apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


18 Oktober 2008

le tour de’ perak 2nd day

arh… hari ini relax sikit.. program sendiri jadi bolehlah ubah2 sikit, mengikut masa yang ada, destinasi pertama kami ke kellies castle, hum.. dulu masa aku study kat politeknik aku dah g dah.. dulu rasa aku lagi best sebab kawasan tu baru lepas pengambaran filem ana and the king jadi banyaklah binaan2 sementara ada.. kini hanya bangunan utama istana kellies yang ada itu pun tak siap2 sampai sekarang.. he.he..he… seterusnya perjalanan kami ke pasir salak.. tengok kompleks bangunan bersejarah zaman dolu2.. kami tak lama kat situ, sebab student aku ada misi yang lain.. student aku dah target nak g mandi laut kat teluk batik.. lepas round2, kami meneruskan perjalanan ke teluk batik. tiba2 jer brother bas ke jeti pulau pangkor..
bukan apa, kami g beli belah makanan laut untuk buah tangan.. aku pun beli gak, untuk opis aku syer ngan pengajar lagi seorang, save bajet.. untuk personal aku ada beli gak untuk my heart n yang terpilih sahaja termasuklah mother n father in law.. sape2 yang dapat tu kira2 orang2 terpilihlah yer.. yang tak dapat tu mungkinlah tertinggal atau tak de bajet..

perjalanan terus ke teluk batik untuk memenuhi misi student aku.. sampai aje kat sana bukan main seronok lagi student2 tu.. macamlah tak pernah tengok laut terus terjun , padahal kat teluk cempedak lagi best..
aku nie, bila sampai sana aku jadi mabuk tengok kedai2 jual baju dan cenderahati kat teluk batik, aku bukan boleh tengok benda2 macam tu geram jer nak beli.. nak2 lak baju yang ada chop area situ tu.. aku rembat gak baju2 kat situ. habis gak duit aku melayang, tapi untuk orang2 tersayang apa salahnya.. nilai kasih sayang itu yang tak ternilai…

lebih kurang kul 8.30 baru kami balik..