apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar.. habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?
aduhhhhsss… kesan nyer sama seperti aku gi kat sg lembing.. ingat tak..?? ingat tak..?? kalau tak ingat kena gi kat [sini] sama jer kesan nyer… arh..!! malas lah nak cerita tengok gambar ajer lah yer…!! kulit sensitive… tapi tak lah seteruk kat sg lembing mungkin sebab kat gambang waterpark ni masuk berbayor jadi kurang lah sikit kesan nyer…!! he..he..he…
NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : TIDAK DIKETAHUI.. MUNGKINKAH INI BARU SAHAJA PERMULAAN UNTUK PENGELUPASAN AWAL KULIT KEPALA KU..!! arhhh..!!! CAM ULOR PULOK BERSALIN KULIT.. LEPAS NIE BERTAMBAH CANTIK LAH KULIT AKU… X YAH GI SPA UNTUK BUANGKAN SEL KULIT MATI…
24 Oktober 2009
sehari di taman tema gambang
semalam… aik kata cerita sehari tak kan tiba2 pembuka kata dah semalam… cam nie cerita nyer.. semalam ada taklimat sempena hari keluarga ikm tsya 2009.. taklimat nie mengenai aturcara program hari keluarga yang akan diadakan pada keesokan harinyer.. selepas taklimat tu ada pulak satu lagi taklimat.. taklimat oleh en fahmi selaku ketua ajk2 tak terlantik untuk gi sana.. kali nie sengaja aku bagi en fahmi jadi leader.. nak gak tengok perancangan dia.. yang sememangnyer huru hara.. he..he..he…
kalau en fahmi yang rancang memang out of services.. tapi best gak.. tak yah lah aku nak memikir.. dalam tak payah.. tak payah tu.. ada gak yang kena pikir.. hum.. back to the perancangan en fahmi.. jam 7.45pagi kumpul kat umah aku, pada mulanya jam 8.00, aku adjust kul 7.45.. siapa yang nak join sama2 gi ni..?? en zamri sekeluarga… en fahmi sekeluarga.. en hasbie sekeluarga… opss en hasbie tak de yer.. bukan tak de tapi dia gi ikut jalan jauuuuuh.. maksud aku dia gi melalui pekan - bukit sagu – gambang… aku, en fahmi dan en zamri terus naik bypass pekan – gambang..
nak dijadikan cerita.. dalam perjalanan tu adalah sesi potong memotong.. dah jalan sedap.. kebetulan hari nie pulak jalan baru bina dibuka.. sedaaak ah.. sempena birthday sultan pahang.. dah en fahmi jadi leader, last2 kena gak ikut belakang dia.. tapi tiba2 jer cik jah ada benda nak buat kat tandas.. so, berhentilah sekejab kat station minyak.. masa nie en fahmi dah laju dah.. sampai lajok pulok tempat.. teringat lah pulak cam cerita kura2 dengan arnab.. nasib baik aku tak ikut dia.. kalau tak, lajokk jugok lah aku.. akhirnya aku sampai sama jer ngan dia.. hum.. 3 perenggan cerita pasal nak gi jer ni…. letih lah cerita.. meh kita tengok gambar pulak sambil bercerita yer..
sampai2 ajer terus daftar.. A.L.A.M.A.K mesra semacam jer ajk2 tu.. apa lagi bermula lah kisah plastik..! gambar2 nie lah yang sempat aku snap ditambah pula dengan gambar en fahmi.. aku sengaja tak ambil gambar banyak2 pada waktu nie.. aku nak ambil gambar masa kat waterpark tu.. sebabnya camera aku nie boleh masuk dalam air.. nak simpan bateri.. berbalik cerita gambar nie.. hanya 3 jam jer aktiviti2 luar nie.. banyak gak acara sukaneka yang dianjurkan.. terima kasih ajk.. aku pun masuk gak satu acara.. nak tahu apa..?? masuk benang dalam jarum.. adus..!! nie gara2 en fahmi nak masuk, terus dia tulis gak nama aku.. ketor rasanya bila pegang benang dan jarum tu…. aku menang ke…?? hum.. dapat tuala kecik.. kalau dah tuala kecik tentunya hanya hadiah saguhati.. sajer2 memeriahkan keadaan.. kira2 jam 12.15 dah settle sesi di padang.. kini aktiviti bebas di waterpark..!!! sebelum masuk tu kena lah pakai tag khas yang telah disediakan..
setelah semuanya dah bersiap sedia dengan tag2 nyer.. 1..2..3…. mula… masuk ke dalam taman tema tu.. wah.. cam bagus jer learder tu.. mengelepor nok gi main air.. en zamri pulak dari luar lagi dah siap2 tukar baju.. hum… tak sabor2 bebenor mereka2 nie.. en hasbie..?? hum.. lagi ah, dah dapat tiket, sarapan. terus jer naik ke taman tema.. agaknyer lah.. sebab masa kat padang tu dah tak ada.. sedor2 kereta dah sampai kat parking waterpark.. aku..!! dengan tenang gi top-up dulu duit kat dalam gelang nie.. sebab kat sini semuanya mengunakan duit maya.. masuk nilai dalam gelang pastu potonglah mengikut kegunaan kalau berbaki tuntut balik bila keluar nanti.. tujuan aku top-up nie sebabnya nak sewa locker dan mana tahu kalau2 ada geng atau anak mereka2 yang mengelupor nak beli makanan.. harap leader…?? hampeh.. sibok nok mandi ajer.. padahal lagi 10 minit nok masuk zohor doh.. kalau sembahyang dulu, dah boleh mandi pah gelap..!! sebab mu yang leader kan en fahmi.. so, aku ikut jer..
break 3.15..!! solat dulu.. so, lepas solat nie nak sambung ke tak..?? geng perempuan dah cam tak nak mandi jer sebab kena tukar2 baju.. yer lah nak sembahyang kan.. tak kan ngan baju basah2 tu..geng lelaki ok jer.. nie semua leader punya pasal.. sebab tak dengar kata aku mula2 dulu solat zohor dulu.. dah geng perempuan merajuk tak nak mandi.. haruslah aku yang kena bagi kaunseling… last2 geng perempuan tunggu solat asar sebelum sambung balik, geng lelaki dah hanyut dek ombak buatan manusia nie..
hari dah lewat petang.. mahu tak lewat dah dekat jam 5.30 petang dah.. taman tema nie pun dah nak tutup dah.. jam 6.00 petang.. geng lelaki gi solat asar dan terus bersiap2 nak pulang.. geng perempuan pulak dah solat jadi just tukar baju jer nak balik… sebelum sampai umah tu sempat gak singgah minum A.B.C idea leader.. minum masa tengah azam maghrib.. harus ker mu jadi leader lagi dengan agenda2 yang huru hara..!!!! he..he…he….
NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : LEPAS ISYAK PULAK AKU NGAN CIK JAH ADA AKTIVITI SENDIRI PULAK, GI MAKAN…
edisi khas
[paparazzi] vs [mamarazzi]
gambar tersebut merupakan gambar yang diambil pada sesi mandi manda di gambang waterpark.. gambar ini diambil oleh juru2 foto yang sentiasa suka mengambiltahu hal orang.. sebab tu diberi nama paparazzi dan mamarazzi kerana melibatkan lelaki dan perempuan..
NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : LAIN KALI KENA BERHATI2 DALAM APA2 KEADAAN PUN, KERANA KITA TIDAK MENGETAHUI YANG KITA SEDANG DALAM PEMERHATIAN… [SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN] WACHAAAA…!!
17 Oktober 2009
cicaktop meragam.!!
latop aku jem!!! nak format semua sekali termasuklah data2 yang ada.. nak buat partion baru.. sebabnya.. berat ya amat..!! nak menaip pun sempat boleh borak2 lagi baru timbul huruf.. nampak cam tak caya jer kan tapi tu lah hakikat yang kena terima.. dah 5 tahun dah cicaktop nie.. banyak berjasa terutama untuk ikm.. sebab selama aku kerja kat ikm ni.. nie lah computer yang aku pakai..
setelah 2 hari aku guna perisian window 7 ternyata cicaktop ku ini tidak mampu untuk tanggung grafik yang cukup untuk kerja2 seharian… so, kembali kepada asal.. window xp.. hum sekarang nie tempoh percubaan.. sebab semuanya aku format termasuklah data2 yang ada kat dalam ni.. tapi aku rasa masih lagi x sama cam dulu2.. masih lagi heng sini sana.. hum.. biar lah test sehari dua nie.. kalau sama gak kena lah cari alternatif lain.. tambah apa2 yang patut or buat apa2 yang patut..
terima kasih diucapkan kepada sdra fahmi kerana bersusah payah dan bertungkus lumus mengodek2 latop aku nie.. walaupun dengan kesebokan 5S, “fahmi nak ni… fahmi nak tu…” sabor2 lah yer en fahmi..
hari ni aku gi opis.. orang lain yang beragama hindu dok sebok2 beraya deepavali.. aku gi opis.. bukan apa, sajer2 nak kemas2 sikit opis tu dan menyiapkan gambar friends.. oh yer.. pn wan pun ada gak datang sebab nak siapkan fail 5S dia.. opss bukan aku ngan pn wan ajer datang tau… tak mau.. tak mau.. tak mau gossip.. en hasbie pun datang gak.. dia sempat gak tengok cicaktop aku nie.. hum.. macam2 idea dia bagi kena itu lah.. kena ini lah.. last2 aku bagi kat dia pulak, minta oter mana2 yang patut.. kalau rasa2 nak godek semua sekali pun x pe.. sebab data2 tu pun dah tak de…
terima kasih diucapkan kepada sdra mohd hasbie sebab bersusah payah membawa balik latop aku nie untuk di transformasi kan.. hehe… thanks… masa ku dok menaip nie semua dah settel.. hope bertahan lah untuk jangka masa yang panjang.. oh yer mana2 program yang x de lagi tu aku akan menyusahkan en fahmi pula senin nie yer… tunggu….!!
NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : TU LAH.. ORANG SURUH BELAJAR FORMAT KOMPUTER KO MAIN2 EN ZALI.. NIE DAH MENYUSAHKAN ORANG PULAK.. HUM.. NASIB BAIK DAPAT SAHABAT CAM MEREKA2 TU, BOLEH AJER BAWAK NOLONG. KALAU TAK.. HANTAR KEDAI LAH….
16 Oktober 2009
5 S lagi..
minggu nie demam..!! deman S S S S S kenapa banyak sangat S nie…? x banyak pun, cuma 5 ajer, membuatkan aku terfikir.. nasib baik ada 5 ajer kalau lebih mahu demam campak.. bermula dengan ucapan atau taklimat atau amanat dari pengarah.. terus jadi cam satu fenomena yang luar biasa.. dah jadi cam kerja tambahan.. opss bukan kerja tambahan tapi kerja sampingan.. tapi bila di fikir2 kan yang mana satu sampingan dan yang mana satu utama pun dah tak tahu.. yang nyata aku balik KL kadang2 naik bas UTAMA. pekan – kl.
sana sini semua sebok sahaja… opss.. cukup pun 5S nie.. cadangan pengarah untuk bergotong royong 3 jam pada 14okt2009 dan sejam sehari.. seingat aku dan setahu aku.. sejak cadangan pengarah tu, macam sepanjang masa pulak dok mengemas kat kursus aku nie.. naik serabut pulak.. mahu x serabut, kawasan meja aku gak yang jadi tumpuan.. macam2 benda letak kat meja aku.. dah jadi cam tempat recycle jer.. hum.. aku senyap ajer.. malas nak cakap dan malas nak layan sebab aku ada urusan lain..
sebab nyer kalau aku layan banyak lagi perkataan yang tak sepatutnya terpancul kat mulut aku nie.. dah lah satu ayat yang dah lama x terkeluar dari mulut aku. timbul, ini mengingatkan aku kepada teman2 yang sama2 berkursus di bandung.. “ko nampak tak aku tengah sebok nie..!! masa nie lah ko pun nak sebok..!! tunggu kejab boleh..?” ayat tu lah.. kalau di sebut dengan nada yang sesuai mahu kecik hati member2 kan..
tapi ayat x boleh bla aku bagi kat hj ahmad.. “haji.. haji nak apa nie.. cuba bagitau betul2” mahu x nyer aku bagi ayat nie.. aku tengah sibok2 nak godek2 cicaktop aku nie dia datang nak print tu lah print nie lah… hum… hanggin aku.. dalam keadaan tu pn roswati perasan.. dan bila dah cool balik dia boleh wat nganjing ke aku.. “amboi dah pandai naik angin” aku memang rasa tak selesa dalam situasi sebegini.. tu yang petang2 bila “orang itu” dok bagi arahan, aku gi minum ngan en fahmi.. malas layan… di samping “orang itu” terdapat juga “orang ini” yang selalu memberi idea yang bernas tapi x buat2.. di sebab kan “orang itu” dan “orang ini” aku malas nak buat apa2 pun.. pandai2 korang lah buat..
NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : GAMBAR YANG ADA SEKADAR HIASAN AJER.. EHH.. SIAPAKAH “ORANG ITU” DAN “ORANG INI” JENG..! JENG..! JENG..!!
09 Oktober 2009
hari-hari terakhir suhaya @ pekan, kuantan, pahang
hari2 terakhir..?? mana pn suhaya nie nak pergi.. opss.. actually pn suhaya nie dah berpindah kerja ke kktm sri gading.. sepatutnya beliau dah kena lapor diri sama tarikh ngan en hasbie tempoh hari.. ingat tak..? ingat tak..?? hum.. kalau dah agak2 lupa ingatan tengok lah balik link ini [en hasbie] oleh kerana pn suhaya nie dah nak melahirkan anak dan ditambah pulak ngan cuti bersalin makanya 12hb oktober nie lah tarikh lapor diri kat sana..
dah.. dah… meh kita cerita apa aktiviti sehari sebelum perpindahan barang2pn suhaya ke johor.. oh yer cerita pasal barang nie.. adalah barang2 pn suhaya nie akan dijual kepada sesiapa yang nak.. kalau x nak pun dia akan bawa balik kg.. cuma bila ada yang nak, kurang lah barang yang akan di bawa.. aku dah ambil 2 barang, mesin basuh dan sofa L .. mesin basuh tu aku ambil sebab mesin basuh kat umah nie dah sakit2.. yang sofa tu sebab so far so good.. he.he..he…
ha.. tengok.! dah merepek pasal barang2 pulak… nie nak cerita pasal malam ni.. aku dan cik jah dah standby nak join pn suhaya bersama 2orang adik dan sorang anak dia beserta ex-housemate pn roswati ke kuantan lepas waktu opis.. tujuan utama nak makan pizza-hut dan sampingan tu ronda2 lah kat sana..
mereka2 tu dah gerak dulu.. aku jer balik nak mandi2 dulu siap2 dulu baru lah keluar.. sampai2 sana dah maghrib.. gi lah sembahyang dulu.. lepas sembahyang, calling2 jumpa kat pizza-hut terus.. mak aikk tak ramai orang tapi, hampeh.!! slow.. si suhaya tu dah rasa cam buang masa jer menunggu.. sabar suhaya.. sabar.. tapi kalau ko nak mengamuk pun, ok gak.. sebab lepas nie tak tahu lah bila lagi ko nak sampai kat sini kan..
lepas makan2 gi lah round2 kat mall tu.. sekejab jer rasa, sebab dah nak tutup mall tu.. mahu x nyer masa dah habis menunggu makanan tapi kira ok gak.. masa tu jer lah kalau nak berbual2 pun.. lepas nie memang jarang lah kalau nak berbual.. tapi kalau nak tahu perkembangan diri aku nie boleh lah baca blog aku nie dan ber‘facebook’ lah.. oh yer menu pizza-hut adalah seperti berikut…
setelah tirai berlabuh.. opss bukan tirai tapi pintu mall tu tutup.. kena lah beredar dari mall tu.. sebelum balik sempat lagi pusing2 bandar kuantan last round katanye… untuk pengetahuan en fahmi.. aku gi round kat restoran satay zul dan dia buka.. …
esok suhaya dah nak siap2 angkut barang dan akan bermula lah new environment untuk pn suhaya di tempat baru.. apa2 aku doakan semoga sukses2 selalu.. thanks mug dan dapur minyak wangi tu yer..
thank’s for everythink from me and cik jah kay…..
NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : NOTA KALI NIE SIAP ADA GAMBOR LAGI SEBABNYA KALAU CERITA MESTI X CAYA.. KORANG TENGOK LAH SENDIRI YER.. TAHU LAH HARI DAH MALAM TAPI AKAK, AGAK2 LAH NAK PAKAI BAJU TIDO GI MAKAN PIZZA-HUT.. KAT DALAM MALL PULAK TU.. SI CIK ABG PULAK TU, TAK KAN, TAK BOLEH TEGUR ETIKA PEMAKAIAN KETIKA DI LUAR UMAH DAN DI DALAM UMAH…
kalau yer pun umah sebelah mall ni, pakai lah pakaian yang sesuai
jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
jika engkau perlukan pertolongan daripadanya ia akan membantumu
jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
jika ia mendapat sesuatu bantuan daripadamu, ia akan menghargai kebaikanmu
jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu
jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
dalam hidup, kita diberi banyak pilihan dan kesempatan. namun jika kita tidak mahu membuka hati dan mata kita untuk melihat dan menerima kesempatan yang allah berikan maka kesempatan itu akan hilang begitu saja. dan hal ini, ia hanya akan menciptakan penyesalan yang tiada guna di kemudian hari lalu kita akan berucap "ohhhh... kalaulah aku tidak mensia²kan kesempatan itu dulu kalaulah...kalaulah......!!!.
kadang-kadang peluang datang tanpa kita sedari. peluang mungkin lalu di hadapan kita cuma sekali itu sahaja, dan mungkin tak akan datang sekali atau kedua kali. jadi, pergunakan sebaiknya. biar sekecil manapun manafaat yang ada di dalam peluang yang datang itu.bila kita setia pada perkara yang kecil maka kita akan mendapat perkara yang besar. bila kita menghargai kesempatan yang kecil, maka ia akan menjadi kesempatan yang besar.
bijaksanalah pada hidup, hargai setiap detik kesempatan dalam hidup kita. di saat sulit, selalu ada kesempatan untuk memperbaiki keadaan; di saat sedih, selalu ada kesempatan untuk meraih kembali kebahagiaan; di saat jatuh selalu ada kesempatan untuk bangkit kembali; dan dalam keadaan terburuk pun selalu ada kesempatan untuk meraih kesempatan lain untuk meraih kembali yang terbaik untuk hidup kita.
Alamak....! Macam Mana Blog Ini Boleh. Dikuasakan oleh Blogger.