apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar.. habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?
begitulah masa yang aku ambil untuk menyesuaikan diri di ruang kerja yang baru.. bukan pindah kerja tapi suasana kerja..
sejam semalam.. tanpa cicaktop aku… memang membosankan.. tapi hari ni 2 jam bersama cicaktop, aku cukup bahagia…
aku perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan cepat, sebabnya banyak lagi kerja2 lain yang perlu aku buat selain menyesuaikan diri..
Joget Pengajian Am
Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
Dari Senibina
Ke Pengajian Am
Singgah di tandas cucilah tangan
Kami ucapkan selamat datang
Apa yang kurang dicaci jangan
Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
Pukullah gendang
Hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari
Sayalah ini tuan hamba hoi datang merantau
Mengharap belas orang di sini
Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
Pengajian Am aman sentosa
Kaya dengan barang dan alatan
Niat di hati tuan hamba hoi nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan...
Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
nota kaki kanan dan kiri :- saya datang melenggang jer seminggu dua nie..
08 Januari 2010
minggu pertama di tahun 2010
wah..! tahun baru… setelah bercerita tentang opiss, nie nak lak cerita tentang kehidupan di luar waktu pejabat.. hum.. banyak gak benda2 yang berlaku di luar waktu opis seminggu nie..
pertama :- line internet streamyx dah pasang kat umah aku.. so.. selamat tinggal berukband…
kedua :- aku beli cicaktop part 2 untuk cik jah.. lepas nie cik jah online ajer lah.. en nash jual 2nd hand..
ketiga :- aku gi minum naik kereta baru beli oleh 2 orang teman yang berlainan… erm.. thanks
nota kaki kanan dan kiri :- semoga tahun baru ini akan membuka lebih banyak pintu2 rezeki untuk aku dan teman2..
minggu pertama bekerja di tahun 2010
isnin
tahun baru.. semangat baru.. kasut baru… di mulai dengan melaporkan diri untuk tahun ke 5 di sini..
sarapan pagi ni seperti biasa sdn. bhd. tapi transport ditaja oleh en. zamri (new honda city) apa lagi.. ke pekan lah aku ngan en. fahmi.. aku seperti biasa sambil menyelam terus lah minum air berbalang2.. mula aku nak gi beli setem hasil.. then gi bunuh setem tu kat pejabat tanah.. lepas2 tu baru gi makan.. sanggup en. zamri..??
actually kalau ngan aku semua orang sanggup kan… yer lah betapa untungnya aku punya teman2 yang sanggup buat apa sahaja untuk aku..(aku pun sama buat apa yang korg nak) nak nungkit nie.. nak ngunkit nie.. hehehe..
tengah orang dok sibuk2 naik kereta baru, ada pulak yang call minta aku jumpa ngan dia, nak bincang tentang masa depan aku konon nyer.. harus lah.. masa depan aku biar aku tentukan.. wakakaa.. boleh aku jawab gitu..
sibok2 nak suruh aku pindah ke sana… sabor ler.. aku tahu lah apa yang aku buat.. yang aku minta hanya untuk bersabar sikit kerana aku perlu menjaga hati untuk semua pihak.. kalau itu pun tak boleh, harus lah… ko perlu banyak bersabar lagi ngan aku lepas nie..
pearhhh.. jadual ngajor aku 16 jam seminggu.. so, dgn budi bahasa dan tutur kata yang lemah longlai aku terpaksa meninggalkan subjek2 architecture aku tu.. mana mahu dah 16 jam di pengajian am…
pagi2 lagi cc dah call nak jumpa aku… dalam hati benda apa lak cc nak jumpa aku.. sepanjang aku duk kat sini cc tu x de lak berurusan ngan aku..
bila jumpa jer.. nah..!! kerja amal pertama untuk tahun nie.. minta tolong buat buku maklumat staff ikm nie… adush!! bukan lah tak boleh nak buat tapi cam malas jer.. selalu ada lantik ajk2 yang kena buat.. nie macam projek harem jer.. hehehee…
tapi x pe.. sebab yang mintak tu pn farah.. biasa gak ngan dia.. so, x jadi masalah lah.. mintak tempoh 2 minggu nak buat design kulit dan dalam.. key in data, kerja orang lain la.. x kan tu pun nak aku buat yer tak..?
khamis
siapkan jadual waktu untuk architecture.. hum.. sedih gak buat jadual waktu bila tak ada nama sendiri kat dalam tu.. x boleh lah nak pilih2 hari/masa kan.. kena siapkan hari nie gak sebab nak kena tandatangan pengarah..
petang!! panas hati bila 2 kelas aku kena handle sorg.. mana pergi nya sorg lagi..? belum bersedia nak masuk kelas agaknya.. biarkan student2 tu ngan aku… hum.. lemak2..
jumaat
pagi nie dia buat hal pulak.. org berlainan tapi subjek yang sama computer.. 2 kelas gak aku handle.. semalam boleh sabar tapi hari ni kena lah.. tambah pulak bila jejak kaki kat pengajian am dia boleh berparty pulak kat meja aku… boleh lah pulak mereka dok ajak2 aku join the party.. minta maaf guna meja aku lah.. aku cari gak tray aku.. x jumpa lak, tah mana2 mereka campak tah..
hum.. tujuan aku nak tahu jer, sape lagi yang x bersedia lagi nak masuk kelas tu.. kalau cam nie lah sikap. hum.. makin teruklah bak kata pepatah kalu guru dah kencing berdiri, murid kencing berlari.. jangan salahkan student kalau ponteng nanti.. first impression pun dah teruk guru DG oii…
nota kaki kanan dan kiri :- jangan sampai aku pulak yang kenching korang yer…
01 Januari 2010
again… new year
2010 hum.. bermakna kalendar masihi terus berputar… sampaibila..? sampai bila-bila.. sampai bila-bila..? sampai bila-bila-bila…
malam tahun baru di gombak.. kebetulan malam jumaat dimulakan dengan bacaan yassin kat surau al-husna.. surau yang banyak meninggalkan kenangan kepada ku… darilah surau kayu dan kini surau sudah lengkap disertakan penghawa dingin…
pagi2 lagi sesudah subuh.. [subuh gajoh].. aku gi ziarah ayah, cik dan kak silah.. [kubur].. keadaan persekitaran kubur bersih.. tanpa lalang.. jadi x banyak lah operasi pembersihan yang dilakukan, mungkin sering diziarahi oleh abg2 dan adik2 aku yang berada di sini..
tghari planning nak smbyg jumaat kat masjid jamek then nak g law yat… biasalah memenuhi kiriman2 sahabat handai yang kehausan alatan2 komputer yang murah2.. tapi x jadi g… sebab tiba2 jer ada ad-hock program.. duhai si pari2 jam 2.20ptg… makanya..
solat jumaat di ttdi lah aku ngan hyfa.. geng perempuan pulak lepas zohor gerak ke one utama.. lokasi yang strategik bila nonton movie melayu sebabnya x ramai orang.. balik ajer dari nonton movie terus ajer ke ikea.. operasi pertama aku nak kumpul seberapa banyak tali tape dan pensil kontot kat ikea.. then makan2 kat sana..
malam.. baru sampai umah… begitulah aktiviti di hari pertama tahun 2010… by the way..
S E L A M A T T A H U NB A R U 2 0 1 0
nota kaki kanan dan kiri :- azam..??
31 Disember 2009
bulan terakhir di tahun 2009
keadaan nya penuh dengan pelbagai aktiviti pada bulan nie… rasanya ada juga cerita2 yang akan tertinggal.. tapi mana sempat ingat aku coretkan… yang tertinggal, i’m sorry..
minggu pertama…
gi kerja cam biasa.. timb. pengarah nak jumpa aku.. 2 perkara penting dalam intipatinya..
aku kena pindah opis.. dari senibina ke aplikasi computer (pengajian am)
aku kena kursus minggu ke dua bulan nie ganti en azmi ab majid (bukan nama sebenar)..
dah tahu 2 intipati nie aku pun teruslah usaha aku untuk berparty pulak yer… terus aku mengisi http://www.eghrmis.gov.my/ (borang cuti kakitangan kerajaan) dari 14hb – 31hb disember 2009..
minggu kedua…
bermula kursus multimedia for architecture (sketch-up)
terima kasih kepada en. mohd kamal.. bukan setakat sketch-up, semua sekali software multimedia di selitkan sekali… TQVM..
pada minggu nie gak.. seorang lagi kakitangan senibina ikm tsya berpindah ke kktm rembau.. beliau adalah..
tahniah
minggu ketiga…
lepak ajer kat umah pekan… ayahanda kepada hj ahmad bin haron telah kembali ke rahmatullah.. al-fatiha. opss ada ujian kelayakan tau pada minggu nie… hujung minggu KL menjerit..!
minggu keempat…
masih di KL.. dan ke ipoh… oooo balik kampung.. oo balik kampung (kampung opah..) aik bila masa lak zali nie ada opah… hum.. opah segera la…
bila dah berkahwin semuanya akan dapat sesuatu yang segera.. seperti pertambahan ibu/bapa.. dan tok/toki atau adik beradik ipar duai… betul tak en jass… tahniah hujung minggu gi kat kenduri perkahwinan nya semoga di murahkan rezeki…
NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU :SELAMAT TAHUN BARU 2010
jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
jika engkau perlukan pertolongan daripadanya ia akan membantumu
jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
jika ia mendapat sesuatu bantuan daripadamu, ia akan menghargai kebaikanmu
jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu
jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
dalam hidup, kita diberi banyak pilihan dan kesempatan. namun jika kita tidak mahu membuka hati dan mata kita untuk melihat dan menerima kesempatan yang allah berikan maka kesempatan itu akan hilang begitu saja. dan hal ini, ia hanya akan menciptakan penyesalan yang tiada guna di kemudian hari lalu kita akan berucap "ohhhh... kalaulah aku tidak mensia²kan kesempatan itu dulu kalaulah...kalaulah......!!!.
kadang-kadang peluang datang tanpa kita sedari. peluang mungkin lalu di hadapan kita cuma sekali itu sahaja, dan mungkin tak akan datang sekali atau kedua kali. jadi, pergunakan sebaiknya. biar sekecil manapun manafaat yang ada di dalam peluang yang datang itu.bila kita setia pada perkara yang kecil maka kita akan mendapat perkara yang besar. bila kita menghargai kesempatan yang kecil, maka ia akan menjadi kesempatan yang besar.
bijaksanalah pada hidup, hargai setiap detik kesempatan dalam hidup kita. di saat sulit, selalu ada kesempatan untuk memperbaiki keadaan; di saat sedih, selalu ada kesempatan untuk meraih kembali kebahagiaan; di saat jatuh selalu ada kesempatan untuk bangkit kembali; dan dalam keadaan terburuk pun selalu ada kesempatan untuk meraih kesempatan lain untuk meraih kembali yang terbaik untuk hidup kita.
Alamak....! Macam Mana Blog Ini Boleh. Dikuasakan oleh Blogger.