apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


24 Disember 2008

adjust opis

wah.. pagi2 lagi minah dua orang kat opis tu dah pakai seluar... yang akaak sorang ni dah pakai baju kurung yang agak lama katanyer.. bajet nak kemas2 opis.. tiba2 datang minah sorang nie pakai baju kurung..? bila dia tahu ada operasi nak kemas2 opis terus dia balik tukar uniform..

alang2 dia nak balik umah tukar uniform aku suruh lah dia singgah kat umah aku ambil langsir untuk digantung kat opis nie.. kira2 langsir tahun baru.. langsir nie cik jah yang jahit tau..

nak dijadikan cerita pagi nie tak de orang jantan kat opis.. aku jer yang tinggal.. so, aku lah yang jadi mangsa tukang gantung langsir ni.. macam2 cara nak gantung langsir nie supaya tidak merosakan dinding.. orang jantan lain dok sibok masuk meeting dan ada bercuti.. kadang2 tu senang sikit kerja kalau tak de ramai orang.. kalau tak, akan ada ramai mando dari pekerja..

kira2 nie lah hasil langsir itu setelah dipasang.. cantikk tak..? cantikkkk khan.. ala2 deko bersama zali.. khuawaa.. khuawaa.. khuawaa..

aper macam blogger...? ok tak topik hari ini..? ok khan...

23 Disember 2008

bantal

hum... ngantuk!! rasa macam nak tidoo ajer. tapi kalau ada bantal sure lena nie.. he.he..he... semejak dua mejak ni lena aku tido.. mahu tak lena barang yang idamkan dah dapat beli.. apa benda tu yer..? erm.. dunia tanpa sempadan.. + - barang elektrik cik jah pun ada.. teruslah lena... tapi mungkin lepas nie masa tido aku pun akan berkurangan..

oleh sebab itu, bantal penting bagi aku untuk mendapatkan tido yang berkualiti.. bagaimana dengan anda..? perlukah bantal untuk tido? atau sekadar berbantalkan lengan.. tapi harus diingat kalau berbantalkan lengan bahaya.. takut-takut lengan pulak berpeta.. he.he..he...

erm.. aku ada beberapa pendapat mengenai bantal itu pun aku ambil dari beberapa sumber yang agak-agak boleh dipercayai.. mari kita semak kita nie berada di kategori perwatakan yang mana..?

Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

.

..

.

.

..

.

Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu



apa macam..? dah dapat tahu perwatakan anda..?

21 Disember 2008

syaitan

syaitan.. iblis... memang ditugaskan untuk sesat dan menyesatkan manusia walau di mana berada.. jika kita fikir sejenak, wujudnya syaitan kerana mengingkari perintah ilahi.. dan sehubungan dengan itu syaitan telah berjanji akan senantiasa mengacau manusia sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir..

syaitan nie tak bercuti ker...? actualy syaitan nie tak bercuti tapi diberi hukuman sebulan setiap setahun (bulan ramadhan).. sedar atau tidak bila syaitan ini dihukum.. rata-rata kita tidak menyedari..

menurut Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan yang sering mengganggu kita iaitu:


Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


walau bagaimanapun ada pendapat masyarakat menyatakan ada satu lagi jenis syaitan yang sering menghantui masyarakat kita, nak nak lagi bila waktu perayaan atau pun hujung tahun a.k.a YES (year end sale).. syaitan itu digelar...

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V



Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore , Beijing & .....


Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan

Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg pakwe/makwe nya dah tunggu kat kereta.


Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.


Pesanan ;shopping tu agak2 sikit,
jangan sampai berlebih2an pulak.

16 Disember 2008

ict user

hissh... penin..penin.. jadi tak g kursus minggu depan nie..!?
serabut aku..!! serabut ker..? ke seronok..

erm.. kalau jadi 30hari beb.. so,..?


jadi g kursus ke tak?

jadi..
tak jadi..

jadi..
tak jadi..

jadi..
tak jadi..

jadi..
tak jadi..
.
.
.
.
.
.
.
.
arghh... nantilah tunggu surat...
dari hQ..
aku rasa lah... kalau aku tak jadi g..
ramailah orang yang gembira..
aku.!! gembira ker..?

12 Disember 2008

aidiladha

raya nie aku balik dungun… sejak awal-awal lagi aku dah plan nak balik dungun.. nak bawa adik-adik aku beraya bersama-sama di dungun.. lama gak dia tak balik dungun.. walaupun kami nie anak yatim piatu tapi kami ada sedara mara yang harus kami kunjungi agar tidak memutuskan silatulrahim yang ada.. jangan ada pulak yang mengata bila dah tak ada mak bapak dah tak kenal sedara..
.
cuaca agak tidak mengizinkan.. hujan kadang kala lebat tu dah jadi perkara biasa.. aku ambil cuti agak lama gak untuk beraya nie.. pagi-pagi raya aku g sembahyang masjid intan zaharah.. area dungun nie.. lepas sembahyang sambil aku menunggu ketibaan adik-adik aku nie, aku makan bersama my wife.. sunat hari raya aidiladha nie kena makan selepas sembahyang.. my wife aku masak pulut kuning dipadankan dengan rendang daging yang rempahnya aku pau kat kedai kak esah dan nasi empit dipadankan dengan kuah kacang.. erm.. sedap..
.
oh yer.. mentua aku beraya di perak.. mereka buat korban kat sana.. tu pun last-last minit bagi tau aku.. so, aku tak dapat lah nak ikut sebab aku dah ada plan ngan adik-adik aku.. sejurus selepas adik-adik aku sampai mereka makan dulu sebelum operasi kami untuk menyerbu kerumah sedara mara nie.. sambil tu aku dah pesan kat adik-adik aku nie.. supaya tebalkan ajer telinga kalau lah kena perli ke apa..
.
berikut merupakan rumah yang kami kunjungi….

rumah kak esah a.k.a kedai rempah kak esah
rumah cik ngah kuala dungun a.k.a mak cik sabet aku
rumah ayah teh a.k.a isterinya sepupu cik jah
rumah cik ngah sure a.k.a adik beradik ayah teh
rumah kak kiah a.k.a antara it yang aktive

yang nie pulak aku ngan cik jah g

rumah sobri a.k.a anak sepupu aku a.k.a touke ubat-ubatan..
rumah makcik amah a.k.a mak sedara cik jah.. kalau tak silap lah..

yang nie rumah memang kena g tapi tak dan gak nak pergi

rumah abg hassan a.k.a sepupu sabet aku.. sori minta maaf banyak-banyak… ya. ampun!

yang nie rumah memang nak g tapi takut tengah jalan naik air

rumah ayah so a.k.a bapa sedara aku..

yang nie rumah memang terlupa langsung nak beraya…

rumah azwan a.k.a adik aku sendiri.. macam mana boleh terlepas daaa..


bagi aku raya kali ini aku dapat meraikan dengan kadar yang sederhana… walau bagaimanapun aku impikan suatu hari nanti kami adik beradik semua dapat berkumpul bersama-sama..

cik jah a.k.a my lovely wife..
abg long a.k.a abg sulung aku..
kak eton a.k.a kakak ipar aku..
mat ajan a.k.a anak buah aku..
balqis a.k.a anak buah aku..
abg ngah a.k.a abg kedua aku..
kak su a.k.a kakak ipar aku..
amir a.k.a anak buah aku..
amirul a.k.a anak buah aku..
azwan a.k.a adik lelaki aku..
baiti a.k.a adik ipar aku..
adib a.k.a anak buah aku..
faiz a.k.a anak buah aku..
juliana a.k.a adik perempuan aku..
aniza a.k.a adik bongsu aku..

04 Disember 2008

hari Q

hari nie ada majlis hari Q kat pusat aku.. Q tu untuk kualiti.. hari nie orang-orang yang berkualiti akan dirai banyak gak kategori yang dinilai..
.
aku jer.. macam terumbang ambik tak tahu nak masuk kursus mana, kejab kat senibina kejab kat aplikasi komputer.. lantak lah.. janji aku dah rembat banyak sijil.. kira-kira masa macam ni lah boleh kumpul sijil selain g kursus..
.
bukan payah pun kalau nak dapat paling kurang 2 sijil… kalau jaga punch card jangan bagi merah dah dapat sijil.. lagi satu kalau jaga diri jangan bagi sakit pun dapat sijil.. tapi nak dapat sijil-sijil lain tu.. kena lah usaha sikit contohnya nak kekalkan prestasi lebih 80% ke atas, pengajar terbaik di kursus, juruteknik terbaik dan lain-lain lagi.
.
di akhir majlis ini aku telah berjaya mengumpul 3 sijil iaitu sijil kedatangan terbaik (punch card bersih), sijil penilaian prestasi cemerlang (skt 80% ke atas) dan sijil pengajar terbaik kursus senibina yang nie dapat cenderahati sekali.. special sikit lah.. satu sijil aku terlepas iaitu sijil tiada cuti sakit (tak pernah ambil mc) seingat akulah aku tak de pun ambil mc sejak aku berkerja kat sini.. dah bukan rezeki nama tercicir nak wat cam mana..,
bagi aku kualiti itu benda subjektif.. masing-masing ada kayu pengukur untuk menentukan suatu kualiti.. sijil tu sebagai tanda penghargaan ke atas apa yang telah di usaha kan.. lilahi taalan.. semua nya lebih kepada keikhlasan apa yang kita lakukan… walau apa pun.. kita semua berkualiti mengikut bidang masing-masing..
.
terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..

03 Disember 2008

al-fatiha… (buat ayahanda haji ismail bin aman)

haji ismail bin aman ini adalah sepupu sabet aku.. ayahanda nya telah kembali kerahmatullah pada pagi tadi.. aku tahu dari anak haji ismail nie.. kira2 anak sepupu aku lah.. cucu kepada haji aman nie a.k.a. toki aman.. terima kasih kerana bagitau. nak tahu cerita selanjutnyer klik http://dungun.net/2008/12/pengumuman/
.
semoga rohnya di cucuri rahmah.. dan di tempatkan di kalangan orang-orang soleh.. amin.

01 Disember 2008

bonda

pagi-pagi lagi aku telah menziarahi pusara bondaku.. tidak lupa juga aku turut menziarahi pusara ayahanda dan kekanda ku.. mereka di tempatkan di kawasan yang sama.. masih indah kawasan pusara mereka.. mungkin adik-adik dan abang-abang ku selalu membersihkannya.. terima kasih ku ucapakan kepada mereka.. bagi ku setiap kali aku pulang ke kuala lumpur, aku akan cuba pastikan walau sebentar aku akan pergi menziarahi..
.
adakah anda masih lagi mempunyai ibu..? beruntunglah anda sekiranya masih lagi berpeluang untuk bermanja.. bergurau senda.. serta menerima kasih sayang darinya.. gunakan lah kesempatan yang masih ada untuk berbakti kepadanya..
.
hari ini genap setahun ibuku meninggalkan kami sekeluarga.. ibuku telah kembali kerahmatullah pada 1 disember 2007 jam 11.47 malam, masih segar lagi diingatanku detik-detik pemergian nya.. semoga rohnya akan ditempatkan bersama-sama para ambia.. amin.