tajuk pun dah macam nak memberontak ajer... ada sahaja yang tak puas hati en. zali ni...
apa pandang2! aku memang tak puas hati!!
memang pun!! sesungguhnya aku tidak berpuas hati.. apa yang terjadi kat tempat kerja aku sehari dua ni.. apa yang tak puas hati sangat..?
.
1. penyusunan jadual senibina..
(aku bengang giler bila ada jer perubahan dalam jadual waktu, aku dah buat siap2 ada pulak yang nak adjust2.. ada pulak yang berpenyakit tak boleh mengajar pagi2, teori tak boleh buat petang - student ngantuk.. macam2 alasan.. hum.. kalau dah bangang kena berdoa banyak2)
.
2. penyusunan jadual aku sendiri..
(mahu aku tak bengang, aku dah susun baik punyerr jadual aku.. siap 6 kelas - 3 subjek lagi aku ajor, 21jam seminggu.. ada pulak yang datang nak tambah lagi kelas kat aku.. for sure aku hangginn apabila dia sebut pasal *0Nt*A*, dah tu! dia ingat boleh buat apa sahaja lah yer.. dia belum kenal sapa aku yer!! hope dia jangan buat kerja2 yang boleh mem'bangang'kan diri)
.
3. makmal komputer aplikasi komputer..
(dah lama aku bengang sebab kat makmal tu ada 16 biji komputer tapi hanya 6 biji ajer berfungsi.. kerosakan yang tak tahu apa puncanya dan begitu lama.. mulai hari ini aku akan cuba menyusahkan sesiapa sahaja sehingga komputer itu kembali berfungsi.. kalau pelatih jadi bangang sebab x dapat guna komputer tu.. jangan salahkan aku..)
.
4. fail pembelajaran dan pengajaran..
(kena guna format baru.. aper kes? kalau format ajer baru tapi perangai lama.. memang aku bengang giler bila kena buat balik semula fail2 tu.. aku tak jamin bila boleh siap.. bertambah bangang lagi bila kena buat subjek yang tak pernah aku ajor)
5. en. hasbi dah pindah tempat..
(aku pun tak tahu kenapa aku rasa bengang sangat bila tahu dia dah pindah.. mungkin aku dah selesa dia berada di sebelah aku.. senang aku nak tanya.. or mungkin aku dah duduk sebilik ngan dia sejak dulu2 lagi.. aku tak tahu lah kalau dia pindah pusat mahu bangang aku jadi nyer.. he.he..he... sori en. aby)
aku mohon maaf banyak-banyak-banyak-banyak.. kalau ada sesiapa terasa.. bukan niat untuk mencari salah sesiapa.. tapi sekadar meluahkan rasa tidak puas hati.. mungkin ini lah saluranya.. kerana blog ini milik aku.. dan suke hati aku lah apa yang nak aku tulis..
wachaa..... aku bermohon kepada ilahi semoga menetapkan keikhlas aku ketika bekerja..