arh.. masih ramai lagi bercuti.. yang ada kat opis ari ni cuma aku, en. fahmi, en. azmi masod n en. nash.. yang lain semua cuti.. aku rasa cukuplah aku dah bercuti dari 25hb sampai semalam.. cuti lama-lama karang tak jumpa pulak jalan..
dah 2 hari hujan turun tak berhenti-henti.. kalau berhenti pun tak sampai setengah jam sambung balik.. aku rasa mahu gak banjir kat sini.. hum.. ngeri beb kalau banjir kat sini.. macam tahun lepas.. ingat lagi beraya aidiladha kat sini.. semua bekalan makanan serta minyak petrol terputus..
petang tadi kat intitusi aku ada majlis penutup minggu suaikenal untuk student baru.. aku g majlis tu sebagai wakil hj. ahmad.. kira-kira aku ni wakil ketua kursus senibina.. layak ker..? hentam jer lah... cuma g sign terima student ajer..
antara ajk yang bertugas di minggu msr ini. bertugas ker..? opss.. timb. pengarah pun ada.. ada pulak sesi baca ikrar pelatih.. hum.. masa baca tu macam bagus jer student tu berjanji.. aku nak tengok ajer apa yang mereka janji tu buat ke tidak.. jangan janji tinggal janji udah lah... dalam mereka berikrar tu aku sempat gak snap gambor ketua student yang baca ikrar tu..
amboi seriusnyer membaca ikrar tu.. paham ke dak tak tahu... asal orang suruh baca, ko baca jer yer...
lepas majlis tu ada hi-tea sempat gak aku 'pau' kuih donut n karipap untuk en. fahmi.. yer lah petang tu cuma aku ngan en. fahmi ajer yang ada.. yang lain tu dah hilang... ke mana yer..? erm... ada lah misi yang tak tercapai lagi tu...