apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


27 Januari 2011

Bil ASTRO punya cerita

Okay hari nie saya nak anda bayangkan situasi anda berada di hadapan gadis yang cantik menarik tertarik berpakaian uniform TM point.. Anda menghulurkan wang kertas RM50.00 untuk membayar bil ASTRO, seperti biasa tiap-tiap bulan dengan pakej RM49.95..

Pada hari ini anda merasakan harga RM00.05 berbaki itu adalah pemberian ikhlas dari anda kerana gadis yang cantik menarik tertarik itu telah melayan anda dengan sapaan senyuman yang sungguh manis.. (biasa pun anda tak ambik pun baki duit 5sen) Nak di jadikan cerita,

Anda : Tak apa Cik, baki 5sen tu tak payah lah….

Gadis : Maaf En, tak cukup lagi RM 2.95 nie..

Anda : eh..! yer ke..? biasa saya bayar RM49.95 jer..

Gadis : erm.. ASTRO sekarang nie dah ada government tax 6%..


http://www.1malaysia.com.my/my/speeches/ucapan-bajet-2011/

Malu.. Malu… Malu…. betul lah kata AJL25 ana raffali “tolong ingatkan aku” kalau ada apa2 perkembangan terkini…!