apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


23 Januari 2011

murid-murid sekolah

20 Januari 2011

amalkan kesihatan mental yang baik

Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental. Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif.

19 Januari 2011

JOM GEGAR BLOG


pagi2 nie dok merayau singgah sana sini blog terjumpa pulak blog ini [link] dengan tak tahu apa2 aku try ler join segmen yang ada kat blog tu... so aku harap dah tertunai kot apa yang disyaratkan..! meletakkan header beliau kat blog aku nie.. kalau aku yang nak buat segmen macam nie nampak gaya nya macam2 header yang ada kot sebab aku selalu gak tukar2 mengikut mood... so, hope dah siap..!

thanks Q dan selamat berkenalan ben ashaari...!

14 Januari 2011

cikgu / cikgi sekolah

10 Januari 2011

pengawas sekolah

GB : Guru Besar, PGB : Penolong Guru Besar, KP : Ketua Pengawas, MM : Murid-Murid, MN : Murid Nakal

GB : sekolah dah nak mula ni, ketua pengawas dan pengawas-pengawas belum lantik lagi nie, macam mana cadangan Pen. Guru Besar..?

PGB : hum.. tak payah susah-susah kita buat iklan untuk nak jadi pengawas macam biasa. Ketua pengawas kita lantik ajer yang lama.. tak payah pening-pening..?

(iklan untuk menjadi pengawas sekolah telah dikeluarkan)



MM : jom arh.. kita mintak jadi pengawas… mana tahu, dapat.. dah lah ketua pengawas kompem yang dulu lagi..

(selepas tarikh tutup dan keputusan dah di buat)

KP : yeahh..! aku masih lagi jadi ketua pengawas.. boleh lah aku cadangkan siapa nak jadi pembantu aku serta pengawas-pengawas yang lain.

MN : macam mana aku yang tak mintak pun boleh dapat.. ada kawan2 aku yang mintak tak dapat pun..

MM : kalau lah macam nie, lain kali tak payah lah nak iklan-iklan buat membazir kertas jer dan harapan orang..


07 Januari 2011

bila manusia ada HAK


situasi lepas waktu lunch...

kereta waja tu masuk parking kat tempat yang ada ada tulis nombor plat kereta, tak pun nama jawatan contohnya C.E.O ke PELAWAT ke ataupun JURUTEKNIK... opss juruteknik pun ada parking khas ke..?? haaa tu contoh... haipp kan dah kata tadi contoh... tapi kalau ada, apa salahnya kan.. mungkin tak sengaja atau tak perasan waja tu.. tapi heran jugak kalau tak perasan, sebab dah lama kerja kat situ..

pastu kereta kancil tu datang nak parking kat tempat beliau lah.. sebab ada tulis tempat tu hak beliau.. di sebabkan waja tu dah parking kat tempat beliau, terus beliau parking kat belakang kereta tu.. padahal kat tempat lain ada kosong.. erm.. tak kan lah sehari tak parking kat tempat yang di sediakan tu, tak boleh.. nak jugak letak kat situ walaupun kat belakang..

kesimpulan dari cerita kat atas apa yer..!
apa yang penting : KERJASAMA... apa yang penting : KERJASAMA...
kalau dah kata kerja SAMA... bertolak ansurlah.. pecaya atau tidak saya pernah melihat sendiri tuan tanah parking tu sanggup mengalihkan motorsikal2 yang berada dalam kotak parkingnya semata2 beliau nak parking kat situ... begitulah cerita "bila manusia ada HAK" yang tiada HAK….???


03 Januari 2011

5 tahun di TSYA

dahulu 03 jan 2006... aku mula menjejakan kaki di sini.. terima kasih diucapkan kpd MARA kerana memberi ruang dan peluang untuk aku mencari rezeki di sini..


sebelum tarikh tersebut 3 bulan aku telah berkursus "pedagogi" bersama-sama rakan seangkatan senibina (architecture) dan kini masing2 membawa haluan tersendiri dan mempunyai kisah tersendiri... mereka ialah

SUHAIMI 2005 - 2007 (IKM AS - senibina) 2008 - kini (kktm bp-aplikasi komputer)
MD SAAD 2005 - 2007 (IKM SP - senibina) 2008 - kini (ikm beseri-aplikasi komputer)
MD NAJIB 2005 - 2007 (IKM SP - senibina) 2008 - kini (ikm beseri-pusat sumber pembelajaran)
MD IRWAN 2005 - 2008 (IKM Lumut - senibina) 2009 - kini (hQ MARA-pembantu teknik)
AZRUL IBAWANA 2005 - 2008 (IKM Lumut) 2009 - kini (keluar dari MARA join Kolej Komuniti)

erm.. tak ada seorang pun yang bekerja mengikut kelulusan senibina kecuali si Azrul nie.. tu pun sebab join kolej komuniti kecewa kena turun pangkat suatu ketika dulu..! good luck Alan..!

oh yer..! kami semua dah berjinak2 ngan fotografi tau.! walaupun kami berjauhan tapi fotografi mendekatkan kami..! jom citcat kat YM dan Facebook.. http://www.facebook.com/PahCerohCrew

terima kasih semua.........

01 Januari 2011

Imbasan Sepanjang Tahun 2010