apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


31 Julai 2009

jasamu di kenang (mohd hasbie mohd hussain)


minggu nie merupakan minggu terakhir en hasbie akan bertugas di institusi tempat aku bekerja.. erm.. pada penghulu segala hari minggu nie.. kami kursus senibina telah menganjurkan jamuan perpisahan cum ucap selamat di tempat baru..


ada suka di sebalik duka - ada gembira di sebalik sedih


bagi aku.. aku sedih.. sedih sangat2.. sebab ni kali kedua ketika aku berada di institusi, aku akan menghadapi saat2 seumpama ini.. masih segar lagi ingatan, aku pada kali pertama teman aku keluar (pindah) beramai2, ketika itu aku turut menerima tempias.. aku ditukarkan jawatan dari senibina ke aplikasi computer..


kini sahabat aku sdra hasbie akan berpindah.. pada ketika aku tahu beliau akan dipindahkan aku rasa empty!! aku tak tahu kenapa perasaan itu wujud.. mungkin aku merasakan aku x akan dapat berjumpa dengan nyer lagi.. aku tak tahu.. pada hal isterinyer ada jer kat opis aku nie.. bila2 masa nak jumpa beliau pun boleh.. mungkin aku dapat merasakan bahawa keadaan tidak akan sama seperti dulu2 lagi.. perasaan “segan” akan wujud..!! entah!!


benarlah kata orang ‘orang yang akan ditinggalkan akan lebih merasai kepahitan daripada orang yang meninggalkan..’ sebabnyer.. orang yang ditinggalkan akan menerima kenangan dan orang yang meninggalkan akan membawa kenangan..



akhir kata.. semoga keikhlasan bekerja akan membawa keberkatan..


NOTA KAKI KURAP: SABARLAH ZALI SEMUA NIE ADA HIKMAHNYA..