apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


21 Oktober 2008

dungun menjerit

pagi2 lagi dah bersiap2 nak balik dungun.. cuti lama gak untuk buat persiapan kenduri kawin adik ipar aku.. kad jemputan aku letakan di atas… jemput lah sapa2 yang sudi hadir atau kebetulan lalu kat area rumah in law aku…
sebelum sampai ke dungun aku singgah g services kereta dulu.. tukar lah apa2 yang patut, imbang tayar agar tidak gegar.. dan macam2 lagi lah.. lama tu dekat 2jam lebih aku kat sana.. lapor perut menunggu.. on the way balik tu g makan m’donalds kat kerteh, lama giler tak makan fast food terasa nikmat giler bila makan big mac…

biasalah nak sampai umah mentua aku banyak gak check point yang aku kena g, memenuhi amanat mak ayah aku.. contoh nyer lah sedara mara aku area kemaman, paka dan macam2 lagi.. kira2 maghrib gak lah sampai kat umah mentua aku.. mana tak nyer sekali sampai sesebuah rumah tu bersembang tak ingat…

20 Oktober 2008

the day after le tour de’ perak

masuk2 opis jer my boss dah mengamuk… mana tak nyer ada orang sudah bakar line.. orang yang selama ini bercerita, berkata tentang kepakaran menguruskan student telah menyalahkan masa, program, serta orang lain kerana tidak berupaya menguruskan student, kira2 dah macam o.k.u dah…
orang lain pun mengalami masalah yang sama tapi tak lah kecoh sangat..

aku buat tak tahu jer.. kadang2 aku sampuk gak kasi line lagi panaz… saje2 jer. tapi bila aku perli atau cakap pun kadang2 tu bukanyer paham.. aku peduli apa, yang nyata esok aku dah start cuti.. sampai lah sehari lepas deepavali, aku nak g tulong mentua aku buat persiapan kenduri nikah adik aku.. konon jer lah..

partner aku yang g lawatan sama aku tak datang pulok hari nie.. barang yang kita orang beli untuk opis ada kat dia.. so esok jer lah rakan sekerja makan2 yer..

19 Oktober 2008

le tour de’ perak last day

pagi nie aku meneruskan operasi tangkap gambor student2 aku yang lewat bangun subuh.. student aku pun dah pandai.. nampak ajer aku pegang camera terus dia orang bangun..
hari ni hari terakhir lawatan, on the way balik kami sempat gak g teluk intan untuk melihat satu bangunan yang pelik tapi kukuh.. bangunan tu tak beberapa tegak, condonglah tu… lepak lebih kurang 1 jam sambil round2 town tu. kami meneruskan perjalanan yang agak lama untuk kembali ke tempat asal..
perjalanan kami agak jauh.. dalam perjalanan tu kami dihiburkan dengan beberapa tayangan cd, ada ke patut salah satu cd tu ada klon aku.. student akulah yang kata, aku ngan aflin sauki cuma scale ajer lain. yang lain sama… cerita sepi..

jam 7.30mlm sampai… macam sireh pulang ke ganggang..

malam tu my heart jemput aku kat opis, aku berkain pelikat jer malas nak tukar2 lepas sembahyang maghrib, bukan nak g mana pun nak balik umah jer… tiba2 jer my heart datang ngan pakaian yang agak menarik.. dia nak ajak aku g bandar nak g beli tudung pale.. mak ai harga rm 40 beb.. nak wat cam mana dah berkenan kenalah layan… pas tu barulah sampai umah..

di rumah aku keluarkan semua sekali apa yang aku bawak balik.. aku mula agih2 kan barang2 yang nak bagi kat orang2 tertentu serta my heart, nampak dia gembira sangat.. aku cukup gembila apabila melihat dia gembira.. itulah nilai yang tak dapat ditukarkan dengan harga sehelai t-shirt yang tak seberapa… melihat kegembiraan nya.

18 Oktober 2008

le tour de’ perak 2nd day

arh… hari ini relax sikit.. program sendiri jadi bolehlah ubah2 sikit, mengikut masa yang ada, destinasi pertama kami ke kellies castle, hum.. dulu masa aku study kat politeknik aku dah g dah.. dulu rasa aku lagi best sebab kawasan tu baru lepas pengambaran filem ana and the king jadi banyaklah binaan2 sementara ada.. kini hanya bangunan utama istana kellies yang ada itu pun tak siap2 sampai sekarang.. he.he..he… seterusnya perjalanan kami ke pasir salak.. tengok kompleks bangunan bersejarah zaman dolu2.. kami tak lama kat situ, sebab student aku ada misi yang lain.. student aku dah target nak g mandi laut kat teluk batik.. lepas round2, kami meneruskan perjalanan ke teluk batik. tiba2 jer brother bas ke jeti pulau pangkor..
bukan apa, kami g beli belah makanan laut untuk buah tangan.. aku pun beli gak, untuk opis aku syer ngan pengajar lagi seorang, save bajet.. untuk personal aku ada beli gak untuk my heart n yang terpilih sahaja termasuklah mother n father in law.. sape2 yang dapat tu kira2 orang2 terpilihlah yer.. yang tak dapat tu mungkinlah tertinggal atau tak de bajet..

perjalanan terus ke teluk batik untuk memenuhi misi student aku.. sampai aje kat sana bukan main seronok lagi student2 tu.. macamlah tak pernah tengok laut terus terjun , padahal kat teluk cempedak lagi best..
aku nie, bila sampai sana aku jadi mabuk tengok kedai2 jual baju dan cenderahati kat teluk batik, aku bukan boleh tengok benda2 macam tu geram jer nak beli.. nak2 lak baju yang ada chop area situ tu.. aku rembat gak baju2 kat situ. habis gak duit aku melayang, tapi untuk orang2 tersayang apa salahnya.. nilai kasih sayang itu yang tak ternilai…

lebih kurang kul 8.30 baru kami balik..

17 Oktober 2008

le tour de’ perak 1st day

jam 2.30pagi kami sampai kat tempat menginap intitusi. hum… aku tido ngan studentlah.. kena jaga gak student tu walaupun dah besar.. macam2 boleh jadi, dan aku kena bertanggungjawab.. ngantuk terus tido.. brother bas tido dalam bas, diaorang malas nak join.. aku pun tak kesah..
pagi2 lagi aku dah bangun.. bukan tak selesa tapi kena cepat2 gi mandi sebab takut berebut ngan student2 aku n student intitusi yang aku menginap tu bukan apa, tempat tinggal dorm tamu, tapi bilik air kongsi.. teringat pulak zaman kat vokay dulu.. sebijik beb.. cuma dulu lagi open tak berpintu. he.he..he… ni kira all right lah..
lepas tu, baru aku kejut kan student aku untuk mandi n sembahyang subuh siapa yang tak bangun tu.. akan jadi mangsa camera akulah…
progam hari nie agak padat dan tersusun, lagi pun jumaat kena kejar masa untuk sembahyang jumaat.. bermula dengan tempat pertama ke uitm sri iskandar pada belah pagi dan pada petang pula ke ikm lumut..

16 Oktober 2008

last day xtvt week

pagian yang indah kini sudah gelap…. mana tak nyer smpi ajer kat punch card ada satu surat serta senarai nama untuk mendengar ceramah esok.. tajuk ceramah pengurusan stress. check punya check nama aku tak tersenarai pada kursus senibina.. wow gembira aku.. tiba2 ajer tergerak hati nak tengok nama sampai habis.. tup2 nama aku ada jugak..! tapi dah masuk kategori lain pulok.. pengajian am!
erm.. tapi esok aku tak de kat sini.. kira selamatlah.. sebab petang nie aku dah bertolak ke perak mengiringi student untuk lawatan.. lantaklah apa nak jadi esok, yang penting aku kena isi boring tugas rasmi.. manalah tahu kalau2 ada pulak surat tunjuk sebab yang datang sebab aku tak g ceramah tu…
ptg nie ada majlis penutup.. untuk minggu xtvt.. bila berakhir, kursus aku dapat 4 hamper… kira oklah tu.. terro gak student berxtvt.. kira2 jam 6 ptg kami akan bertolak untuk le tour de’ perak… seramai 31 student dan 2 tenaga pengajar mengiringi termasuklah aku.. selamat tinggal tsya..

14 Oktober 2008

2nd day xtvt rumah terbuka

sambutan rumah terbuka aidilfitri peringat institusi… erm.. mula dengan suasana yang nampak macam tenang pada mulanyer dengan susunatur ruang makan yang agak selesa, tiba2 menjadi kelam kabut apabila acara majlis dimulakan…
aku, bila acara bermula, seperti biasalah suka tengok gelagat atau telatah orang, hum.. aku akan pastikan aku masih lagi waras untuk bertindak dalam apa2 keadaan walaupun perut nie agak berbunyi, berbekalkan roti canai dan teh ais pagi tadi..

tiba2 ajer terasa kenyang akibat melihat gelagat staff dan student yang menjamu selera secara buffet, buffet pun dah maksud berselerak.. maka berseleraklah staff2 dan student2 ini mencari makanan, macam2 gaya atau cara untuk mendapatkan makanan yang sememang nyer cukup jika dimakan mengikut keperluan.. malang nyer kehendak mengatasi keperluan, maka banyak mana makanan pun tak akan cukup…. ditambah pula yang sibuk untuk membungkus sebelum acara tamat..
pelbagai juadah yang disediakan antaranya.. satay makanan kegemaran salah seorang staff unit aku… satay nie kenalah catu. siap ada kupon lagi untuk budak2, malang nye staff tak berkupon, jadi makin sedaplah staff yang ambil, sampai tak teringat kat kawan2 yang lain… tetapi dalam banyak2 satay tu adalah yang berbau sikit.. maklumlah dah banyak tempahan adalah yang kureng sikit rasanyer.. aku sempat rasa satu cocok ajer, itu pun sahabat aku yang ulur kat aku… tq bai..

lemang berlaukan rendang dan serunding pun ada… itu pun aku x sempat… macam mana nak sempat.. dah makan berebut.. kadang2 untung juga jadi bdk2, bila berebut orang tidak mengata.. soto, laksa pun ada…
Kesimpulannya ada orang yang cukup gembira serta puas hati terhadap acara rumah terbuka institusi ini dan ada pula yang sedikit kecewa atas apa yang berlaku pada acara rumah terbuka kali ini..

tahniah kerana majlis berjalan dengan lancar…


13 Oktober 2008

1st day xtvt weeks

slm xtvt, seminggu bdk2 ber xtvt... kiranya relax lah para pengajar yang kurang terlibat macam mamat nie... yang penuh dengan misi n visi.. tak kurang pulak pengajar yang memberi sokongan... walau bagaimanapun sokangan turut diberikan melalui apa2 cara.. kalau dok setakat merenung dari tingkat atas nie x dapet lah nak nolong.. setakat petang nie dah macam2 acara bdk2 aku menang ada yang dapat nombor, ada tu pulak x lepas2 nak bernombor macam acara tarik tali.. mana nak larat kalau tangan tu asyik pegang pen nak banding yang tarik kabel hari.. dah tentu kalah.. cuba acara terompah gergasi, dah tentu2 dpt no 1..

tengah orang dok sebok2 bersukan nie tiba2 datang lak datin2 yang baru turun dari kayangan.. bajet nak tgk2, silakan...

alamak bini aku datang opis lah.. bukan apa, gas memasak kat umah dah habis... ni yang nak kena g kedai beli baru ni... kalau dok alamat dok berbuka pose lah aku ni...
ok lah stop kat sini dulu yer.. bila2 sambung pulak lah yer..