apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


01 Disember 2008

bonda

pagi-pagi lagi aku telah menziarahi pusara bondaku.. tidak lupa juga aku turut menziarahi pusara ayahanda dan kekanda ku.. mereka di tempatkan di kawasan yang sama.. masih indah kawasan pusara mereka.. mungkin adik-adik dan abang-abang ku selalu membersihkannya.. terima kasih ku ucapakan kepada mereka.. bagi ku setiap kali aku pulang ke kuala lumpur, aku akan cuba pastikan walau sebentar aku akan pergi menziarahi..
.
adakah anda masih lagi mempunyai ibu..? beruntunglah anda sekiranya masih lagi berpeluang untuk bermanja.. bergurau senda.. serta menerima kasih sayang darinya.. gunakan lah kesempatan yang masih ada untuk berbakti kepadanya..
.
hari ini genap setahun ibuku meninggalkan kami sekeluarga.. ibuku telah kembali kerahmatullah pada 1 disember 2007 jam 11.47 malam, masih segar lagi diingatanku detik-detik pemergian nya.. semoga rohnya akan ditempatkan bersama-sama para ambia.. amin.