antara aktiviti pertama aku ialah mengisi data rekod kedatangan student aku.. 6 buah buku aku kena isi untuk 3 subjek.. masing-masing 1 subjek 2 kelas… tapi untuk semester 1 aku tak lah buat lagi, sebab keadaan pun masih terumbang ambing dengan student yang masih daftar secara runcit-runcit.. tambahan pulak ada yang nak tukar kursus.. macam-macam penyakit bila student baru mendaftar…
letih giler nak tulis nama budak2 nie.. kalau belajar main2.. jagalah..
actually sepatutnya minggu lepas dah start kuliah, tapi minggu lepas kira-kira macam aktiviti bebaslah student ni.. menyusun kelas.. pembahagian kelas.. dan etc.. tapi ada juga yang dah start kuliah.. aku malas nak start lagi.. sebabnya.. aku tak ready lagi.. bahan nak ngajor pun tak sedia lagi.. maklum lah subjek baru bagi aku…
.
lagi satu antara faktor aku tak de mood nak start semester nie ialah orang “kiri” aku tak de.. sedikit sebanyak mempengaruhi juga beb.. aku ingat lagi last year.. bila pekeliling keluar.. mahu separuh semangat aku hilang… masa tu perpindahan beramai-ramai member aku.. actually masa tu aku tak tahu nak tafsir kan adakah itu berita gembira atau mimpi ngeri yang harus aku terima.. en. hairul dan en. dzahid yang pernah menjadi housemate aku telah ditukarkan tempat bertugas..
.
masa tu, aku pun terjebak juga.. tiba-tiba jer aku ditukarkan ke post aplikasi komputer.. bengang juga.. tapi aku tak lah berpindah tempat.. aku masih lagi di sini.. kini status aku pun tak menentu.. jadi pedulikan ajer.. janji aku buat kerja aku…
aper dah jadi ni..? siapa pulak mengamuk nie..? habis kain baju aku kena lembang..
asyik cerita pasal kerja ajer… ni ha.. aku nak cerita pasal keadaan umah aku pulak.. hari ni almari baju baru aku sampai.. harganya..? erm.. RM200.00 hingget.. aku tak bercadang pun untuk membeli almari tu.. cuma, semalam lah kejadian yang tidak di ingini telah berlaku. almari aku telah roboh menyembah bumi (almari kain plastik yang pasang sendiri).. aku rasa lah, mungkin akibat baju baru yang aku beli tu berat sangat kot.. he.he..he… atau baju yang tak berapa nak pakai pun sumbat gak dalam almari tu..
nie lah rupanya sebahagian almari baju baru aku.. cantik khan..?
elok pulak, masa almari tu sampai kat umah aku waktu puncak.. kira-kira jam 5.30 petang.. dengan aku baru balik kerja.. hujan mula nak turun.. dan paling jem sekali, mama loqman datang untuk dibawa pulang… loqman..? sapa loqman ni..? loqman ialah anak yang cik jah jaga start bulan ni… kira-kira cik jah lah pengasuh loqman.. umur dia baru nak masuk 7 bulan.
bagi mengakhiri cerita aku ini.. terimalah dua rangkap pantun..
mereka suke telor ikang,
walau panas tidak lekang,
jangang kite tikang menikang,
sebab lebih sedak lompat tikang.
ikan kekek lagulah lama,
lagu dikarang orang dahulu,
perasaanku rungsing gundah gulana,
kat sini lah tempat aku mengadu.
ape kena mengena pantun nie dengan cerita aku yer..? jawapan nyer tiADA