so, kena lah cari stock lebih sikit.. aku g giant kul 11pg sampai aje sana dengan list yang my wife dah tulis barang2 yang hendak dibeli, mula lah operasi mengambil barang2.. tiba2 aku hangin. mana tak nyer yang tak de dalam list pun dia ambil gak.. wah.. main petik ajer barang yang dia nak.. nampak macam banyak jer.. mahu tak banyak RM202.50 habis.. hum.. aku sweep aje lah…
balik dari giant lepak2 kat umah jab kemudian ke mydin pulak.. cari barang2 yang tak jumpa kat giant.. letih gak tapi nak wat cam mana hidup berkeluarga.. kena lah korbankan sikit kalau tak.. dapur tak berasap… hum.. malam. aku terima sms yang mengatakan isteri penyelaras kursus tlkm tempat aku bertugas telah kembali ke rahmahtullah petang tadi… al-fatiha.. semoga rohnya dicucuri rahmat..
sebaik sahaja terima msg tu aku siap2 nak g umah keluarga tersebut.. ucap takziah.. nasib baik my wife swimming enggak, kalau tak lambat lah nak tunggu dia bersiap, kalau dah lambat bersiap lambat pulak nak g.. malam tu lepas balik dari umah tersebut aku g makan kat luar bersama my wife, kerana my wife tak sempat nak masak.. romantik giler makan kat luar.. maklumlah tak selalu kami makan kat luar…