apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


14 April 2009

mata duitan, meminta, mencuri, merompak dan memberi suapan

mata duitan

his.. semua orang berkira bila bab duit.. bukanlah nak mengata tapi kalau kira2 sekarang nie orang ber pioh pun boleh demand.. sebagai contoh lah.. ustaz pun boleh charge macam2 bila nak ceramah.. apatah lagi kita ni yang kurang ilmu nak dibandingkan dengan ustaz.. *utk perhatian tak semua ustaz macam tu...

meminta


org kata lebih baik meminta dari mencuri.. seingat aku kalau kita minta sesuatu jarang org nak hampakan..(kalau setakat gula2 kat meja aku tu sape jer minta gerenti aku bagi) melainkan dia pun x boleh nak tolong.. dalam erti kata lain dia tidak berkemampuan..

mencuri

nie kurang baik dari meminta kerana mengambil hak orang lain. erm.. keadaan ini selalunya berlaku ketika terdesak.. ataupun mungkin suka2 ajer ataupun dah memang nak tunjuk kehebatan bila berjaya.. tapi ada juga satu ayat yang biasa diungkapkan kepada aku masa kecik2 dulu..

senahak senohong,
gelama ikan duri,
bercakap bohang,
lama-lama mencuri...

entry ini, sub-tajuk ini aku tujukan kepada sesiapa yang telah mengambil (masih lagi guna ayat mengambil padahal mencuri) duit yang aku pegang lebih kurang 0.3++k beserta notebook cooler aku yang berada di atas meja en fahmi *bukan nama sebenar erm.. siapa yer yang punya kerja nie!! tapi aku tetap mendoakan agar ini adalah kerja terakhir yang seumpama ini dilakukan dalam hidup dia.. biarlah lepas ini dia tidak melakukan nya lagi...

merompak


jangan pulak lepas nie dia g merompak pulak... pada masa nie tak dapet lah nak nolong.. pandai2 lah jawab.. tapi boleh jadi juga bila dah syok mencuri tu.. boleh gak try g merompak kan.. hish.. minta di jauhkan....

memberi suapan


ha.. nie pun kes teruk gak.. dah kalau x boleh nak apa yang kita nak.. redha jer lah.. x yah lah nak menambah dosa lagi dengan memberi "hadiah" yang tak sepatutnya diberi. dan kalau kita pula menerima sama jer lah ngan memberi.. jadi..

lu pikir lah sendiri......