apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


04 Disember 2008

hari Q

hari nie ada majlis hari Q kat pusat aku.. Q tu untuk kualiti.. hari nie orang-orang yang berkualiti akan dirai banyak gak kategori yang dinilai..
.
aku jer.. macam terumbang ambik tak tahu nak masuk kursus mana, kejab kat senibina kejab kat aplikasi komputer.. lantak lah.. janji aku dah rembat banyak sijil.. kira-kira masa macam ni lah boleh kumpul sijil selain g kursus..
.
bukan payah pun kalau nak dapat paling kurang 2 sijil… kalau jaga punch card jangan bagi merah dah dapat sijil.. lagi satu kalau jaga diri jangan bagi sakit pun dapat sijil.. tapi nak dapat sijil-sijil lain tu.. kena lah usaha sikit contohnya nak kekalkan prestasi lebih 80% ke atas, pengajar terbaik di kursus, juruteknik terbaik dan lain-lain lagi.
.
di akhir majlis ini aku telah berjaya mengumpul 3 sijil iaitu sijil kedatangan terbaik (punch card bersih), sijil penilaian prestasi cemerlang (skt 80% ke atas) dan sijil pengajar terbaik kursus senibina yang nie dapat cenderahati sekali.. special sikit lah.. satu sijil aku terlepas iaitu sijil tiada cuti sakit (tak pernah ambil mc) seingat akulah aku tak de pun ambil mc sejak aku berkerja kat sini.. dah bukan rezeki nama tercicir nak wat cam mana..,
bagi aku kualiti itu benda subjektif.. masing-masing ada kayu pengukur untuk menentukan suatu kualiti.. sijil tu sebagai tanda penghargaan ke atas apa yang telah di usaha kan.. lilahi taalan.. semua nya lebih kepada keikhlasan apa yang kita lakukan… walau apa pun.. kita semua berkualiti mengikut bidang masing-masing..
.
terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..