apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


02 Mac 2010

Memecah kata kunci cicaktop aku nie!!


konon nyer nak bagi lebih security kepada cicaktop aku nie.. tapi hampeh jer.. tujuan utama nak buat sebab ada ahli baru senibina unit taska, mereka nie ditempatkan sementara menunggu taska yang akan dibina oleh team KSKK en azmi masod yang masih lagi dalam perancangan kertas kerja untuk menwujudkan nyer di sini… * ini serius okay, jangan terkejut kalau IKM TSYA ada taska.


[lepas nie korang lepak kat sini yer..]


berbalik pada tujuan security tadi.. aku pun letak lah password kat cicaktop aku nie.. geram sangat bila tengok ada 2 orang budak nie yang selalu guna tanpa kebenaran.. aku tak kisah pun kalau nak pakai.. tapi biar lah guna dengan sempurna.. nie tidak, dok main games ajer.. cerita punya cerita, nak tahutak sapa budak tu..??


[kamilah anak2 pengajar kat sini]


sebab korang lah aku letak password kay.. sebab korang gaklah terdapat kesilapan teknikal yang menyebabkan password aku tu berubah..! dan sebab korang jugak aku dah menyusahkan en hasbie kay… tak pasal2 dia kena luangkan masa untuk memecahkan kata kunci tu..!! terima kas

ih en hasbie…


nak tahu ke kata kunci tu…?? hahahaaaa.. tak boleh.. hanya aku, en hasbie dan cik jah ajer yang tahu..?.. ok lah.. ok lah aku bagitau hint dia yer.. adik cik jah, sebenarnya aku sajer2 nak ngusik cik jah.. konon2 nak suruh dia teka apa password tu..? sebaliknya aku yang terkena..! malu beb..!! memang malu..!! tapi aku peduli apa.. asal cicaktop aku nie berfungsi seperti biasa..


en fahmi kata aku dah ilang ingatan.. tapi aku rasa.. ingatan aku masih kukuh.. sebab password tu tak lah susah sangat, sebab dah bagi hint.. betul tak cik jah…?? Wakakaka…


apa2 pun lepas nie korang ber’dua’ tu, tak lah boleh bersenang lenang bermain games di cicaktop aku nie yer.. sorry.. security lebih mantooop..!!

nota kaki kanan dan kiri :- lain kali berfikir dulu en zali oiii.. nie dok nak kena kan orang ajer.. kan dah terkena..! nasib baik cicaktop tak merajuk..!

06 Februari 2010

@kuantan with mywife…


mulanya rancangan awal hanyalah untuk men’services’ cicakcar tu ajer.. pastu nak tahu apa terjadi kenalah baca dan lihat foto2 yang telah disediakan..


[terima kasih perodua]


beginilah situasi cicakcar aku yang kena services oleh doctor2 pakar dalam bidang kenderaan.. mahu x pakar dah antor ke hospital pakar perodua, cawangan indra mahkota, kuantan..


tengah dok sibok2 cicakcar aku kena services.. aku dok makan kek pisang dan air Nescafe 3 dlm 1.. free..! cik jah pulak dok sibok membaca majalah2 yang disediakan kat situ..


[membaca amalan mulia]


dah selesai agak2 tengahari.. aku plan lah nak gi east coast mall, sajer nak ronda2.. lagi pun parking murah.. masuk sehingget duk lah lama mana pun.. mak aik.. sebab sehingget parking penuh..!! cam hampeh jer..


kat basement ada carcare (tempat penjagaan kereta) jadi park ajer kat sana kata nak cuci kereta.. kebetulan ada kupon free.. maka cicakcar aku akan dimandikan… tapi tempohnya kena tunggu 3 jam.. lama tu.. sebab kena beratur.. ingat dilarang memotong barisan..


aku kata ok jer lah sebab boleh ronda2 kat mall nie.. lagi pun dah lama x keluar berduet ngan cik jah.. tengok wayang nak.. aku kata kat cik jah… apa lagi sure lah dia jawab nak… aku tanya cerita apa.. nie dia bagitau…


[adnan sempit]



Lepas habis movie, makan2 lah dulu… sure lah fast food nyer.. sekali sekala keluar bandar kan.. kena lah cari makanan yang lain dari yang lain (baca ikut nada dlm cerita a.l.a.m.a.k).. kalau setakat makan nasik kat pekan ada.. jadi menu makan hari ini ialah…




[pizza hut]


sebelum balik tu sempat lagi aku gi beli 2 buah kipas hangin kat carrefour, memandangkan kipas yang ada kat umah tu pun dah uzur..



nota kaki kanan dan kiri :- edisi kali ini guna gambar yang telah di adjust.. apa mcm ok tak..??

05 Februari 2010

cuba-cuba adjust gambor…










nota kaki kanan dan kiri :- anda pun boleh.. cuba edit kat http://www.picnik.com/app#/home/welcome


31 Januari 2010

[marriage amrullah & sakiinah + makan angin putrajaya]


dah melonjak2 nak gi kenduri kawin sahabat aku sorang nie.. kena gi.. sebab banyak cerita disebalik mulanya persahabatan ini… pekenalan pertama di hotel plaza, hotel pertama aku berkursus bersama MARA.. pagi tu sempat lagi aku gi ngajor walaupun sememangnya aku bercuti.. bukan apa, kelas aku pagi.. jadi sempat lah lepas kelas baru balik gombak.. lagipun janji ngan en suhaimi, nak g kat umah gombak petang .. siap pakej nak tido lagi 3hari 2malam..


sabtu 30hb Jan 2010 kenduri kawin belah perempuan… biasalah kalau gi kenduri ngan en suhaimi nie mesti pelik2 sikit.. contohnya tempat yang dituju tu selalunya indah khabar dari rupa.. dan pelbagai lak halangan yang menyebabkan datang lewat.. masih ku ingat kenduri alan.. sign board pengantin kena tiup angin.. so, jalan pun dah tersasar..



tapi kali nie ada GARMiN.. tah mana suhaimi nie rembat aku tak nak tahu.. yang aku tahu mesti sampai kenduri am nie… target utama ke Dewan Seri Seroja (DSS).. GARMiN tak dapat kesan.. MYDiN persint 15 pun sama, tak dapat kesan.. last2 target ALAMANDA.. kalau yang nie pun tak de en suhaimi, campak ajer GARMiN tu.. nasib baik dapat dikesan… nak tahu kenapa tak de dalam satellite.. kena gi lah DSS atau MYDiN kat persint 15 baru tahu…


[sampai jer pengantin pun sampai.. cantik..! on time]


kompang pun bertalu2 lah.. mengikut irama… mahu tak terkejut anak suhaimi nie.. senyap jer.. ketakutan bunyi yang agak kuat bergema di dalam bangunan… sambil sibuk pengantin dok bersanding + makan..


[nah.. nie dia amrullah & sakiinah]


apa lagi bila pengantin dah start nak makan.. kami pun cari lah port nak makan.. nasib baik tak bergojoh tikam ngan ninja berebut tempat.. maklum lah dah datang masa puncak kan sure ramai lah orang.. kena lah beratur dan chop tempat..


[suasana ketika majlis]


lepas menjamu selera.. dan nak balik sempat lak shoot satu foto bersama pengantin…


[huraizah, na o me + nurul iman, sakiinah, amrullah, suhaimi, juzaili]

(bukan nama sebenar)


dah selesai gi majlis tersebut… time nak meronda2 bandar putrajaya.. alang2 dah sampai kena lah pusing2 ambil2 gambar.. baru ada bukti gi putrajaya kan… he.he.he.. destinasi pertama masjid putrajaya.. kemudian gi lak alamanda.. mencari klinik panel MARA sebab anak suhaimi nie tak sihat.. lepas tu sempat lagi jalan2 kat mall alamanda.. dah round2 kat mall tu.. sebelum balik singgah kat masjid tu semula untuk solat..


nota kaki kanan dan kiri :- semoga pernikahan ini dirahmati dan dipermudahkan rezeki… thanks en suhaimi sebab gi sama2 ke majlis tersebut…

28 Januari 2010

hampir sebulan @pengajian am


sebulan nie ajer dah macam2 party.. opss.. sambutan yang ada kat opis baru nie.. tak semua aku join.. barang2 aku masih lagi bersepah kat opis lama tu.. bukan x nak bawak tapi rasanya x de kaitan pun dengan tugas baru aku kat sini.. yang lebih kepada kertas2 A4 sahaja…


pada dasarnya memang ler x de kaitan pun bila dah berpindah… tapi memandangkan opis lama pun duk depan mata jer.. maka, di luah Mati MAK di telan Mati BAPA.. semahu2 aku, baiklah tukar tempat kerja dari tukar opis pada institusi yang sama.. boleh claim.. nie tak dapet apa2 pun..


tapi apa nak buat MARA tetap MARA.. macam2 boleh jadi.. banyak episode dalam hari2 awal aku kat sana… semacam pelbagai xtvt yang ada.. sebenarnya aku tak tahu cam mana nak mula… sebab.. semuanya aku dah kenal cuma x mesra ajer…


aku pulak dah cam cerita madu tiga.. kejab masuk pintu nie.. pastu keluar pintu lain.. then masuk pulak pintu lain then keluar pintu sama.. hish… jiwa kacau cam nie… tapi tu lah aku kena buat.. sebab aku masih lagi mengajar satu subjek di architecture department.. kesian.. kesian… kesian…. kat zali kan.


[marilah kejar… kalau nak berurusan..]


eh.. nak tahu.. kat department baru nie macam2 benda + ragam ada.. mula2 tu, aku ingat aku dah masuk akademi fantasia.. maklumlah.. ada guru vocal kat sini.. macam2 lagi, dari tradisional hinggalah moden, dari rock hinggalah dangdut.. nasib baik x de guru tari.. kalau ada.. x tahu lah..


[selangit..selangit…selangit…..]


ada lagi ayat2 yang agak panazz aku dengar kat sini.. nak tahu apa…. tak gi kelas ke..? kang keluar memo.. (ganazz) lagi satu… kalau nak keluar ke kuantan 4 jam ajer.. (kalau aku sure x cukupnya.. banyak agenda..) hehee.. tapi buatlah apa yang nak buat pun, ada aku kesah..??


esok aku cuti.. sebab nak gi kenduri kawin en amrullah… masih lagi minta kelulusan dari department architecture.. lepas ni penuh prosedur lah kalau nak cuti…


nota kaki kanan dan kiri :- kerja biar ikhlas.. bila dah ikhlas.. dan bertanggungjawab sure tahu apa yang perlu dilakukan…