sehari di taman tema gambang
semalam… aik kata cerita sehari tak kan tiba2 pembuka kata dah semalam… cam nie cerita nyer.. semalam ada taklimat sempena hari keluarga ikm tsya 2009.. taklimat nie mengenai aturcara program hari keluarga yang akan diadakan pada keesokan harinyer.. selepas taklimat tu ada pulak satu lagi taklimat.. taklimat oleh en fahmi selaku ketua ajk2 tak terlantik untuk gi sana.. kali nie sengaja aku bagi en fahmi jadi leader.. nak gak tengok perancangan dia.. yang sememangnyer huru hara.. he..he..he…
kalau en fahmi yang rancang memang out of services.. tapi best gak.. tak yah lah aku nak memikir.. dalam tak payah.. tak payah tu.. ada gak yang kena pikir.. hum.. back to the perancangan en fahmi.. jam 7.45pagi kumpul kat umah aku, pada mulanya jam 8.00, aku adjust kul 7.45.. siapa yang nak join sama2 gi ni..?? en zamri sekeluarga… en fahmi sekeluarga.. en hasbie sekeluarga… opss en hasbie tak de yer.. bukan tak de tapi dia gi ikut jalan jauuuuuh.. maksud aku dia gi melalui pekan - bukit sagu – gambang… aku, en fahmi dan en zamri terus naik bypass pekan – gambang..
nak dijadikan cerita.. dalam perjalanan tu adalah sesi potong memotong.. dah jalan sedap.. kebetulan hari nie pulak jalan baru bina dibuka.. sedaaak ah.. sempena birthday sultan pahang.. dah en fahmi jadi leader, last2 kena gak ikut belakang dia.. tapi tiba2 jer cik jah ada benda nak buat kat tandas.. so, berhentilah sekejab kat station minyak.. masa nie en fahmi dah laju dah.. sampai lajok pulok tempat.. teringat lah pulak cam cerita kura2 dengan arnab.. nasib baik aku tak ikut dia.. kalau tak, lajokk jugok lah aku.. akhirnya aku sampai sama jer ngan dia.. hum.. 3 perenggan cerita pasal nak gi jer ni…. letih lah cerita.. meh kita tengok gambar pulak sambil bercerita yer..
sampai2 ajer terus daftar.. A.L.A.M.A.K mesra semacam jer ajk2 tu.. apa lagi bermula lah kisah plastik..! gambar2 nie lah yang sempat aku snap ditambah pula dengan gambar en fahmi.. aku sengaja tak ambil gambar banyak2 pada waktu nie.. aku nak ambil gambar masa kat waterpark tu.. sebabnya camera aku nie boleh masuk dalam air.. nak simpan bateri.. berbalik cerita gambar nie.. hanya 3 jam jer aktiviti2 luar nie.. banyak gak acara sukaneka yang dianjurkan.. terima kasih ajk.. aku pun masuk gak satu acara.. nak tahu apa..?? masuk benang dalam jarum.. adus..!! nie gara2 en fahmi nak masuk, terus dia tulis gak nama aku.. ketor rasanya bila pegang benang dan jarum tu…. aku menang ke…?? hum.. dapat tuala kecik.. kalau dah tuala kecik tentunya hanya hadiah saguhati.. sajer2 memeriahkan keadaan.. kira2 jam 12.15 dah settle sesi di padang.. kini aktiviti bebas di waterpark..!!! sebelum masuk tu kena lah pakai tag khas yang telah disediakan..
setelah semuanya dah bersiap sedia dengan tag2 nyer.. 1..2..3…. mula… masuk ke dalam taman tema tu.. wah.. cam bagus jer learder tu.. mengelepor nok gi main air.. en zamri pulak dari luar lagi dah siap2 tukar baju.. hum… tak sabor2 bebenor mereka2 nie.. en hasbie..?? hum.. lagi ah, dah dapat tiket, sarapan. terus jer naik ke taman tema.. agaknyer lah.. sebab masa kat padang tu dah tak ada.. sedor2 kereta dah sampai kat parking waterpark.. aku..!! dengan tenang gi top-up dulu duit kat dalam gelang nie.. sebab kat sini semuanya mengunakan duit maya.. masuk nilai dalam gelang pastu potonglah mengikut kegunaan kalau berbaki tuntut balik bila keluar nanti.. tujuan aku top-up nie sebabnya nak sewa locker dan mana tahu kalau2 ada geng atau anak mereka2 yang mengelupor nak beli makanan.. harap leader…?? hampeh.. sibok nok mandi ajer.. padahal lagi 10 minit nok masuk zohor doh.. kalau sembahyang dulu, dah boleh mandi pah gelap..!! sebab mu yang leader kan en fahmi.. so, aku ikut jer..
break 3.15..!! solat dulu.. so, lepas solat nie nak sambung ke tak..?? geng perempuan dah cam tak nak mandi jer sebab kena tukar2 baju.. yer lah nak sembahyang kan.. tak kan ngan baju basah2 tu.. geng lelaki ok jer.. nie semua leader punya pasal.. sebab tak dengar kata aku mula2 dulu solat zohor dulu.. dah geng perempuan merajuk tak nak mandi.. haruslah aku yang kena bagi kaunseling… last2 geng perempuan tunggu solat asar sebelum sambung balik, geng lelaki dah hanyut dek ombak buatan manusia nie..
hari dah lewat petang.. mahu tak lewat dah dekat jam 5.30 petang dah.. taman tema nie pun dah nak tutup dah.. jam 6.00 petang.. geng lelaki gi solat asar dan terus bersiap2 nak pulang.. geng perempuan pulak dah solat jadi just tukar baju jer nak balik… sebelum sampai umah tu sempat gak singgah minum A.B.C idea leader.. minum masa tengah azam maghrib.. harus ker mu jadi leader lagi dengan agenda2 yang huru hara..!!!! he..he…he….
NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : LEPAS ISYAK PULAK AKU NGAN CIK JAH ADA AKTIVITI SENDIRI PULAK, GI MAKAN…