apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


09 Januari 2009

al-fatiha (ibu kepada student aku najwa)

salam takziah dari aku.. semoga rohnya dicucuri rahmah.. kami sebahagian pengajar dan semua rakan kelas najwa (kecuali zulfahmi.. dah hilang entah ke mana..) telah pergi menziarahi keluaga najwa di kuantan.. tabah menghadapi dugaan hidup.. al-fatiha.. amin.

03 Januari 2009

tipu

erm.. pagi ni aku g pasar kat pekan.. nak beli ayam n ikan serta sayur sikit.. hujan masih lagi turun merengek ajer.. macam baby nangis pulak.. tak henti-henti… tapi nak buat cam mana, redah ajer lah hujan tu.. kalau tak, tak berasap lak dapur tu..

pilih dik.. pilih dik.. semua segar terbaik dari ladang dik oi.. beli sekilo percuma plastik.. tak beli tak de pecuma.. mai pilih.. mai pilih..


mana cik jah..? amboi main sorok2 pulak kat belakang bro. nie.. nak kena nie.. main2 banyak.. dah lah hujan lebat nie..
balik ajer dari pasar ada pulak msg kat tepon aku ni.. aik.. msg pun nak cerita gak ker…? macam lah first time dapat msg.. bukan apa msg nie boleh menjadikan aku kaya… opss. kalau salah gaya boleh papa kedana… he.he..he…
.
TAHNIAH! SimCard Anda
Memenangi
Undian BERTUAH Rm15,000.00
Dr, POWER ROOT@
SDN BHD. Sila Hub Ditalian:
012-861-8457
Terima Kasih.
.
.

From: +60128233657
9.49am 3-JAN-09

.
nampak cam menipu jer msg tu, nombor yang nak di hubungi dan nombor yang send msg tu tak sama.. lagi satu tak kan syarikat power root tu tak mampu nak telepon aku.. sekadar ingin tahu.. aper lagi.. terus lah aku telepon.. suara macam cino tapi melayu.. aku dah rasa macam pelik ajer.. terus aku putuskan talian.. tiba-tiba mamat tu call aku balik, mintak nombor akaun untuk dia bank-in duit.. aku dah rasa macam tak boleh nak caya ajer.. terus aku mintak alamat dia.. aku kata, aku sendiri nak g ambil duit tu.. dia bagi alamat dengan laju tak sempat aku nak salin terus dia pulak putuskan talian.. hum.. nasib baik aku tak bagi nombor akaun aku.. kalau tak.., zali tertipu.. zali tertipu…
.
nasihat: berhati-hati lah dengan penipuan yang ada kat dunia ni…

02 Januari 2009

i'm back tsya..

arh.. masih ramai lagi bercuti.. yang ada kat opis ari ni cuma aku, en. fahmi, en. azmi masod n en. nash.. yang lain semua cuti.. aku rasa cukuplah aku dah bercuti dari 25hb sampai semalam.. cuti lama-lama karang tak jumpa pulak jalan..

dah 2 hari hujan turun tak berhenti-henti.. kalau berhenti pun tak sampai setengah jam sambung balik.. aku rasa mahu gak banjir kat sini.. hum.. ngeri beb kalau banjir kat sini.. macam tahun lepas.. ingat lagi beraya aidiladha kat sini.. semua bekalan makanan serta minyak petrol terputus..

petang tadi kat intitusi aku ada majlis penutup minggu suaikenal untuk student baru.. aku g majlis tu sebagai wakil hj. ahmad.. kira-kira aku ni wakil ketua kursus senibina.. layak ker..? hentam jer lah... cuma g sign terima student ajer..
antara ajk yang bertugas di minggu msr ini. bertugas ker..? opss.. timb. pengarah pun ada..

ada pulak sesi baca ikrar pelatih.. hum.. masa baca tu macam bagus jer student tu berjanji.. aku nak tengok ajer apa yang mereka janji tu buat ke tidak.. jangan janji tinggal janji udah lah... dalam mereka berikrar tu aku sempat gak snap gambor ketua student yang baca ikrar tu..

amboi seriusnyer membaca ikrar tu.. paham ke dak tak tahu... asal orang suruh baca, ko baca jer yer...

lepas majlis tu ada hi-tea sempat gak aku 'pau' kuih donut n karipap untuk en. fahmi.. yer lah petang tu cuma aku ngan en. fahmi ajer yang ada.. yang lain tu dah hilang... ke mana yer..? erm... ada lah misi yang tak tercapai lagi tu...

01 Januari 2009

selamat tahun baru - 2009m

selamat menyambut tahun 2009 buat kita. apa azam tahun 2009 nanti?
.
bagaimana dengan azam 2008, sudah berjaya dicapai atau ditunda ke tahun 2009? walau apapun azam, sama-samalah kita berusaha serajin mungkin merealisasikan azam tersebut. sama-sama bekerja, sama-sama menyuntik semangat dan sinar inspirasi antara satu sama lain.
.
saya berdoa, moga matlamat, azam dan cita-cita kita berjaya direalisasikan satu hari nanti.
.
walau apa jua yang kita lakukan dan apa jua yang kita usahakan, buat yang terbaik. kerana, hanya orang berjaya saja sanggup buat yang terbaik tak kira betapa susah ia dilaksanakan.
.
jika kita mahu berjaya, usahakan untuk buat yang terbaik, bahkan yang lebih baik dari sebelumnya, bukan yang ala kadar, bukan yang main lepas tangan.
.
minda kita mampu melakukan apa saja, asal kita memasukkan sebanyak mungkin input ke dalamnya satu persatu.
.
semuanya hanya terbatas oleh imaginasi.
.
kita ni yang selalu meletakkan had. kita sendiri yang kata, tak boleh buat tu, tak boleh buat ni. kekadang, timbul kesangsian. contohnya, bolehkan aku buat ni? ada hasil ka? berkesan ka? boleh jalan ka? ish, boleh ka?
.
berusahalah buat yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan. bak kata orang puteh,
.
be the best that you can be, as best as you can!.
.

kita rugi menjadi orang biasa, sebab hidup ini terlalu singkat untuk di nikmati seandainya kita biasa-biasa.
.
sebenarnya kita tak ada had, we have no limits.

31 Disember 2008

akhir garisan 2008

dah nak sampai kita ke akhir garisan 2008. pastikan kita tahu apa yang nak dicapai dalam setiap bulan sepanjang tahun 2009 nanti.
.
tapi tak bermakna kita harus melupakan matlamat 2008 yang masih belum tercapai. kita harus terima ia sebagai misi belum terlaksana namun masih menunggu peluang untuk disempurnakan. kini peluang itu datang, bermula pada 1 januari 2009.
.
akhir garisan merupakan pemula pada awal bahagian selepas garisan tersebut. macam trek lumba lari.
.
lepas garisan penamat, pelumba dah tak ambik kisah perkara-perkara selepas dia melepasi akhir garisan. yang dia tahu, nak lepaskan penat berlari. nafasnya tercungap-cungap.
.
tapi, selepas melepasi garisan penamat, ada lagi acara lain menunggu. mungkin, ada lagi pertandingan lumba lari di tempat lain untuk dirinya.
.
mungkin, pertanding itu berlangsung dua hari akan datang, dua minggu akan datang atau dua bulan akan datang. dia perlu bersedia, perlu sentiasa cergas. seperti pelumba itu, kita juga perlu bersedia dan sentiasa cergas supaya kita sentiasa bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan.
.
walaupun kini akhir garisan tahun 2008 semakin hampir, namun berbagai cabaran menanti bila tiba bahagian pemula tahun 2009.
.
pastikan kita tahu apa matlamat kita untuk tahun 2009.

30 Disember 2008

Y.E.S

hum.. bajet untuk bershopping dah tak ada.. so, tujuan utama keluar kat bandaraya adalah untuk pergi mendapatkan rawatan untuk my wife.. dia sakit apa..? erm.. entah lah.. aku pun tak paham cuma dia berkenan sangat untuk ke homeopathy kat area kg. baru. katanya dR. kat situ pakar dalam merawat pesakit.. aku layankan ajer.. sekurang kurang nya dia happy bila dah g kat situ.. lepas hajat.
ni adalah logo yang menghantui masyarakat malaysia bila hujung tahun..

lepas g sana, aku saje-saje nak jalan-jalan cuci mata kat area sogo.. mak ai.. ramai giler (selak orang baru jumpa barang).. kalau korang tak caya tengok ajer gambar yang dah aku sempat snap kat lobby sogo.. nasib baik gaji + bonus aku dah habis awal, kalau tak mahu gak aku rembat barang kat sana.. sabor zali.. sabor... actualy, aku ni rambang mata bila tengok sale.. mahu tak nyer.. bulan lepas lagi aku dah beli 2 helai baju opis (cap yang agak popular tapi harga murah giler..) + sock (cap hush puppies) untuk pakai tahun depan, masa tu pada awal-awal YES lagi.. cuma kali ni giliran my wife pulak beli kasut..

ha.. start 29nov-4jan sale tu...

nampak tu.. ramai giler orang kat sogo ni, orang gila pun tak ramai macam ni.. hari kerja pun ramai orang gak..

hum.. serabut nampak orang ramai-ramai ni.. penin kepala aku.. sebab tu aku kalau ada sale.. aku akan menjadi orang terawal pergi membeli.. tak kira lah sama ada hari awal sale atau awal-awal pagi aku dah terpacak pergi tunggu kedai bukak.. he.he..he...
.
lepas g sana aku pergi ke low yat.. tempat yang aku selalu pergi bila balik kl nie.. tempat aku cari barang selepas ambil order dari sahabat-sahabat kat opis. hum.. tak kurang gak orang kat sana.. penuh memanjang.. tujuan utama ke sana adalah untuk membeli barang pesanan sahabat opis ku.. nak tahu apa barang dia..


ni lah barang en. fahmi tu.. erm.. lain kali pesan awal2 tau.. biar jelas barang yang hendak di beli..
nak cari barang ni satu hal.. banyak pulak speck. yang en. fahmi ni nak kalu boleh semua benda dia nak sumbat dalam player ni.. hum.. lain kali cipta lah sendiri yer..gud luck! oh.. yer.. harga kat atas tu harga low yat.. nak tahu berapa hinggit aku dapat, setelah tawar menawar berlaku...
.
.
.
RM 200.00
siap cino tu bagi baki RM10 lagi untuk aku bayar parking..
.
he.he..he... untuk en. hasbi, aku dah kumpulkan beberapa kertas-kertas jenis barang + harga yang ada kat sana untuk dibuat penilaian sebelum membuat keputusan barang apa yang nak dibeli..
.
untuk pn. suhaya, aku dah beli barang pesanan ko.. sebab barang ko murahkan so, aku tak lah scan gambor barang tu untuk masuk blog ni.. harga untuk barang ko cuma RM7 sahaja.. tapi cukup bermakna untuk mengunci latop baru yang ram nya 4gb kan..
.
setelah semua barang yang dipesan telah aku beli, on the way nak balik tiba-tiba jer my wife terasa nak ke tandas... opss.. tandas pun nak cerita ker en. zali oii.. heii mestilah.. korang nak tahu.. tandas kat low yat nie lah, tandas 2nd mahal yang pernah aku jumpa.. antara ranking tandas termahal kat malaysia ni yang pernah aku jumpa adalah...



1st place = toilet KLCC (RM2)



2nd place = toilet LOW YAT (RM1)ni dia rupanya pintu masuk tandas yang berharga RM1/entry (mamat bangla yang jaga)

.

3th place = toilet SHOPPING MALL 5* (RM.50)




4rd place = toilet SHOPPING MALL 3* (RM.30)









5fh place = toilet RUMAH SENDIRI (FREE)
- kalau umah sendiri pun kena bayar, alamat buang air dalam rock -

28 Disember 2008

selamat tahun baru - 1430h

Tanggal keramat menghampiri kita, esok seluruh umat Islam di dunia dengan izinNYA akan menyambut ketibaan Tahun Baru 1430 Hijriah, pada awal muharram.
.
Muharam merupakan bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah) yang membawa makna 'diharamkan' dimana Allah swt melarang umat Islam melakukan keganasan dan peperangan serta pertumpahan darah. Menurut Ibnu Abbas r.anhuma, sejak zaman nabi Ibrahim a.s telah diharamkan peperangan dan pertumpahan darah dalam bulan-bulan haram iaitu bulan DzulHijjah, Dzul Qaedah, Rejab dan bagi bulan Muharam pula sebab nya adalah didalam bulan tersebut umat Islam yang mengerjakan ibadat haji akan kembali ketempat masing-masing dan larangan itu bertujuan supaya jemaah haji yang mengerjakan haji akan merasa aman terhadap keselamatan diri masing-masing dari mula mereka meninggalkan rumah sehinggalah mereka kembali semula selepas menunaikan ibadat haji tersebut. Namun demikian larangan tersebut telah ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al-Baqarah: 91).
.
Rasulullah saw telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan ALLAH (shahrullahi), dinamakan bulan ALLAH lantaran kemulian dan kelebihan bulan ini. Daripada Al-Hassan Al-Basry rahimullah "sesungguhnya Allah telah membuka lembaran Tahun baru didalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia didalam takwim Islam disisi Allah selepas bulan Ramadhan melainkan Muharram yang terkhas disebabkan kehormatannya".
.
Seperti kebiasaannya doa akhir tahun dibaca ketika matahari hampir tenggelam pada hari terakhir bulan Zulhijjah . Manakala doa awal tahun pula dibaca selepas solat Maghrib, iaitu selepas munculnya anak bulan Muharram. Dikatakan barangsiapa yang membaca doa akhir tahun sebanyak 3kali maka syaitan akan berkata 'hampalah kami disepanjang tahun ini' dan barangsiapa membaca doa awal tahun pula Insyaallah akan dipelihara oleh Allah dirinya dari gangguan dan godaan syaitan disepanjang tahun tersebut.
.
Dengan kehadiran tahun 1430 ini moga kita semua mendapat keberkatanNYA.

26 Disember 2008

ayahanda

ayah..ayah..ayah
.
.
.
aku memang manja dengan ayah aku.. mana tidaknya apa yang aku mintak jarang sekali aku dikecewakan.. kini semua itu hanya kenangan.. petang 26hb disember 2005 menjadikan kini genap 3 tahun ayahku pergi menemui ilahi.. semoga arwah ayah ditempatkan di tempat yang terpuji. aminn. al Fatihah untuk ayahanda ku..