apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


08 Januari 2010

minggu pertama bekerja di tahun 2010


isnin


tahun baru.. semangat baru.. kasut baru… di mulai dengan melaporkan diri untuk tahun ke 5 di sini..


sarapan pagi ni seperti biasa sdn. bhd. tapi transport ditaja oleh en. zamri (new honda city) apa lagi.. ke pekan lah aku ngan en. fahmi.. aku seperti biasa sambil menyelam terus lah minum air berbalang2.. mula aku nak gi beli setem hasil.. then gi bunuh setem tu kat pejabat tanah.. lepas2 tu baru gi makan.. sanggup en. zamri..??


actually kalau ngan aku semua orang sanggup kan… yer lah betapa untungnya aku punya teman2 yang sanggup buat apa sahaja untuk aku..(aku pun sama buat apa yang korg nak) nak nungkit nie.. nak ngunkit nie.. hehehe..


tengah orang dok sibuk2 naik kereta baru, ada pulak yang call minta aku jumpa ngan dia, nak bincang tentang masa depan aku konon nyer.. harus lah.. masa depan aku biar aku tentukan.. wakakaa.. boleh aku jawab gitu..


sibok2 nak suruh aku pindah ke sana… sabor ler.. aku tahu lah apa yang aku buat.. yang aku minta hanya untuk bersabar sikit kerana aku perlu menjaga hati untuk semua pihak.. kalau itu pun tak boleh, harus lah… ko perlu banyak bersabar lagi ngan aku lepas nie..


pearhhh.. jadual ngajor aku 16 jam seminggu.. so, dgn budi bahasa dan tutur kata yang lemah longlai aku terpaksa meninggalkan subjek2 architecture aku tu.. mana mahu dah 16 jam di pengajian am…



selasa


petang nie aku dengan berat hati mula membawa barang penting (tray in/out) aku ke pengajian am, benda ini sangat penting bagi diri aku di sini kerana segala surat menyurat aku akan diletakkan di dalam tray ini.. nak antor benda ni tapi beramai2 lak yang tolong ikut antor.. sambutan awal agak baik + nganjing. tapi x pe.. belum kenal lagi.. relax.. lepas antor tray tu terus gi minum kat cafĂ©.. teringatlak cam cerita ali setan bila antor hadiah kat asmida terus blaa gi makan satay kan…



rabu


pagi2 lagi cc dah call nak jumpa aku… dalam hati benda apa lak cc nak jumpa aku.. sepanjang aku duk kat sini cc tu x de lak berurusan ngan aku..


bila jumpa jer.. nah..!! kerja amal pertama untuk tahun nie.. minta tolong buat buku maklumat staff ikm nie… adush!! bukan lah tak boleh nak buat tapi cam malas jer.. selalu ada lantik ajk2 yang kena buat.. nie macam projek harem jer.. hehehee…


tapi x pe.. sebab yang mintak tu pn farah.. biasa gak ngan dia.. so, x jadi masalah lah.. mintak tempoh 2 minggu nak buat design kulit dan dalam.. key in data, kerja orang lain la.. x kan tu pun nak aku buat yer tak..?



khamis


siapkan jadual waktu untuk architecture.. hum.. sedih gak buat jadual waktu bila tak ada nama sendiri kat dalam tu.. x boleh lah nak pilih2 hari/masa kan.. kena siapkan hari nie gak sebab nak kena tandatangan pengarah..


petang!! panas hati bila 2 kelas aku kena handle sorg.. mana pergi nya sorg lagi..? belum bersedia nak masuk kelas agaknya.. biarkan student2 tu ngan aku… hum.. lemak2..



jumaat


pagi nie dia buat hal pulak.. org berlainan tapi subjek yang sama computer.. 2 kelas gak aku handle.. semalam boleh sabar tapi hari ni kena lah.. tambah pulak bila jejak kaki kat pengajian am dia boleh berparty pulak kat meja aku… boleh lah pulak mereka dok ajak2 aku join the party.. minta maaf guna meja aku lah.. aku cari gak tray aku.. x jumpa lak, tah mana2 mereka campak tah..


hum.. tujuan aku nak tahu jer, sape lagi yang x bersedia lagi nak masuk kelas tu.. kalau cam nie lah sikap. hum.. makin teruklah bak kata pepatah kalu guru dah kencing berdiri, murid kencing berlari.. jangan salahkan student kalau ponteng nanti.. first impression pun dah teruk guru DG oii…


nota kaki kanan dan kiri :- jangan sampai aku pulak yang kenching korang yer…