12 November 2008
sajak kematian
isu yang hangat di tv hujung minggu lepas.. erm.. isunya patutkah ianya ditayangkan video seumpama ini kepada pelajar sekolah rendah? ramailah para-para bijak pandai mengutarakan pendapat, tak kurang pula ibu/bapa yang telah di interview untuk memberikan pendapat..
ada yang positif dan ada yang negatif.. bagi aku semua yang hidup akan pasti mati. bukan usia atau umur yang jadi taruhan untuk ianya kekal.. jadi.. mengapa ianya harus di pertikaikan.. anggap lah ini satu nasihat atau tauladan. sejak tahun 2005 hidup aku ini sering di dengari dengan berita kematian.. bermula dengan orang yang paling aku sayangi ayahanda aku.. masa itu aku ingat lagi kemuncak segala kebahagian dalam keluarga aku.. adik aku dapat meneruskan pembelajaran di uitm, abg aku baru lepas loan umah yang dia beli dekat dengan umah keluarga aku.., rumah kedai yang telah didirikan di kampung turut selesai segala hutang dan kini tinggal kutip hasilnya, bonda aku telah membeli satu barang yang dia idamkan selama ini dan itulah barang yang berharga yang pernah dia beli.. adik aku dapat kerja baru dan akan melapor diri di kemaman, aku.. aku juga turut mendapat tempias kegembiraan ini kerana aku mula bekerja dengan MARA, alhamdullilah... selalu gak kita dengar setiap berita kebaikan akan ada berita buruk yang datang.. erm.. cukup. cukup.. aku rasa cukup sampai kat sini dulu.. lain kali aku sambung balik yer.. akhir kata.. untuk semua.. bukan luahan rasa, tapi... isi hati yang kadang-kadang sukar untuk di lafaz kan...