dah melonjak2 nak gi kenduri kawin sahabat aku sorang nie.. kena gi.. sebab banyak cerita disebalik mulanya persahabatan ini… pekenalan pertama di hotel plaza, hotel pertama aku berkursus bersama MARA.. pagi tu sempat lagi aku gi ngajor walaupun sememangnya aku bercuti.. bukan apa, kelas aku pagi.. jadi sempat lah lepas kelas baru balik gombak.. lagipun janji ngan en suhaimi, nak g kat umah gombak petang .. siap pakej nak tido lagi 3hari 2malam..
sabtu 30hb Jan 2010 kenduri kawin belah perempuan… biasalah kalau gi kenduri ngan en suhaimi nie mesti pelik2 sikit.. contohnya tempat yang dituju tu selalunya indah khabar dari rupa.. dan pelbagai lak halangan yang menyebabkan datang lewat.. masih ku ingat kenduri alan.. sign board pengantin kena tiup angin.. so, jalan pun dah tersasar..
tapi kali nie ada GARMiN.. tah mana suhaimi nie rembat aku tak nak tahu.. yang aku tahu mesti sampai kenduri am nie… target utama ke Dewan Seri Seroja (DSS).. GARMiN tak dapat kesan.. MYDiN persint 15 pun sama, tak dapat kesan.. last2 target ALAMANDA.. kalau yang nie pun tak de en suhaimi, campak ajer GARMiN tu.. nasib baik dapat dikesan… nak tahu kenapa tak de dalam satellite.. kena gi lah DSS atau MYDiN kat persint 15 baru tahu…
[sampai jer pengantin pun sampai.. cantik..! on time]
kompang pun bertalu2 lah.. mengikut irama… mahu tak terkejut anak suhaimi nie.. senyap jer.. ketakutan bunyi yang agak kuat bergema di dalam bangunan… sambil sibuk pengantin dok bersanding + makan..
[nah.. nie dia amrullah & sakiinah]
apa lagi bila pengantin dah start nak makan.. kami pun cari lah port nak makan.. nasib baik tak bergojoh tikam ngan ninja berebut tempat.. maklum lah dah datang masa puncak kan sure ramai lah orang.. kena lah beratur dan chop tempat..
[suasana ketika majlis]
lepas menjamu selera.. dan nak balik sempat lak shoot satu foto bersama pengantin…
[huraizah, na o me + nurul iman, sakiinah, amrullah, suhaimi, juzaili]
(bukan nama sebenar)
dah selesai gi majlis tersebut… time nak meronda2 bandar putrajaya.. alang2 dah sampai kena lah pusing2 ambil2 gambar.. baru ada bukti gi putrajaya kan… he.he.he.. destinasi pertama masjid putrajaya.. kemudian gi lak alamanda.. mencari klinik panel MARA sebab anak suhaimi nie tak sihat.. lepas tu sempat lagi jalan2 kat mall alamanda.. dah round2 kat mall tu.. sebelum balik singgah kat masjid tu semula untuk solat..
nota kaki kanan dan kiri :- semoga pernikahan ini dirahmati dan dipermudahkan rezeki… thanks en suhaimi sebab gi sama2 ke majlis tersebut…