apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


27 April 2009

kay as kay kay 2009

erm.. cam pelik jer tajuk entry aku kali ni.. he.he..he... KSKK lah.. apa tu..?
.
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN
.
actually hari ni merupakan mesyuarat agong kskk.. banyak isu dan perkara2 yang dibahaskan.. selalunya bila ada taklimat atau ceramah yang melibatkan ramai orang aku tak akan duduk lama dalam majlis seumpama itu.. selalunya aku bla aje.. tapi kali nie sengaja aku tunggu sebab aku nak tengok orang dok cadang mencadang, usul mengusul.. yang best sekali, tang bahas membahas.. perbahasan yang menarik minat aku adalah tentang yuran ahli.. sebelum ni yuran hanya RM 0.002k sebulan sahaja.. kalau rasa nak bayar setahun dapat diskaun lagi.. dan mulai mei 2009 yuran dah naik mencecah RM 0.005k sebulan.. banyak ker..? erm.. banyak ke tidak itu tak lah penting sangat bagi aku tapi kalau bab duit memang sensitif untuk semua orang..
.
kalau pikir secara logiknya apa lah nak berkira sangat naik, sebab semua barang pun dah naik.. kalau nak di bandingkan harga dua tahun lepas dengan sekarang jauh bezanya.. semuanya bergantung kepada keikhlasan dalam menjayakan sesuatu badan atau organisasi. jangan lah nak mengharapkan apa yang bukan milik kita, kalau kita rasa tak nak bayar jangan lah join kelab nie.. buatlah kelab sendiri.. tanpa yuran.. tanpa aktiviti.. kalau nak ikutkan aku nie pun sepatutnya *ayat yang sering digunakan oleh en mie majid bukan nama sebenar dapat hadiah perkahwinan sebab masa aku kahwin aku dah jadi ahli kelab ni.. tapi aku tak de lah nak pertikaikan kenapa aku tak dapat..
.
berbalik pada kisah RM$$$, hish kalau bab duit nie aku memang suka.. bukan lah aku banyak duit.. tapi duit nie memang seronok.. lebih seronok bila bab2 mengira duit.. percaya atau tidak aku pernah kumpulkan syiling 50 sebanyak RM2k dalam satu masa.. ke mana perginya duit tu ha..? erm.. duit tu telah aku jadikan sebahagian dari wang hantaran untuk isteriku.. masihkah kau ingat adik ku.. anda menjadi mangsa dengan membawa wang seberat tu ke bank untuk di tukarkan..
.
erm.. mesyuarat kskk tu berakhir dengan perlantikan dan oraganisasi yang baru tidak lupa makanan tengahari yang sedap... ermmm.. mai secawan!!