apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


13 Januari 2010

jalan-jalan cari….


memandangkan hari ni student semester 1 sibuk dengan UKFA *ujian kefahaman fardu ain* kelas aku pun dibatalkan maka, aku pulak sibuklah merancang untuk ke kuantan dengan en fahmi bagi tujuan utama,


* membeli 5 ekor tetikus untuk makmal computer cadd senibina.. (dah banyak yang mati dan pupus)..


* mencari harga bahan latihan untuk bajet student senibina.. (sebutharga) jumpa pembekal..


cukup lah 2 tujuan utama sebab banyak lagi tujuan lain sampingan melebihi yang utama tu… macam aku selalu kata sambil menyelam sure kena minum air bergelen-gelen.. baru puah hati pun kalau lemas… *lemas tau bukan mati* oleh kerana itu destinasi pertama…


[celcom lah]


potong berukband aku… genap setahun aku pakai.. terima kasih lah atas servis yang suam2 kuku tu… *kebanyakan guna area pekan, pahang* ni lah bill terakhir yang perlu aku jelaskan…


[yahoo.. lepas nie stim mix]


pass dah settle tujuan peribadi aku tu.. baru lah mencari tetikus.. bajet yang paling murah sekali… akhirnya 5 ekor RM47.00 ok lah tu… sapa nak bagi harga bawah RM10.00 sekor.. mydin pun RM9.90 sekor suatu masa dulu… pastu g my10.. cari kipas untuk cicaktop aku tu… sajer2 beli sebab mungkin panas @pengajian am.. selit gak ink black printer brother aku tu..


balik2 kat kereta… saman MPK. poyo jer petugas2 tu.. waktu lunch pun rajin bekerja… rajin lajok lah tu.. saman pun RM5 hingget jer… terus gi bayor kat kaunter jual kupon… destinasi seterusnya…


kuantan parade mencari sebutharga untuk telepon en fahmi.. lepas tu baru boleh cari sebutharga bahan latihan untuk student.. pusing punya pusing x de yang menarik minat mamat nie lah pulak… mahu x nyer nak yang ada 3G atau WiFi yang harga bawah RM200.00.. hampeh jer bunyi harga yang tak masuk dek akal.. dok keluar jer…. mana mahu.. pastu pelik2 lak permintaan.. bikin sendiri aje loooo..


dah settle semua urusan2 tidak rasmi tu.. barulah ke urusan rasmi iaitu berjumpa pembekal bahan dan alatan untuk student senibina.. TiTK enterprises (bukan nama sebenar) borak2.. bincang2.. dalam ½ jam. dah settle.. nak balik tu sempat gak aku pau 2 buah diary dan 4 planner …


nota kaki kanan dan kiri :- mana boleh balik dengan tangan kosong.. rugi lah kalau jalan2 saje..!

12 Januari 2010

@pengajian am


semalam 1 jam hari nie 2 jam...


begitulah masa yang aku ambil untuk menyesuaikan diri di ruang kerja yang baru.. bukan pindah kerja tapi suasana kerja..


sejam semalam.. tanpa cicaktop aku… memang membosankan.. tapi hari ni 2 jam bersama cicaktop, aku cukup bahagia…


aku perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan cepat, sebabnya banyak lagi kerja2 lain yang perlu aku buat selain menyesuaikan diri..


Joget Pengajian Am

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang

Dari Senibina
Ke Pengajian Am
Singgah di tandas cucilah tangan
Kami ucapkan selamat datang
Apa yang kurang dicaci jangan

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang

Pukullah gendang
Hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari
Sayalah ini tuan hamba hoi datang merantau
Mengharap belas orang di sini

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang

Pengajian Am aman sentosa
Kaya dengan barang dan alatan
Niat di hati tuan hamba hoi nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan...

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang


nota kaki kanan dan kiri :- saya datang melenggang jer seminggu dua nie..

08 Januari 2010

minggu pertama di tahun 2010


wah..! tahun baru… setelah bercerita tentang opiss, nie nak lak cerita tentang kehidupan di luar waktu pejabat.. hum.. banyak gak benda2 yang berlaku di luar waktu opis seminggu nie..


pertama :- line internet streamyx dah pasang kat umah aku.. so.. selamat tinggal berukband…


kedua :- aku beli cicaktop part 2 untuk cik jah.. lepas nie cik jah online ajer lah.. en nash jual 2nd hand..


ketiga :- aku gi minum naik kereta baru beli oleh 2 orang teman yang berlainan… erm.. thanks


nota kaki kanan dan kiri :- semoga tahun baru ini akan membuka lebih banyak pintu2 rezeki untuk aku dan teman2..

minggu pertama bekerja di tahun 2010


isnin


tahun baru.. semangat baru.. kasut baru… di mulai dengan melaporkan diri untuk tahun ke 5 di sini..


sarapan pagi ni seperti biasa sdn. bhd. tapi transport ditaja oleh en. zamri (new honda city) apa lagi.. ke pekan lah aku ngan en. fahmi.. aku seperti biasa sambil menyelam terus lah minum air berbalang2.. mula aku nak gi beli setem hasil.. then gi bunuh setem tu kat pejabat tanah.. lepas2 tu baru gi makan.. sanggup en. zamri..??


actually kalau ngan aku semua orang sanggup kan… yer lah betapa untungnya aku punya teman2 yang sanggup buat apa sahaja untuk aku..(aku pun sama buat apa yang korg nak) nak nungkit nie.. nak ngunkit nie.. hehehe..


tengah orang dok sibuk2 naik kereta baru, ada pulak yang call minta aku jumpa ngan dia, nak bincang tentang masa depan aku konon nyer.. harus lah.. masa depan aku biar aku tentukan.. wakakaa.. boleh aku jawab gitu..


sibok2 nak suruh aku pindah ke sana… sabor ler.. aku tahu lah apa yang aku buat.. yang aku minta hanya untuk bersabar sikit kerana aku perlu menjaga hati untuk semua pihak.. kalau itu pun tak boleh, harus lah… ko perlu banyak bersabar lagi ngan aku lepas nie..


pearhhh.. jadual ngajor aku 16 jam seminggu.. so, dgn budi bahasa dan tutur kata yang lemah longlai aku terpaksa meninggalkan subjek2 architecture aku tu.. mana mahu dah 16 jam di pengajian am…



selasa


petang nie aku dengan berat hati mula membawa barang penting (tray in/out) aku ke pengajian am, benda ini sangat penting bagi diri aku di sini kerana segala surat menyurat aku akan diletakkan di dalam tray ini.. nak antor benda ni tapi beramai2 lak yang tolong ikut antor.. sambutan awal agak baik + nganjing. tapi x pe.. belum kenal lagi.. relax.. lepas antor tray tu terus gi minum kat café.. teringatlak cam cerita ali setan bila antor hadiah kat asmida terus blaa gi makan satay kan…



rabu


pagi2 lagi cc dah call nak jumpa aku… dalam hati benda apa lak cc nak jumpa aku.. sepanjang aku duk kat sini cc tu x de lak berurusan ngan aku..


bila jumpa jer.. nah..!! kerja amal pertama untuk tahun nie.. minta tolong buat buku maklumat staff ikm nie… adush!! bukan lah tak boleh nak buat tapi cam malas jer.. selalu ada lantik ajk2 yang kena buat.. nie macam projek harem jer.. hehehee…


tapi x pe.. sebab yang mintak tu pn farah.. biasa gak ngan dia.. so, x jadi masalah lah.. mintak tempoh 2 minggu nak buat design kulit dan dalam.. key in data, kerja orang lain la.. x kan tu pun nak aku buat yer tak..?



khamis


siapkan jadual waktu untuk architecture.. hum.. sedih gak buat jadual waktu bila tak ada nama sendiri kat dalam tu.. x boleh lah nak pilih2 hari/masa kan.. kena siapkan hari nie gak sebab nak kena tandatangan pengarah..


petang!! panas hati bila 2 kelas aku kena handle sorg.. mana pergi nya sorg lagi..? belum bersedia nak masuk kelas agaknya.. biarkan student2 tu ngan aku… hum.. lemak2..



jumaat


pagi nie dia buat hal pulak.. org berlainan tapi subjek yang sama computer.. 2 kelas gak aku handle.. semalam boleh sabar tapi hari ni kena lah.. tambah pulak bila jejak kaki kat pengajian am dia boleh berparty pulak kat meja aku… boleh lah pulak mereka dok ajak2 aku join the party.. minta maaf guna meja aku lah.. aku cari gak tray aku.. x jumpa lak, tah mana2 mereka campak tah..


hum.. tujuan aku nak tahu jer, sape lagi yang x bersedia lagi nak masuk kelas tu.. kalau cam nie lah sikap. hum.. makin teruklah bak kata pepatah kalu guru dah kencing berdiri, murid kencing berlari.. jangan salahkan student kalau ponteng nanti.. first impression pun dah teruk guru DG oii…


nota kaki kanan dan kiri :- jangan sampai aku pulak yang kenching korang yer…

01 Januari 2010

again… new year


2010 hum.. bermakna kalendar masihi terus berputar… sampai bila..? sampai bila-bila.. sampai bila-bila..? sampai bila-bila-bila…


malam tahun baru di gombak.. kebetulan malam jumaat dimulakan dengan bacaan yassin kat surau al-husna.. surau yang banyak meninggalkan kenangan kepada ku… darilah surau kayu dan kini surau sudah lengkap disertakan penghawa dingin…


pagi2 lagi sesudah subuh.. [subuh gajoh].. aku gi ziarah ayah, cik dan kak silah.. [kubur].. keadaan persekitaran kubur bersih.. tanpa lalang.. jadi x banyak lah operasi pembersihan yang dilakukan, mungkin sering diziarahi oleh abg2 dan adik2 aku yang berada di sini..


tghari planning nak smbyg jumaat kat masjid jamek then nak g law yat… biasalah memenuhi kiriman2 sahabat handai yang kehausan alatan2 komputer yang murah2.. tapi x jadi g… sebab tiba2 jer ada ad-hock program.. duhai si pari2 jam 2.20ptg… makanya..


solat jumaat di ttdi lah aku ngan hyfa.. geng perempuan pulak lepas zohor gerak ke one utama.. lokasi yang strategik bila nonton movie melayu sebabnya x ramai orang.. balik ajer dari nonton movie terus ajer ke ikea.. operasi pertama aku nak kumpul seberapa banyak tali tape dan pensil kontot kat ikea.. then makan2 kat sana..



malam.. baru sampai umah… begitulah aktiviti di hari pertama tahun 2010… by the way..


S E L A M A T T A H U N B A R U 2 0 1 0

nota kaki kanan dan kiri :- azam..??