gi bandar kuantan, pahang.. tujuan utama nak gi beli barang2 dapur.. itu yang utama tapi sampingan banyak pulak... bermula dengan avon, pekan.. lepas tu ke berjaya megamall dan akhir sekali ke giant, kuantan… ha.ha..ha… nampak cam sikit jer tempat gi kan.. tapi penuh aktiviti.., gi avon beli barang2 pesanan jiran2 kata cik jah.. gi berjaya megamall nie lah bermulanya episode tanpa…



















ceritanya bermula apabila aku bawa cicakon untuk tujuan mencuri foto2 yang menarik di pc fair.. model + accessories.. tapi lebih banyak model kids.. ha..ha..ha…, pastu ada pulak idea nak gi tengok movie di TGV.. tanya cik jah nak tengok cerita apa…? terus dia jawab THE TWILIGHT SAGA: ECLIPSE katanya cerita episode lepas yang tengok ngan adik2 aku.. terus aku ingat tragedi cerita nie, banyak episode rupenyer.. jadi layan ajer lah… bila tang nak masuk tu.. ada lak mamat tu tahan.. NO CAMERA sir..! pearhhh.. aku kata tolong lah simpan yer… kenapa..! kamu semua tak caya..? tengok gambar kat bawah nie, siap ada tag lagi cam nak naik kapalterbang..













selesai menonton, dah lewat dah kul 5 gak habis tu.. terus ke giant, kuantan… nak tunggu masuk parking, lama pulak kereta tu nak keluar.. tiba2 aku nampak dia dok berangkut satu persatu barang ke dalam keretanya.. amboi laku nyer giant sampai tak cukup beg plastik.. gelak..! masuk2 giant terus bershopping.. masa nak bayar tu.. en. nak beg plastik.? 20sen satu..! hari nie kita orang jual beg plastik.. amboi sampai berjual pulak beg plastik.. tak payah.. dengan ego nyer aku jawab, nasib baik barang2 basah dia bagi gak plastik kalau tak. sukar digambarkan membawa ayam dan daging.. ha.ha..ha… nak tahu apa yang terjadi barang2 aku beli… gini lahh….













pelik hari tanpa beg plastik tapi jual beg plastik.. korang baca jer lah artikel nie yer..

hasilnyer.. barang aku bersepah dalam kereta.. bila sampai umah.. terpaksa lah ambil bakul untuk angkut satu bersatu dari kereta ke dalam rumah…

p/s : moral of the story.. gi tengok wayang jangan bawa kamera.. nak gi shopping jangan hari sabtu.. kalau naik bas cam mana yer..??

31 Julai 2010

PIKOM @Kuantan

masa untuk mencari pelbagai accessories komputer.... harus diingat accessories ajer tau.. sebab kalau nak beli komputer@latop kena gi lah kedai komputer... biasanya harga accessories ajer yang murah masa2 macam nie...


dari semalam lagi dah plan nak gi sana.. nak cari apa pun tak tahu... tapi rasa nak tengok2 ajer.. jadi pagi2 dah sampai kat sana.. tiba2 lak teringat pesanan student yang nak beli pendrive.. jadi gi lah cari 8gb-Kingson.. bila dah jumpa tu.. mulalah tangan nie gatal nak mencuri..! opss.. janganlah salah sangka... mencuri foto.. rasanya tak salahkan... dan hasilnya...















































suatu petang @ TC, kuantan....





























28 Julai 2010

tayangan eiMARAce

tayangan foto dan video edisi pertandiangan eimarace kat pasir salak hari tu.. students boleh menonton di dewan abd aziz petang tadi.. aku pun join gak.. memenuhi masa jadual kokurikulum. sambil dok borak2 ngan ex-students yang aku ajar semester lepas...

bagus juga ada tayangan seperti ini sekurang2nya memberi sedikit semangat kepada students tu untuk merekacipta dan berinovasi.. tak lari budak2 tu, siap ikut sampai buat demo drift lagi kereta tu.. tahniah sekali lagi untuk team tersebut...





tumpang lalu kebetulan cerita agak sama, aku dah menyediakan videoclip edisi Royal Pahang KART PRIX 2010, sajer2 nak upload kat youtube.. kebetulan lagi baru jer siap nie... bukan cari publisiti tapi sekadar untuk berkongsi.. [Royal Pahang KART PRIX 2010] rasanya bolehlah.. sekadar nak tengok2 kereta KART PRIX.. tak lah hebat mana pun videoclip nie... baru cuba2 program windows movie maker...

p/s: foto kereta IKM TSYA Racing Team tu ehsan unit media IKM TSYA. tapi aku dah edit foto tu.., sorry en edi...

26 Julai 2010

hari ini adalah harinya...

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA, Pahang 2009



terima kasih kepada pengurusan tertinggi IKM Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan kerana telah mencalonkan saya sebagai penerima APC MARA, PAhang 2009.. turut merakamkan sekalung budi terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah memberi dan akan memberi sepenuh kerjasama secara langsung atau tidak langsung kepada saya sepanjang perkhidmatan saya di IKM TSYA dan MARA amnya.. terima kasih sekali lagi...!