apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


17 Januari 2009

i'm sorry..

salam kepada semua blogger..
.
terlebih dahulu aku m'gucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi singgah ke blog aku ini (tiba-tiba ajer ramai tetamu kat blog aku ni, semejak dua mejak nie).. atas nasihat orang-orang tertentu.. aku terpaksa menutup ruangan komen pada blog ini... kerana ada di antara pembaca-pembaca blogger yang telah menggunakan bahasa-bahasa yang kurang sopan ketika memberi komen dan berbalas komen (ala-ala forum).. kalau nak berbalas komen gi je lah kat YM tu.. aku hargai apa yang korang nak komen tapi biarlah mengunakan bahasa yang cukup sopan, kalau tak pun letak ajer tanda nie.. **_^$#&*... walau bagaimana pun bukan lah salah untuk korang komen atau berforum (nanti aku akan usahakan ruangan berforum).. tapi, buat masa nie.. sila lah hantar komen-komen anda melalui SMS.. taip SMS_KOMEN dan hantar ke sana.....
.
* datang tak di jemput, pergi tidak di halau..

15 Januari 2009

pink vs blue

apa yang pink..? apa yang blue..?
actually hari nie ada boria kat opis aku.. terdapat 2 puak iaitu puak merah jambu dan puak biru… terdapat tiga orang satu puak.. nak tengok tak geng puak merah jambu a.k.a pink…?
.
calon pertama… mrs. roswati baba
.
calon kedua… mrs. norajilah mohamad nor
.
calon ketiga dan satu-satunya calon lelaki… mr. azmi majid
.
hum.. manakala geng puak blue, kalau korg nak tahu semua geng jantan.. no more wanita dalam geng ni.. actually, geng nie dapat sponser sempena majlis konvokesyen ke 14, last year.. nak tengok tak geng puak biru a.k.a blue…?
.
calon pertama… mr. mohd azmi masod
.
calon kedua… mr. zulfahmi abu bakar
.
calon ketiga… mr. juzaili alias
.
erm.. kejadian ini hanya satu kebetulan.. bukan betul-betul di rancang.. so, maybe satu hari nanti unit aku akan mencipta satu konsep pakaian yang sesuai di pakai oleh semua kakitangan seunit.. maka, tiada lagi puak dan boleh merapatkan lagi sillatulrahim sesama kita..
.
akhir kata dari aku yang cukup perihatin terhadap sekeliling… jaga-jaga, jangan biarkan diri anda terkena lensa aku.. kalau tak…?
.

cam telor nie lah.. opss!! dah pecah…

13 Januari 2009

luqman..

aku lah luqman... kenapa tak pecaya...?

alamak mana peginyer mama angkat aku ni...? tak angkat-angkat pun aku.. mama.. plzz.. help me..

12 Januari 2009

opis vs umah = &%*^:'>/?

mula semester baru dengan harapan semua dah settle.. masalah remeh temeh malas aku nak layan dah.. lantak lah apa nak jadi.. yang penting, aku nak kena buat kerja aku yang tertangguh (file P&P).. semuanya akan bermula mulai hari ini… hope tak kan ada banyak problem dalam proses penyediaan..
.
antara aktiviti pertama aku ialah mengisi data rekod kedatangan student aku.. 6 buah buku aku kena isi untuk 3 subjek.. masing-masing 1 subjek 2 kelas… tapi untuk semester 1 aku tak lah buat lagi, sebab keadaan pun masih terumbang ambing dengan student yang masih daftar secara runcit-runcit.. tambahan pulak ada yang nak tukar kursus.. macam-macam penyakit bila student baru mendaftar…

letih giler nak tulis nama budak2 nie.. kalau belajar main2.. jagalah..

actually sepatutnya minggu lepas dah start kuliah, tapi minggu lepas kira-kira macam aktiviti bebaslah student ni.. menyusun kelas.. pembahagian kelas.. dan etc.. tapi ada juga yang dah start kuliah.. aku malas nak start lagi.. sebabnya.. aku tak ready lagi.. bahan nak ngajor pun tak sedia lagi.. maklum lah subjek baru bagi aku…
.
lagi satu antara faktor aku tak de mood nak start semester nie ialah orang “kiri” aku tak de.. sedikit sebanyak mempengaruhi juga beb.. aku ingat lagi last year.. bila pekeliling keluar.. mahu separuh semangat aku hilang… masa tu perpindahan beramai-ramai member aku.. actually masa tu aku tak tahu nak tafsir kan adakah itu berita gembira atau mimpi ngeri yang harus aku terima.. en. hairul dan en. dzahid yang pernah menjadi housemate aku telah ditukarkan tempat bertugas..
.
masa tu, aku pun terjebak juga.. tiba-tiba jer aku ditukarkan ke post aplikasi komputer.. bengang juga.. tapi aku tak lah berpindah tempat.. aku masih lagi di sini.. kini status aku pun tak menentu.. jadi pedulikan ajer.. janji aku buat kerja aku…

aper dah jadi ni..? siapa pulak mengamuk nie..? habis kain baju aku kena lembang..

asyik cerita pasal kerja ajer… ni ha.. aku nak cerita pasal keadaan umah aku pulak.. hari ni almari baju baru aku sampai.. harganya..? erm.. RM200.00 hingget.. aku tak bercadang pun untuk membeli almari tu.. cuma, semalam lah kejadian yang tidak di ingini telah berlaku. almari aku telah roboh menyembah bumi (almari kain plastik yang pasang sendiri).. aku rasa lah, mungkin akibat baju baru yang aku beli tu berat sangat kot.. he.he..he… atau baju yang tak berapa nak pakai pun sumbat gak dalam almari tu..

nie lah rupanya sebahagian almari baju baru aku.. cantik khan..?


elok pulak, masa almari tu sampai kat umah aku waktu puncak.. kira-kira jam 5.30 petang.. dengan aku baru balik kerja.. hujan mula nak turun.. dan paling jem sekali, mama loqman datang untuk dibawa pulang… loqman..? sapa loqman ni..? loqman ialah anak yang cik jah jaga start bulan ni… kira-kira cik jah lah pengasuh loqman.. umur dia baru nak masuk 7 bulan.

bagi mengakhiri cerita aku ini.. terimalah dua rangkap pantun..


mereka suke telor ikang,
walau panas tidak lekang,
jangang kite tikang menikang,
sebab lebih sedak lompat tikang.

ikan kekek lagulah lama,
lagu dikarang orang dahulu,
perasaanku rungsing gundah gulana,
kat sini lah tempat aku mengadu.

ape kena mengena pantun nie dengan cerita aku yer..? jawapan nyer tiADA

al-fatiha (anak kepada mohd irwan effendy bin ismail)

muhammad iqram dahni bin mohd irwan effendy telah kembali kerahmatullah pada 12.30 pagi tadi(berusia lebih kurang 3 or 4 bulan) . salam takziah, semoga keluarga bersabar dengan dugaan yang telah berlaku.. al-fatiha... amin.

11 Januari 2009

kejam

assalamualaikum..
.
bingkisan untuk kite semua..
.
semua dah tahu... semua dah faham..
.
masing-masing bertelagah.. palestin jadi mangsa..
.
saya tak de hak nak cakap pasal bende nie..
.
tak de kuasa.. tak de kudrat..
.
cume satu je..

doa..

untuk mereka..

amin..


barangan berjenama ini harus di boikot!!

tak mati kalau tak guna produk israel. itu kemahuan bukan keperluan

10 Januari 2009

inovasi dan rekacipta

pameran ini berlangsung di dewan konvensyen pekan, anjuran giatmara malaysia.. maka, berhimpunlah projek-projek yang boleh dikomersialkan kat sini.. apa yang menarik..?

erm.. biasa ajer.. cuma bila tengok-tengok tu rasa cam 'pandai gak orang melayu reka benda yang canggih'.. kadang-kadang tu aku kesian gak bila kita cipta satu-satu benda baru then lepas tu ada pulak yang ciplak idea, pastu adjust-adjust sikit then dah jadi hakcipta dia pulak..
mamat mana pulak ni..?

actually pameran nie start hari rabu lepas lagi.. cuma aku tak berkesempatan nak g. hari nie jer aku ada masa.. so, aku dan cik jah pagi-pagi lagi dah g sana.. aku g sana pun dengan satu tujuan untuk jumpa en. am, semalam aku dah jumpa dia tapi tak sempat nak borak panjang.

kebetulan ada pulak giat bahagian jahit menjahit. jadi, aku tinggalkan ajer cik jah dengan dunia dia... aku terus mencari tapak giat mara petaling jaya utara. nun nampak en. am dok tersenyum.. belagak siut! he.he..he... (sori en. am) tapi aku tak ambil ati pun.. dah kenal..

aku lah amrullah.. amboi buat2 tak kenal pulak ko..!

sempat gak aku snap gambor dia.. biasa lah gambo curi.. tu memang hobi aku.. lama gak aku borak-borak ngan dia.. tapi aku memang minta maaf banyak-banyak tak dapat layan dia macam mana dia layan aku bila aku g kursus kat kl.. sebok.. buzy.. sesangat aku.. tak kena masa dia datang.. i'm sori en. amrullah...

09 Januari 2009

bengang or bangang

tajuk pun dah macam nak memberontak ajer... ada sahaja yang tak puas hati en. zali ni...
apa pandang2! aku memang tak puas hati!!

memang pun!! sesungguhnya aku tidak berpuas hati.. apa yang terjadi kat tempat kerja aku sehari dua ni.. apa yang tak puas hati sangat..?
.
1. penyusunan jadual senibina..
(aku bengang giler bila ada jer perubahan dalam jadual waktu, aku dah buat siap2 ada pulak yang nak adjust2.. ada pulak yang berpenyakit tak boleh mengajar pagi2, teori tak boleh buat petang - student ngantuk.. macam2 alasan.. hum.. kalau dah bangang kena berdoa banyak2)
.
2. penyusunan jadual aku sendiri..
(mahu aku tak bengang, aku dah susun baik punyerr jadual aku.. siap 6 kelas - 3 subjek lagi aku ajor, 21jam seminggu.. ada pulak yang datang nak tambah lagi kelas kat aku.. for sure aku hangginn apabila dia sebut pasal *0Nt*A*, dah tu! dia ingat boleh buat apa sahaja lah yer.. dia belum kenal sapa aku yer!! hope dia jangan buat kerja2 yang boleh mem'bangang'kan diri)
.
3. makmal komputer aplikasi komputer..
(dah lama aku bengang sebab kat makmal tu ada 16 biji komputer tapi hanya 6 biji ajer berfungsi.. kerosakan yang tak tahu apa puncanya dan begitu lama.. mulai hari ini aku akan cuba menyusahkan sesiapa sahaja sehingga komputer itu kembali berfungsi.. kalau pelatih jadi bangang sebab x dapat guna komputer tu.. jangan salahkan aku..)
.
4. fail pembelajaran dan pengajaran..
(kena guna format baru.. aper kes? kalau format ajer baru tapi perangai lama.. memang aku bengang giler bila kena buat balik semula fail2 tu.. aku tak jamin bila boleh siap.. bertambah bangang lagi bila kena buat subjek yang tak pernah aku ajor)
5. en. hasbi dah pindah tempat..
(aku pun tak tahu kenapa aku rasa bengang sangat bila tahu dia dah pindah.. mungkin aku dah selesa dia berada di sebelah aku.. senang aku nak tanya.. or mungkin aku dah duduk sebilik ngan dia sejak dulu2 lagi.. aku tak tahu lah kalau dia pindah pusat mahu bangang aku jadi nyer.. he.he..he... sori en. aby)

aku mohon maaf banyak-banyak-banyak-banyak.. kalau ada sesiapa terasa.. bukan niat untuk mencari salah sesiapa.. tapi sekadar meluahkan rasa tidak puas hati.. mungkin ini lah saluranya.. kerana blog ini milik aku.. dan suke hati aku lah apa yang nak aku tulis..
wachaa.....

aku bermohon kepada ilahi semoga menetapkan keikhlas aku ketika bekerja..