kuaranti H1N1
hari nie masa aku tengah mengajar (mengajar lah sangat) tiba2 jer phone aku berbunyi (tepon berbunyi pun nak cerita ker..?) panggilan penting untuk semua staff dan student supaya berhimpun di dewan kerana ada perkara penting yang akan disampaikan oleh jabatan kesihatan.. dalam hati aku sure kes H1N1 nie.. maklum ler minggu lepas van IKM nie dah jadi cam ambulance keluar masuk IKM-hospital..
sah..! 6 orang positive H1N1.. dua daripadanya student aku.. hum.. oleh sebab itu institusi aku ini di arah tutup.. arahan penutupan ini selama seminggu 4hb ogos 2009 – 11hb ogos 2009. semasa taklimat ini diberikan kami menerima topeng muka dan surat dari pejabat kesihatan untuk rawatan lanjut (jika perlu), setelah taklimat diberikan oleh jabatan kesihatan, student diarahkan pulang dan tidak dibenarkan berada ditempat awam.. (mahunye student IKM nie.. degil).
lepas perhimpunan ini macam2 ler mesyuarat tergempar di adakan.. maklumlah akan ditutup seminggu tapi kerja mesti jalan walaupun diarahkan tutup (buat kerja kat umah ler… buka nanti submit)