apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


13 Januari 2010

jalan-jalan cari….


memandangkan hari ni student semester 1 sibuk dengan UKFA *ujian kefahaman fardu ain* kelas aku pun dibatalkan maka, aku pulak sibuklah merancang untuk ke kuantan dengan en fahmi bagi tujuan utama,


* membeli 5 ekor tetikus untuk makmal computer cadd senibina.. (dah banyak yang mati dan pupus)..


* mencari harga bahan latihan untuk bajet student senibina.. (sebutharga) jumpa pembekal..


cukup lah 2 tujuan utama sebab banyak lagi tujuan lain sampingan melebihi yang utama tu… macam aku selalu kata sambil menyelam sure kena minum air bergelen-gelen.. baru puah hati pun kalau lemas… *lemas tau bukan mati* oleh kerana itu destinasi pertama…


[celcom lah]


potong berukband aku… genap setahun aku pakai.. terima kasih lah atas servis yang suam2 kuku tu… *kebanyakan guna area pekan, pahang* ni lah bill terakhir yang perlu aku jelaskan…


[yahoo.. lepas nie stim mix]


pass dah settle tujuan peribadi aku tu.. baru lah mencari tetikus.. bajet yang paling murah sekali… akhirnya 5 ekor RM47.00 ok lah tu… sapa nak bagi harga bawah RM10.00 sekor.. mydin pun RM9.90 sekor suatu masa dulu… pastu g my10.. cari kipas untuk cicaktop aku tu… sajer2 beli sebab mungkin panas @pengajian am.. selit gak ink black printer brother aku tu..


balik2 kat kereta… saman MPK. poyo jer petugas2 tu.. waktu lunch pun rajin bekerja… rajin lajok lah tu.. saman pun RM5 hingget jer… terus gi bayor kat kaunter jual kupon… destinasi seterusnya…


kuantan parade mencari sebutharga untuk telepon en fahmi.. lepas tu baru boleh cari sebutharga bahan latihan untuk student.. pusing punya pusing x de yang menarik minat mamat nie lah pulak… mahu x nyer nak yang ada 3G atau WiFi yang harga bawah RM200.00.. hampeh jer bunyi harga yang tak masuk dek akal.. dok keluar jer…. mana mahu.. pastu pelik2 lak permintaan.. bikin sendiri aje loooo..


dah settle semua urusan2 tidak rasmi tu.. barulah ke urusan rasmi iaitu berjumpa pembekal bahan dan alatan untuk student senibina.. TiTK enterprises (bukan nama sebenar) borak2.. bincang2.. dalam ½ jam. dah settle.. nak balik tu sempat gak aku pau 2 buah diary dan 4 planner …


nota kaki kanan dan kiri :- mana boleh balik dengan tangan kosong.. rugi lah kalau jalan2 saje..!