menurut sejarahnya begitulah tajuknya.. nampak dah tua sangat aku nie dah bercucu sepupu.. hari nie aku cuti.. cuti yang tak dirancang.. yang aku tahu bila aku bangun jer hari nie aku terasa malas nak gi opis.. jadi aku duk ajer lah kat umah.. lepas zohor ajer aku teringat pulak kat anak sepupu aku nie, nak sunatkan anak dia esok.. malam nie ada solat hajat dan kenduri kat umah dia.. jadi dengan rasa keikhlasan, aku msg kat dia tanya ada apa2 yang patut aku dan cik jah nak nolong untuk wat jamu malam nie.. dengan pantas sms aku dijawab dan hasilnya adalah….
korang paham2 ajer lah bila tengok gambar nie… harus lah aku dan cik jah kena gi umah dia nolong apa2 yang patut.. untung gak aku cuti hari nie.. bolehlah bantu membantu dalam penyediaan makanan serta pinggan mangkok dan ayun.. hehe.. cerita punya cerita.. nak tahu x siapa siapa yang kena potong..? bukan maxis.. bukan celcom… bukan juga streamyx tapi… dia adalah..
setelah berhempas pulas menyediakan makanan untuk majlis tersebut, maka hasilnya solat jemaah maghrib dan solat hajat serta bacaan yassin dan tahlil… acara kemuncak atau aktiviti terakhir adalah makan time..
kejadian keesokan hari seperti berikut……
NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : A.L.A.M.A.K..!! CAM MANA BOLEH TAHU APA YANG TERJADI ESOK..?? KANTOI PULAK, TARIKH MENULIS… WAKAKAKA…