apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


21 Disember 2008

syaitan

syaitan.. iblis... memang ditugaskan untuk sesat dan menyesatkan manusia walau di mana berada.. jika kita fikir sejenak, wujudnya syaitan kerana mengingkari perintah ilahi.. dan sehubungan dengan itu syaitan telah berjanji akan senantiasa mengacau manusia sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir..

syaitan nie tak bercuti ker...? actualy syaitan nie tak bercuti tapi diberi hukuman sebulan setiap setahun (bulan ramadhan).. sedar atau tidak bila syaitan ini dihukum.. rata-rata kita tidak menyedari..

menurut Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan yang sering mengganggu kita iaitu:


Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


walau bagaimanapun ada pendapat masyarakat menyatakan ada satu lagi jenis syaitan yang sering menghantui masyarakat kita, nak nak lagi bila waktu perayaan atau pun hujung tahun a.k.a YES (year end sale).. syaitan itu digelar...

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V



Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore , Beijing & .....


Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan

Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg pakwe/makwe nya dah tunggu kat kereta.


Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.


Pesanan ;shopping tu agak2 sikit,
jangan sampai berlebih2an pulak.