apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


12 Disember 2008

aidiladha

raya nie aku balik dungun… sejak awal-awal lagi aku dah plan nak balik dungun.. nak bawa adik-adik aku beraya bersama-sama di dungun.. lama gak dia tak balik dungun.. walaupun kami nie anak yatim piatu tapi kami ada sedara mara yang harus kami kunjungi agar tidak memutuskan silatulrahim yang ada.. jangan ada pulak yang mengata bila dah tak ada mak bapak dah tak kenal sedara..
.
cuaca agak tidak mengizinkan.. hujan kadang kala lebat tu dah jadi perkara biasa.. aku ambil cuti agak lama gak untuk beraya nie.. pagi-pagi raya aku g sembahyang masjid intan zaharah.. area dungun nie.. lepas sembahyang sambil aku menunggu ketibaan adik-adik aku nie, aku makan bersama my wife.. sunat hari raya aidiladha nie kena makan selepas sembahyang.. my wife aku masak pulut kuning dipadankan dengan rendang daging yang rempahnya aku pau kat kedai kak esah dan nasi empit dipadankan dengan kuah kacang.. erm.. sedap..
.
oh yer.. mentua aku beraya di perak.. mereka buat korban kat sana.. tu pun last-last minit bagi tau aku.. so, aku tak dapat lah nak ikut sebab aku dah ada plan ngan adik-adik aku.. sejurus selepas adik-adik aku sampai mereka makan dulu sebelum operasi kami untuk menyerbu kerumah sedara mara nie.. sambil tu aku dah pesan kat adik-adik aku nie.. supaya tebalkan ajer telinga kalau lah kena perli ke apa..
.
berikut merupakan rumah yang kami kunjungi….

rumah kak esah a.k.a kedai rempah kak esah
rumah cik ngah kuala dungun a.k.a mak cik sabet aku
rumah ayah teh a.k.a isterinya sepupu cik jah
rumah cik ngah sure a.k.a adik beradik ayah teh
rumah kak kiah a.k.a antara it yang aktive

yang nie pulak aku ngan cik jah g

rumah sobri a.k.a anak sepupu aku a.k.a touke ubat-ubatan..
rumah makcik amah a.k.a mak sedara cik jah.. kalau tak silap lah..

yang nie rumah memang kena g tapi tak dan gak nak pergi

rumah abg hassan a.k.a sepupu sabet aku.. sori minta maaf banyak-banyak… ya. ampun!

yang nie rumah memang nak g tapi takut tengah jalan naik air

rumah ayah so a.k.a bapa sedara aku..

yang nie rumah memang terlupa langsung nak beraya…

rumah azwan a.k.a adik aku sendiri.. macam mana boleh terlepas daaa..


bagi aku raya kali ini aku dapat meraikan dengan kadar yang sederhana… walau bagaimanapun aku impikan suatu hari nanti kami adik beradik semua dapat berkumpul bersama-sama..

cik jah a.k.a my lovely wife..
abg long a.k.a abg sulung aku..
kak eton a.k.a kakak ipar aku..
mat ajan a.k.a anak buah aku..
balqis a.k.a anak buah aku..
abg ngah a.k.a abg kedua aku..
kak su a.k.a kakak ipar aku..
amir a.k.a anak buah aku..
amirul a.k.a anak buah aku..
azwan a.k.a adik lelaki aku..
baiti a.k.a adik ipar aku..
adib a.k.a anak buah aku..
faiz a.k.a anak buah aku..
juliana a.k.a adik perempuan aku..
aniza a.k.a adik bongsu aku..