2010 hum.. bermakna kalendar masihi terus berputar… sampai bila..? sampai bila-bila.. sampai bila-bila..? sampai bila-bila-bila…
malam tahun baru di gombak.. kebetulan malam jumaat dimulakan dengan bacaan yassin kat surau al-husna.. surau yang banyak meninggalkan kenangan kepada ku… darilah surau kayu dan kini surau sudah lengkap disertakan penghawa dingin…
pagi2 lagi sesudah subuh.. [subuh gajoh].. aku gi ziarah ayah, cik dan kak silah.. [kubur].. keadaan persekitaran kubur bersih.. tanpa lalang.. jadi x banyak lah operasi pembersihan yang dilakukan, mungkin sering diziarahi oleh abg2 dan adik2 aku yang berada di sini..
tghari planning nak smbyg jumaat kat masjid jamek then nak g law yat… biasalah memenuhi kiriman2 sahabat handai yang kehausan alatan2 komputer yang murah2.. tapi x jadi g… sebab tiba2 jer ada ad-hock program.. duhai si pari2 jam 2.20ptg… makanya..
solat jumaat di ttdi lah aku ngan hyfa.. geng perempuan pulak lepas zohor gerak ke one utama.. lokasi yang strategik bila nonton movie melayu sebabnya x ramai orang.. balik ajer dari nonton movie terus ajer ke ikea.. operasi pertama aku nak kumpul seberapa banyak tali tape dan pensil kontot kat ikea.. then makan2 kat sana..
malam.. baru sampai umah… begitulah aktiviti di hari pertama tahun 2010… by the way..
S E L A M A T T A H U N B A R U 2 0 1 0
nota kaki kanan dan kiri :- azam..??