apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


28 Disember 2008

selamat tahun baru - 1430h

Tanggal keramat menghampiri kita, esok seluruh umat Islam di dunia dengan izinNYA akan menyambut ketibaan Tahun Baru 1430 Hijriah, pada awal muharram.
.
Muharam merupakan bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah) yang membawa makna 'diharamkan' dimana Allah swt melarang umat Islam melakukan keganasan dan peperangan serta pertumpahan darah. Menurut Ibnu Abbas r.anhuma, sejak zaman nabi Ibrahim a.s telah diharamkan peperangan dan pertumpahan darah dalam bulan-bulan haram iaitu bulan DzulHijjah, Dzul Qaedah, Rejab dan bagi bulan Muharam pula sebab nya adalah didalam bulan tersebut umat Islam yang mengerjakan ibadat haji akan kembali ketempat masing-masing dan larangan itu bertujuan supaya jemaah haji yang mengerjakan haji akan merasa aman terhadap keselamatan diri masing-masing dari mula mereka meninggalkan rumah sehinggalah mereka kembali semula selepas menunaikan ibadat haji tersebut. Namun demikian larangan tersebut telah ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al-Baqarah: 91).
.
Rasulullah saw telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan ALLAH (shahrullahi), dinamakan bulan ALLAH lantaran kemulian dan kelebihan bulan ini. Daripada Al-Hassan Al-Basry rahimullah "sesungguhnya Allah telah membuka lembaran Tahun baru didalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia didalam takwim Islam disisi Allah selepas bulan Ramadhan melainkan Muharram yang terkhas disebabkan kehormatannya".
.
Seperti kebiasaannya doa akhir tahun dibaca ketika matahari hampir tenggelam pada hari terakhir bulan Zulhijjah . Manakala doa awal tahun pula dibaca selepas solat Maghrib, iaitu selepas munculnya anak bulan Muharram. Dikatakan barangsiapa yang membaca doa akhir tahun sebanyak 3kali maka syaitan akan berkata 'hampalah kami disepanjang tahun ini' dan barangsiapa membaca doa awal tahun pula Insyaallah akan dipelihara oleh Allah dirinya dari gangguan dan godaan syaitan disepanjang tahun tersebut.
.
Dengan kehadiran tahun 1430 ini moga kita semua mendapat keberkatanNYA.