apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


29 November 2009

salam aidiladha

bermula khamis 26hb dah start dah perjalanan aku untuk merayakan aidiladha.. kemana..?

actually adik aku buat aqiqah untuk anak dia dua orang sekaligus..

pilih2 jangan tak pilih.. kambing… tapi yang mana satu pun tak tahu.. sedar2 dah siap masak dah.. hum… jemaah surau dah siap2 sembelih sehari sebelum aidiladha.. so, x sempat lah aku nak tengok… idea nak buat cam tu, ok gak.. sebab boleh buat jamu bila jemaah surau buat ibadah korban.. x yah lah tunggu daging korban untuk di masak.. aku sampai2 jer kat gombak terus gi giant batu caves, beli barang2 untuk hidangan pagi aidiladha.. rasanya bukan pagi ajer.. sampailah hidangan tu habis.. menu

aku beraya kat gombak sampai lah hari ahad… pagi2 ahad dah nak bertolak balik ke pekan… nampak pagi2 tu dah rasa cam lepas subuh jer nak bertolak kan.. padahal dekat kul 10.15 pagi gak baru bertolak… siap2 buat laksa lagi tinggalkan untuk adinda berdua untuk sarapan.. tujuan balik awal ke pekan nie sebab ada kenduri kahwin anak en wahab.. jadi kena lah gi.. sebab banyak kepentingan… maka kalau aku sorang jer gi x jadi.. jadi pergi lah beramai2.. siapa lagi mangsa aku nak gi bersama sure lah en hasbie dan en fahmi sekeluarga.. hehee… kerah juga en fahmi balik awal dari kemaman begitu gak ngan en hasbie yang balik dari bukit sagu… kul 3 gak lah kami semua gi makan kenduri hari tu…

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : BERKORBAN ADA TEMPAT DAN MASANYA…. AQIQAH…??