apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


19 November 2008

al-fatiha.. (noor afida binti elias isteri kepada suhaimi bin sulaiman telah kembali kerahmatullah pada 19hb Nov 2008 jam 3.00pagi)

pagi ini aku dikejutkan dengan berita kematian isteri teman baik aku.. awal-awal pagi telefon aku berdering.. dengan nada yang sama seperti biasa tapi cukup ringkas dan padat dia menyatakan isterinya telah kembali kerahmatullah pada jam 3.00 pagi.. aku tak sempat bertanyakan lanjut tetapi hanya minta dia terus tabah untuk hadapi kehidupan akan datang… ajal maut jodoh pertemuan kehendakNya..

aku yang belum sempat bertemu isterinya walau sekali dapat merasakan bertapa sedihnya sahabat aku ini kerana belum setahun usia perkahwinan nya dia terpaksa menghadapi segala dugaan yang bukan calang-calang orang yang mampu untuk bertahan.. mana tidaknya, anaknya kini berusia hampir 3 bulan.. dan masih lagi di hospital kerana ibunya telah melahirkan nya seawal 7 bulan dalam kandungan atas sebab kesihatan..

aku sendiri tidak pasti apa sebenarnya penyakit isteri sahabat aku ni… dua tiga hari lepas aku baru merancang untuk jumpa dia di kursus minggu depan untuk tanya aper cerita bini dia, maklumlah kami akan berkursus sama kat hQ tu..

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…. semoga rohnya dicucuri rahmah… buat sahabat ku sekali lagi tabah untuk menghadapi dugaan hidup ini dan jagalah permata hati yang telah ditinggalkan oleh isterimu sebagai penawar untuk terus hidup… al-fatiha… amin